KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menumpukan kepada memudah cara guna tenaga, pekerjaan semula, perlindungan sosial dalam kalangan mereka yang bekerja sendiri dan dalam sektor informal serta bantuan bersasar untuk menyediakan jaring keselamatan sosial optimum untuk kumpulan rentan tanpa mengkompromikan kedudukan fiskalnya.
Menurut Kementerian Kewangan (MoF) dalam Kenyataan Pra-Bajet 2023 pada Jumaat, Bajet 2023 akan menyediakan tumpuan khas kepada memudah cara segmen pekerjaan atau pekerjaan semula terutamanya siswazah menganggur, wanita yang meninggalkan pasaran kerja, orang kurang upaya (OKU) dan penganggur jangka masa panjang.
"Intervensi akan termasuk pemahiran semula sejajar dengan permintaan sektoral dan pekerjaan mengikut tempat. Meningkatkan kadar penglibatan tenaga kerja wanita akan memerlukan intervensi termasuk memudah cara akses kepada penjagaan kanak-kanak yang berkualiti dan berpatutan," kata kenyataan itu.
Dalam usaha untuk mengurangkan beban kewangan rakyat, peruntukan untuk bantuan tunai langsung kepada golongan rentan juga akan ditingkatkan dan lebih banyak disasarkan dalam bajet tahun depan, terutamanya kepada warga emas, pelajar sekolah, OKU, Orang Asli dan ibu tunggal.
Sementara itu, Bajet 2023 juga akan menumpukan kepada meneruskan program peningkatan kemahiran dan pemahiran semula, meningkatkan produktiviti menerusi digitalisasi aktiviti ekonomi dan memastikan gaji yang wajar dalam kalangan rakyat termasuk menerusi semakan gaji minimum.
Untuk menyediakan akses kepada perumahan berkualiti, pendidikan, penjagaan kesihatan, keselamatan dan pengangkutan, Kementerian Pendidikan dan Kesihatan akan terus menjadi penerima perbelanjaan operasi terbesar.
MOF berkata ia menunjukkan kepentingan diberikan kepada akses sejagat untuk pendidikan berkualiti dan penjagaan kesihatan dengan peningkatan tumpuan kepada pendidikan bakat untuk persiapan masa hadapan dan fokus ke atas penjagaan kesihatan pencegahan dalam konteks penyakit tidak berjangkit.
Kerajaan juga akan melakukan libat urus dengan pelbagai pihak berkepentingan untuk meneroka kaedah melaksanakan lebih banyak bantuan bersasar dalam Bajet 2023, terutamanya program bantuan tunai dan subsidi bahan api yang akan dipertingkatkan menerusi mekanisme agihan yang lebih berkesan.
Bajet 2023 juga akan menumpukan kepada memastikan jaminan makanan asas pada harga berpatutan.
"Kerajaan akan terus melakukan intervensi di mana perlu untuk mengurangkan kenaikan ketara harga barangan keperluan sementara memastikan sumber kerajaan dibelanjakan kepada mereka yang benar-benar memerlukan menerusi subsidi bersasar," kata MoF.
Menurut kenyataan itu, Pelan Pemulihan Pelancongan (TRP) 2022 akan diperluaskan dalam 2023 dengan memasukkan Kluster Pengangkutan Udara dan Kluster Penginapan untuk menggiatkan semula industri pelancongan dan mengembalikan keyakinan pelancong dalam destinasi yang ditetapkan.
"Langkah pemulihan akan disasarkan untuk memenuhi keperluan pelancong, termasuk permintaan tinggi untuk menambah baik langkah-langkah keselamatan dan kebersihan. Ini termasuk menyediakan produk dan perkhidmatan lebih berkuallti, meningkatkan kelestarian produk pelancongan, mengukuhkan kedudukan jenama dan promosi, memperkenalkan pembaharuan tadbir urus dan menggiatkan pelancongan tempatan," katanya.
Kerajaan telah melancarkan TRP 2022 April lepas bagi meningkatkan pergerakan warga Malaysia untuk melancong dan berbelanja dengan menawarkan diskaun, baucar dan rebat melibatkan dua kluster, Kluster Pengangkutan Darat dan Kluster Persatuan Pelancongan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 03 2022
![Bajet 2023: Kerajaan bina daya tahan menerusi guna tenaga, perlindungan sosial Bajet 2023: Kerajaan bina daya tahan menerusi guna tenaga, perlindungan sosial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81647952884_covidorangramai.jpg)
Bajet 2023 akan menyediakan tumpuan khas kepada memudah cara segmen pekerjaan atau pekerjaan semula terutamanya siswazah menganggur, wanita yang meninggalkan pasaran kerja, OKU dan penganggur jangka masa panjang. - Gambar fail/BERNAMA
![Edisi sulung Tawau Marathon tarik peserta dari 15 negara Edisi sulung Tawau Marathon tarik peserta dari 15 negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723196919_MarathonGeneric.jpg)
Edisi sulung Tawau Marathon tarik peserta dari 15 negara
Empat kategori dipertanding iaitu larian fun run 5km dan larian 10km, serta acara utama larian half marathon 21km dan larian full marathon 42km.
