Sindiket pengedaran dadah dikenal pasti telah beralih ke dalam talian untuk menjual bahan terlarang ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Bagaimanapun muslihat itu berjaya dikesan atas maklumat orang awam, lantas pihak berkuasa bertindak dan menangkap 17 individu di Lembah Klang dalam Op Slayer pada 29 dan 30 April lepas.
Operasi yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik terbabit berjaya merampas 215 botol disyaki mengandung dadah cecair berasaskan ganja dan ketamin bernilai RM58,400.
Pengarah Jabatan Siasatan Narkotik Datuk Ramli Din berkata seramai 69 anggota dan pegawainya terlibat dalam operasi berkenaan.
Beliau berkata, trend penjualan dadah secara ‘online’ ini pernah dilakukan pada tahun 2015, bagaimanapun pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengekang sindiket itu.
Jelasnya, modus operandi ini disyaki muncul semula berikutan pergerakan sindiket dadah yang terbatas akibat banyak sekatan jalan raya dilakukan ketika PKP.
Dadah jenis hemp, canabis oil (cannabidiol) dan THC (tetrahydrocannabinol) terbabit dipercayai dibawa masuk ke negara ini dan satu botol cecair berkenaan berharga antara RM200 hingga RM300.
“Kalau dilihat dalam promosi tersebut, kotak-kotak ini ada menulis tentang hemp, CBD dan juga THC. Maka, semua ni adalah produk-produk yang berasaskan ganja dan itu merupakan satu kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya.
“Dulu (kes seumpamanya) pernah berlaku dalam tahun 2015 tetapi kita telah berjaya menangkap dan kemudian aktiviti ini telah hilang dan kini muncul kembali.
“Ini (bahan terlarang) semua diimport kita percaya diimport dan sepertimana yang kita tahu di sesetengah negara, ini tidak menjadi satu kesalahan. Tetapi di negara kita, ini merupakan kesalahan yang berat dan tidak ada seorang pun boleh mempromosi ataupun menjual dadah mengikut apa saja cara sekalipun,” tegas Ramli.
Suspek berusia 20 hingga 56 tahun itu termasuk seorang warga asing yang juga pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi dan seorang wanita lagi berstatus penduduk tetap.
Mereka terdiri daripada penganggur, peniaga, pelajar, pekerja penghantaran dan pengamal bank.
Sementara itu, lima daripada mereka memiliki rekod jenayah lampau dan dadah.
Polis mengambil dua tindakan iaitu terhadap pemilik barangan dan pemilik akaun laman web yang menjadi medium promosi dadah berkenaan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952.
Orang ramai yang pernah membeli barangan bekalan dadah jenis ini digesa menyerahkan kepada balai polis terdekat bagi membantu siasatan.
Astro Awani
Tue May 05 2020
![Bahan berasaskan ganja: Sindiket dadah jual dadah cecair dalam talian tumpas Bahan berasaskan ganja: Sindiket dadah jual dadah cecair dalam talian tumpas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/61588673991_dadahonline.jpg)
Polis mengambil dua tindakan iaitu terhadap pemilik barangan dan pemilik akaun laman web yang menjadi medium promosi dadah berkenaan. - Astro AWANI
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Polis rampas dadah bernilai lebih RM12 juta, dua sindiket edar dadah tumpas Polis rampas dadah bernilai lebih RM12 juta, dua sindiket edar dadah tumpas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739179624_DatukSeriKhawKok.jpg)
Polis rampas dadah bernilai lebih RM12 juta, dua sindiket edar dadah tumpas
JSJN Bukit Aman menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah dalam dua operasi berasingan di sekitar Selangor dan ibu negara pada 4 dan 9 Feb lepas.
![Artis lelaki ditahan kes ganja terjebak penagihan sejak 8 tahun lalu - Polis Artis lelaki ditahan kes ganja terjebak penagihan sejak 8 tahun lalu - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731923077_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
Artis lelaki ditahan kes ganja terjebak penagihan sejak 8 tahun lalu - Polis
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, siasatan sedang dijalankan untuk dilengkapkan sebelum dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya.
![Rasuah: Dua pegawai penguat kuasa, isteri direman SPRM Rasuah: Dua pegawai penguat kuasa, isteri direman SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719223489_sprmbernama.jpg)
Rasuah: Dua pegawai penguat kuasa, isteri direman SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu menahan tiga individu termasuk dua pegawai penguat kuasa kanan kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah kira-kira RM30,000.
![Polis Kedah tahan empat lelaki, rampas dadah lebih RM214,000 Polis Kedah tahan empat lelaki, rampas dadah lebih RM214,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41681996975_TBRAMPASDADAH.jpg)
Polis Kedah tahan empat lelaki, rampas dadah lebih RM214,000
Polis Kedah menahan empat lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah dengan berat lebih tujuh kilogram bernilai RM214,288 dalam tangkapan berasingan di tiga lokasi pada Selasa lepas dan semalam.
![Warden dihukum gantung edar dadah di Penjara Sungai Buloh Warden dihukum gantung edar dadah di Penjara Sungai Buloh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71675163533_wanitahukumgantun.jpg)
Warden dihukum gantung edar dadah di Penjara Sungai Buloh
Mohd Elmy dihukum gantung bagi kesalahan mengedar 325.1 gram kanabis dan 84.97 gram methamphetamine di Penjara Sungai Buloh.
![Lelaki dan wanita ditahan disyaki edar 3kg dadah Lelaki dan wanita ditahan disyaki edar 3kg dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51671095861_TBpakistan.jpg)
Lelaki dan wanita ditahan disyaki edar 3kg dadah
Seorang lelaki dan seorang wanita ditahan kerana memiliki dadah lebih tiga kilogram (kg) yang dipercayai untuk diedarkan di sini, semalam.
![Empat lelaki ditahan edar syabu sekitar KL Empat lelaki ditahan edar syabu sekitar KL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41663752718_TBYAHAYAOTHMAN.jpg)
Empat lelaki ditahan edar syabu sekitar KL
Kesemua suspek berusia 34 hingga 43 tahun itu ditahan bersama syabu seberat 5.4 kilogram yang dianggarkan bernilai RM193,680.
![Op Tapis Khas: Polis Johor tahan 373 individu Op Tapis Khas: Polis Johor tahan 373 individu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81658743544_TBKAMARUL.jpg)
Op Tapis Khas: Polis Johor tahan 373 individu
Polis menahan 373 individu kerana disyaki terlibat aktiviti penagihan dan pengedaran dadah, menerusi Op Tapis Khas di seluruh Johor pada Rabu lepas hingga semalam.
![Petani, penganggur didakwa edar ganja, berdepan hukuman mati Petani, penganggur didakwa edar ganja, berdepan hukuman mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81643118072_JUDGE.jpg)
Petani, penganggur didakwa edar ganja, berdepan hukuman mati
Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali kemudiannya menetapkan 7 April depan sebagai tarikh untuk sebutan semula kes.
![Tiga lelaki termasuk cucu P Ramlee dibebaskan daripada tuduhan edar ganja Tiga lelaki termasuk cucu P Ramlee dibebaskan daripada tuduhan edar ganja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71636986414_courtgavelmahkam.jpg)
Tiga lelaki termasuk cucu P Ramlee dibebaskan daripada tuduhan edar ganja
Hakim membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah.