KOTA KINABALU: Bajet 2023 wajar menitikberatkan perolehan baharu dan menaik taraf keupayaan aset ketenteraan menerusi penambahan peruntukan pertahanan bagi menangani ancaman terhadap keselamatan negara, kata Panglima Armada Timur Laksamana Madya Datuk Sabri Zali.
Beliau berkata menerusi kenyataan penambahan bajet pertahanan itu kritikal terutama dalam meningkatkan keupayaan aset tempur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang semakin berusia dan berdepan isu keusangan.
"Isu keusangan aset merupakan cabaran utama yang didepani oleh TLDM dalam usaha mengatur gerak aset-asetnya secara maksimum.
"Dengan perubahan landskap ancaman maritim semasa dan campur tangan kuasa besar di Laut China Selatan, TLDM sangat memerlukan aset-aset berkeupayaan tempur bagi mendepani ancaman keselamatan kepada negara," katanya.
Sabri berkata perolehan aset baharu seperti Littoral Combat Ship dan Littoral Mission Ship kumpulan kedua penting bagi TLDM menggalas tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan.
"Markas Pemerintahan Armada Timur berpendapat bahawa isu keusangan aset TLDM ini tidak akan berlaku jika bajet tahunan negara menyediakan peruntukan pertahanan yang mencukupi bagi memenuhi keperluan mempertahankan negara daripada ancaman keselamatan," katanya.
Beliau berkata pihaknya menyokong cadangan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany bahawa negara perlu meningkatkan bajet pertahanan kepada 1.5 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan ia bukanlah sesuatu yang mustahil dilakukan.
"Bajet pertahanan perlu diibaratkan seperti membeli polisi insuran kepada keselamatan negara. Keselamatan negara akan berdepan risiko yang tinggi sekiranya hanya membeli polisi yang minimum. Kesannya akan lebih merugikan apabila negara berdepan krisis keselamatan," katanya.
Sabri berkata Markas Pemerintahan Armada Timur akan kekal fokus mendukung misi TLDM untukmempertahankan kedaulatan dan melindungi kepentingan maritim negara.
"Walaupun aset-aset sedia ada bukan pada tahap yang terbaik, Armada Timur akan kekal komited dan bersedia sebilang masa untuk memikul tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sedayamungkin," katanya.
Beliau berkata janji TLDM itu dizahirkan menerusi Eksesais KERISMAS 27/2022 yang sedang berlangsung di Laut China Selatan iaitu ketika ini 23 aset dari Armada Timur dan Baratberada di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu untuk menjalani latihan tahunan tersebut.
"Eksesais ini akan menguji tahap kesiagaan aset-aset TLDM dan kecekapan warga kapal dalam melaksanakan setiap prosedur operasi maritim serta menilai sistem sokongan bahagian logistik TLDM," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 04 2022

Panglima Armada Timur Laksamana Madya Datuk Sabri Zali berkata menerusi kenyataan penambahan bajet pertahanan itu kritikal terutama dalam meningkatkan keupayaan aset tempur TLDM yang semakin berusia dan berdepan isu keusangan. - Foto FB/Armada Timur
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS
PM Ismail Sabri bubar Dewan Rakyat sebelum bajet itu dibahas dan diluluskan di Parlimen.

MIDF yakin dengan sektor pembinaan, jangka 2023 tahun lebih baik bagi kontraktor
MIDF Research terus kekal yakin dengan sektor pembinaan susulan pengumuman dana tambahan oleh kerajaan persekutuan kepada Pulau Pinang untuk melaksanakan projek transit aliran ringan (LRT).

Belanjawan 2023: Cukai terhadap cecair rokok elektronik - PM Anwar
Kerajaan akan mengenakan cukai terhadap produk cecair bagi rokok elektronik yang mengandungi nikotin.

Fahmi bagi 'hint' kerajaan umum peruntukan untuk keselamatan siber
Fahmi Fadzil berkata perkara itu diharap diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi pembentangan belanjawan yang dijadual esok.

Pengeluaran KWSP: Beri kebenaran kepada mereka yang layak, gesa Ismail Sabri
Isu pengeluaran wang KWSP terus menjadi topik hangat dalam Sidang Dewan Rakyat.

Pakej utama projek MRT3 akan diumumkan separuh kedua 2023, ramal AmInvestment
Menurut MRT Corp, tender baharu mungkin tidak diperlukan walaupun terdapat kebarangkalian penjajaran semula.

BAT Malaysia optimis terhadap prospek 2023 di sebalik persekitaran mencabar
Dengan pelancaran produk pemanas tembakaunya, ia kini mampu menawarkan pilihan alternatif dengan potensi risiko yang dikurangkan.

Satu dunia tahu Malaysia 'tercemar' akibat kleptokrat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia telah tercemar akibat kleptokrat.

2023 bukan tahun kejar bajet positif, perlu peruntukan lebih besar - Onn Hafiz
Kerajaan Persekutuan diminta mempertimbangkan peruntukan Bajet 2023 yang lebih besar supaya dapat merangsangkan lebih banyak aktiviti ekonomi sekali gus membantu rakyat.

Bajet 2023 diharap akan memfokuskan sektor PKS - Wee Ka Siong
Bajet 2023 yang disemak semula diharap akan memberikan keutamaan kepada golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sekali gus membantu usahawan sektor tersebut memulihkan ekonomi masing-masing.