!['Belum sedia cabaran Olimpik Paris 2024' - Dhabitah 'Belum sedia cabaran Olimpik Paris 2024' - Dhabitah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723243632_NurDhabitahSabri.jpg)
'Belum sedia cabaran Olimpik Paris 2024' - Dhabitah
Penerjun berusia 25 tahun itu mendedahkan bahawa perjalanan beliau ke Sukan Olimpik Paris 2024 jauh daripada lancar.
![Kerajaan Pahang teruskan pembiayaan I-PUSH dengan peruntukan lebih RM10 juta Kerajaan Pahang teruskan pembiayaan I-PUSH dengan peruntukan lebih RM10 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51711927172_WanRosdy.jpg)
Kerajaan Pahang teruskan pembiayaan I-PUSH dengan peruntukan lebih RM10 juta
Kerajaan Pahang meneruskan Inisiatif Pembiayaan KewanganUsahawan Mikro Negeri Pahang (I-PUSH) Fasa 3 dengan melibatkan peruntukan lebih RM10 juta.
![Media rasmi Palestin berduka, wartawan terkorban dalam serangan Israel Media rasmi Palestin berduka, wartawan terkorban dalam serangan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723243288_TamimMuammar.jpg)
Media rasmi Palestin berduka, wartawan terkorban dalam serangan Israel
Tamim Muammar terbunuh bersama sebahagian besar ahli keluarganya dalam serangan udara Israel ke atas rumah mereka di Khan Younis.
![Agensi meteorologi Jepun gesa pemeriksaan persediaan gempa bumi Agensi meteorologi Jepun gesa pemeriksaan persediaan gempa bumi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723242130_gempabumijepun.jpg)
Agensi meteorologi Jepun gesa pemeriksaan persediaan gempa bumi
Agensi itu akan mengeluarkan maklumat penjelasan mengenai gempa bumi berhampiran Palung Nankai setiap petang sehingga Khamis.
![Olimpik Paris 2024: Max Maeder sumbang pingat gangsa, pingat pertama Singapura Olimpik Paris 2024: Max Maeder sumbang pingat gangsa, pingat pertama Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723241439_MaximilianMaeder.jpg)
Olimpik Paris 2024: Max Maeder sumbang pingat gangsa, pingat pertama Singapura
Maximilian "Max" Maeder mencipta sejarah dengan menyumbangkan pingat pertama Singapura di Sukan Olimpik Paris 2024.
![Olimpik Paris 2024: Kem terjun pulang tangan kosong lagi Olimpik Paris 2024: Kem terjun pulang tangan kosong lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723241047_pusatmedia.jpg)
Olimpik Paris 2024: Kem terjun pulang tangan kosong lagi
Kem terjun negara pulang tangan kosong dari Sukan Olimpik buat kali kedua berturut-turut.
![Pesawat domestik terhempas di barat laut Sao Paulo, 62 maut Pesawat domestik terhempas di barat laut Sao Paulo, 62 maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723239762_Brazilplanecrash.jpg)
Pesawat domestik terhempas di barat laut Sao Paulo, 62 maut
Sehingga kini tiada sebarang maklumat didedahkan pihak berlkuasa tempatan berhubung punca nahas.
![Olimpik Paris 2024: Pelumba berbasikal trek Jerman Friedrich catat rekod dunia dalam kelayakan acara pecut Olimpik Paris 2024: Pelumba berbasikal trek Jerman Friedrich catat rekod dunia dalam kelayakan acara pecut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723240559_TrackCycling.jpg)
Olimpik Paris 2024: Pelumba berbasikal trek Jerman Friedrich catat rekod dunia dalam kelayakan acara pecut
Lea Sophie Friedrich dari Jerman membuat kemunculan semula yang mengagumkan selepas kecewa kerana tersingkir dalam separuh akhir keirin.
![Pembangunan ekosistem EV di Malaysia perlukan pemain EV global seperti Tesla - Tengku Zafrul Pembangunan ekosistem EV di Malaysia perlukan pemain EV global seperti Tesla - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721286787_TengkuZafrulAziz.jpg)
Pembangunan ekosistem EV di Malaysia perlukan pemain EV global seperti Tesla - Tengku Zafrul
Pembangunan ekosistem kenderaan elektrik (EV) di Malaysia memerlukan penyertaan pemain EV global seperti Tesla.
