KUALA LUMPUR: Keupayaan menguasai bahasa Mandarin memberi kelebihan kepada murid bukan Cina untuk melangkah ke alam pekerjaaan dan membina kerjaya.
Bukan menafikan kelebihan bahasa ibunda masing-masing, tetapi penguasaan bahasa lain juga mampu meluaskan pandangan terhadap sesuatu budaya.
Beberapa individu bukan Cina berkongsi bagaimana penguasaan bahasa Mandarin telah memberikan 'nilai tambah' kepada mereka.
Menurut Ketua Bahagian Perkhidmatan Pengurusan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Mohd Zakry Omar, walaupun jarang bertutur menggunakan bahasa Mandarin, tetapi penguasaan bahasa itu membantu dalam kariernya.
Lazimnya, dia bertutur dalam bahasa Melayu dan Inggeris bagi urusan kerja dan jarang menggunakan Mandarin dalam rutin harian.
"Walau bagaimanapun, bahasa Mandarin telah banyak membantu dalam kerjaya saya. Ia mewujudkan lebih banyak peluang untuk saya berbanding yang lain dari segi kelebihan bahasa.
"Ini adalah sijil tamat pengajian saya dari sekolah rendah dan walaupun saya sudah lupa sebahagian daripadanya, tetapi jauh di dalam hati saya tetap berbangga kerana telah mempelajari bahasa Cina.
"Saya merasa seperti ada hubungan dengan orang Cina dan bahasa Cina," katanya ketika ditemu bual baru-baru ini.
Asisten Superintendan (ASP) Hamizan Ismail, antara yang turut mempelajari bahasa Mandarin selepas menamatkan pengajian di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chuang Cheng dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMKJ) Nan Hwa di Sitiawan, Perak.
Berpengalaman selama 11 tahun dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), ASP Hamizan berkata kelebihan menguasai bahasa Mandarin memudahkan beliau berurusan dengan mangsa yang berbahasa Cina.
"Sudah tentu lebih mudah untuk berkomunikasi apabila kami berdua menggunakan bahasa yang sama dan ia mungkin membantu untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci untuk siasatan kes itu.
"Saya juga menghantar anak saya belajar di SJKC Chung Hua No.2 di Kuching. Pada mulanya, anak saya memang menghadapi beberapa kesukaran seperti masalah komunikasi dan membuat kerja rumah bahasa Cina.
"Oleh itu, kami (ibu bapa) lebih berusaha untuk membantu anak kami dengan menggalakkan dia melakukan lebih latihan menulis dan bertutur dalam bahasa Cina dalam kehidupan seharian," katanya.
Sementara itu, bagi dua beradik, Monascree dan Yogendran Balu dari SJKC Kampung Merbau, Ayer Tawar, Perak, cabaran dalam mempelajari bahasa Cina tidak mematahkan semangat mereka.
"Jika saya mempunyai sebarang keraguan dalam kerja rumah bahasa Cina, saya akan mendapatkan bantuan daripada abang saya kerana dia pernah belajar di sini juga.
"Kadang-kadang saya juga akan meminta bantuan rakan-rakan saya," kongsi Yogendran yang merupakan murid Tahun 5.
Artikel ini merupakan kolaborasi antara media bagi meneliti pengalaman dan cabaran yang dihadapi murid bukan Cina di sekolah rendah Cina menerusi Laporan Khas bertajuk 'SJKC: Realiti bagi murid bukan Cina'.
Ia melibatkan kerjasama lima media arus perdana iaitu Sin Chew Daily, Astro AWANI, Sinar Harian, The Star dan Malaysia Nanban.
Astro Awani
Mon Jun 10 2024
Walaupun jarang bertutur menggunakan bahasa Mandarin, Mohd Zakry (gambar) mengakui penguasaan bahasa itu membantu dalam kariernya. - Foto Sin Chew Daily
Bukan Rumah Mampu Tengok, PRR bakal dilancar tahun depan - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) pertama akan dilancarkan pada tahun 2025, sempena kepengerusian ASEAN yang akan diterajui oleh Malaysia.
Anggota kesihatan diingat lapor kesan advers ubat - KKM
Anggota kesihatan diingatkan supaya membuat laporan mengenai sebarang kesan advers ubat-ubatan bagi menjamin keselamatan pengguna.
Permaisuri Britain Camilla alami jangkitan di dada, tarik diri daripada acara awam
Permaisuri Camilla telah menarik diri daripada acara awam kerana mengalami jangkitan di dada.
Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
KPKT telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Bahasa Mandarin bantu dalam kerjaya
Beberapa individu bukan Cina berkongsi bagaimana penguasaan bahasa Mandarin telah memberikan 'nilai tambah' kepada mereka.