Sebuah dewan sekolah menengah dua tingkat di sini musnah bahagian atasnya dalam satu kebakaran petang tadi.
Dewan Teresian, Sekolah Menengah Kebangsaan St Teresa itu yang sedang dinaik taraf bahagian siling dan bumbung turut menempatkan buku teks, PA sistem serta kerusi dan meja baharu bernilai RM200,000 yang disumbangkan oleh bekas pelajar sekolah berkenaan.
Pengetua SMK St Teresa, Mary John berkata sebelum ini pihaknya juga turut menempatkan kertas Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) di dewan tersebut, bagaimanapun kertas peperiksaan itu telah dipindahkan berikutan kerja-kerja naik taraf tersebut.
"Kami anggarkan kerugian keseluruhan RM300,000" katanya ketika ditemui pemberita di sekolah tersebut hari ini.
Mary berkata bahagian bawah dewan tersebut merupakan bilik kakitangan namun dapat diselamatkan.
Tinjauan Bernama di lokasi kebakaran mendapati anggota bomba berdepan dengan tugas mencabar apabila runtuhan akibat kebakaran jatuh dan hampir mengenai anggota bomba.
Sementara itu, Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Kuching, Tiong Ling Hii berkata pihaknya menerima panggilan pada 5.09 petang sebelum sepasukan 40 anggota dari tiga balai Kuching, Petra Jaya dan Batu Lintang digerakkan ke sekolah tersebut.
Katanya jentera pertama tiba kira-kira tujuh minit kemudian mendapati bahagian atas dewan tersebut sudah musnah terbakar 50 peratus.
"Kami berjaya kawal kebakaran dari merebak ke bangunan sebelah dan bahagian bawah dewan (bilik kakitangan) dalam tempoh 20 minit," katanya sambil menambah kebakaran dapat dikawal kira-kira 5.42 petang.
Ling Hii berkata operasi pemadaman menggunakan dua aliran, empat nozel serta dua 'dividing breeching' dan sumber air pili bomba dan 'Prime Mover Water Tanker'.
"Terdapat 'fireload' jenis kerusi plastik dan set sofa di dalam premis yang menyebabkan kebakaran merebak dengan cepat," katanya.
Beliau berkata ketika ini kerja pemadaman peringkat 'overhaul' masih dijalankan. -- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 29 2016

Keadaan kebakaran di SMK St Teresa petang Sabtu.

OpenAI perkenal model bahasa raya baharu GPT-4.5
OpenAI memasarkan model ini sebagai model yang paling berpengetahuan setakat ini.

Nelayan di Pahang terus dapat perhatian, bantuan Perdana Menteri
Warga emas yang terjejas pendapatan kerana sudah berbulan-bulan tidak dapat mengail rezeki akibat keadaan laut bergelora, diberikan bantuan.

Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada jam 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 7.83 mata kepada 1,578.77 daripada penutupan Khamis pada 1,586.60.

Sultan Nazrin zahir ucapan tahniah kepada menteri, warga KPKT atas prestasi cemerlang
Sultan Perak berkenan menerima menghadap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di Istana Perak Changkat pada Khamis.

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah secara rasmi kepada SPR
Speaker Dewan Negeri Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid menyerahkan notis itu kepada Pengarah SPR Perak, Mohd Nazri Ismail.

'Saya yakin akan bebas, harap peminat tetap beri sokongan' - Eda Ezrin
Penyanyi wanita Kelantan, Eda Ezrin percaya dia akan akan dibebaskan dari Penjara Wilayah Narathiwat tidak lama lagi.

Penunggang motosikal maut dalam kemalangan tiga kenderaan
Kejadian berlaku sekitar jam 8.40 malam ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di sebuah kilang.

Rundingan fasa seterusnya gencatan senjata Gaza bermula di Kaherah
Delegasi Qatar dan Israel tiba di Kaherah bagi meneruskan rundingan, dengan penyertaan wakil dari Amerika Syarikat.

Siemens Malaysia lancar Akademi Latihan Industri Digital bersama SG TVET Group, JTM
Ia sebahagian usaha memperkasa tenaga kerja dan mewujudkan ekosistem digitalisasi menerusi program latihan bertaraf antarabangsa.

Polis tahan lelaki warga Bangladesh khianat, pukul anjing
Polis Daerah Kulai mengesan video tular di media sosial yang dimuat naik pemilik akaun Instagram UPDATEINFO11 memaparkan kejadian khianat itu.

Banjir: Lapan PPS kekal sedang dibina- TPM
Kerajaan sedang membina lapan buah dewan yang akan digunakan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) kekal di sekolah-sekolah yang selalu dijadikan sebagai PPS bagi penempatan mangsa-mangsa banjir.

Dewan sekolah dimakan anai-anai: Kerja baik pulih siap dua bulan lagi
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya telah memulakan tindakan untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan sejak Januari lalu.

Bahagian atas dewan sekolah musnah terbakar, kerugian dianggar RM300,000
Dewan Teresian, Sekolah Kebangsaan St Teresa itu yang sedang dinaik taraf bahagian siling dan bumbung turut menempatkan buku teks, PA sistem serta kerusi dan meja baharu bernilai RM200,000.