![Pelaburan langsung domestik RM120 bilion daripada GLIC di bawah program diterajui MOF Pelaburan langsung domestik RM120 bilion daripada GLIC di bawah program diterajui MOF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723086494_TBANWARMOF.jpg)
Pelaburan langsung domestik RM120 bilion daripada GLIC di bawah program diterajui MOF
Pelaburan ini disasarkan kepada industri-industri yang memiliki pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi seperti sektor peralihan tenaga dan pembuatan canggih.
![Kemasukan dana asing petanda pelabur yakin prestasi ringgit, ekonomi - Lim Kemasukan dana asing petanda pelabur yakin prestasi ringgit, ekonomi - Lim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721808765_TBLimHuiYing.jpg)
Kemasukan dana asing petanda pelabur yakin prestasi ringgit, ekonomi - Lim
Kemasukan besar-besaran dana asing ke pasaran tempatan sejak kebelakangan ini memberi petanda positif keyakinan tinggi pelabur ke atas pengukuhan ringgit dan perkembangan ekonomi tempatan.
![LHDN lancar MyInvois untuk kukuhkan sistem percukaian negara LHDN lancar MyInvois untuk kukuhkan sistem percukaian negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715149244_LHDNburuwargaasi.jpg)
LHDN lancar MyInvois untuk kukuhkan sistem percukaian negara
LHDN hari ini melancarkan MyInvois melalui pelaksanaan e-Invois untuk memperkukuhkan sistem percukaian negara, meningkatkan ketelusan, dan membuat penilaian risiko pematuhan lebih tepat.
![Penyasaran subsidi, bantuan tunai dijangka tidak beri kesan ketara ke atas inflasi - MOF Penyasaran subsidi, bantuan tunai dijangka tidak beri kesan ketara ke atas inflasi - MOF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41644063000_Perbendaharaan.jpg)
Penyasaran subsidi, bantuan tunai dijangka tidak beri kesan ketara ke atas inflasi - MOF
Kementerian mengekalkan unjuran rasmi inflasi dan pertumbuhan KDNK bagi 2024 kekal masing-masing pada 2.0-3.5 peratus dan 4.0-5.0 peratus.
![MOF gariskan tiga keutamaan jangka pendek dalam Belanjawan 2025 MOF gariskan tiga keutamaan jangka pendek dalam Belanjawan 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720874282_AmirHamzahAzizan.jpg)
MOF gariskan tiga keutamaan jangka pendek dalam Belanjawan 2025
Kementerian Kewangan (MOF) menggariskan tiga keutamaan jangka pendek di bawah Belanjawan 2025 bagi merealisasikan kerangka Ekonomi MADANI.
![Kandungan WhatsApp kenaikan gaji penjawat awam adalah palsu - MoF Kandungan WhatsApp kenaikan gaji penjawat awam adalah palsu - MoF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722313648_TBMOF.jpg)
Kandungan WhatsApp kenaikan gaji penjawat awam adalah palsu - MoF
Kementerian Kewangan menasihatkan orang awam agar berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan berita seumpama itu.
![Tiada isu bayaran tunai hasil petroleum kepada Terengganu - Kementerian Kewangan Tiada isu bayaran tunai hasil petroleum kepada Terengganu - Kementerian Kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81613025046_TBPelantarMinyak.jpg)
Tiada isu bayaran tunai hasil petroleum kepada Terengganu - Kementerian Kewangan
Isu bayaran tunai hasil petroleum kepada kerajaan Terengganu adalah tidak berbangkit kerana tiada petroleum yang didapati dan diperoleh di dalam negeri itu.
![Subsidi diesel: MITI bawa keluhan pengusaha bas kilang ke Kabinet Subsidi diesel: MITI bawa keluhan pengusaha bas kilang ke Kabinet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721286787_TengkuZafrulAziz.jpg)
Subsidi diesel: MITI bawa keluhan pengusaha bas kilang ke Kabinet
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersedia mendengar dan akan membawa ke Kabinet keluhan pengusaha bas kilang yang tidak mendapat subsidi diesel baru-baru ini.
![Kerajaan bayar tuntutan skim MySalam RM936.12 juta - MoF Kerajaan bayar tuntutan skim MySalam RM936.12 juta - MoF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721808765_TBLimHuiYing.jpg)
Kerajaan bayar tuntutan skim MySalam RM936.12 juta - MoF
Kerajaan telah membayar tuntutan skim perlindungan takaful percuma MySalam berjumlah RM936.12 juta bagi tempoh 2019 hingga Disember 2023.
![MoF kaji inisiatif pelaksanaan VOP bagi bahan binaan kontrak kerja kerajaan MoF kaji inisiatif pelaksanaan VOP bagi bahan binaan kontrak kerja kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718609767_diesel.jpg)
MoF kaji inisiatif pelaksanaan VOP bagi bahan binaan kontrak kerja kerajaan
Kementerian Kewangan (MoF) sedang melaksanakan satu kajian untuk menyediakan inisiatif pelaksanaan Syarat bagi Perubahan Harga (VOP).