PUTRAJAYA: Tempoh kuat kuasa Bahagian II (ketidakupayaan melaksanakan obligasi kontraktual) Akta Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan Impak Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020 [Akta 829] yang akan luput pada 31 Dis 2021 telah dilanjutkan dari 1 Jan sehingga 22 Okt 2022.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ia adalah selaras dengan peruntukan subseksyen 5(2) Akta 829, iaitu menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, melanjutkan tempoh kuat kuasa Bahagian II yang pelanjutannya tidak boleh melebihi tempoh kuat kuasa Akta 829.
Wan Junaidi dalam kenyataan hari ini berkata pelanjutan itu telah mendapat persetujuan Jemaah Menteri pada 22 Dis.
"Pelanjutan ini adalah bagi memastikan penyelarasan pelaksanaan Akta 829 yang efektif dan progresif selaras pindaan yang dibuat baru-baru ini," katanya.
Pindaan kepada Akta Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan Impak Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020 [Akta 829] telah dibentangkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan diluluskan Dewan Rakyat pada 16 Dis dan di Dewan Negara pada 22 Dis sebulat suara.
Wan Junaidi berkata pindaan Akta 829 itu adalah komitmen kerajaan untuk mengurangkan impak perundangan disebabkan oleh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan COVID-19.
"Akta ini memberi kelegaan sementara kepada pihak-pihak daripada melaksanakan obligasi kontraktual untuk tempoh tertentu," katanya.
Beliau berkata pindaan kepada subseksyen 9(1) Bahagian II Ketidakupayaan Melaksanakan Obligasi Kontraktual akan membantu inisiatif pengantaraan di bawah Pusat Mediasi COVID-19 (PMC-19), sebuah agensi kerajaan yang ditubuhkan pada November 2020.
Melalui pindaan ini, semua jenis kontrak komersial yang terkesan akibat PKP bagi membendung penularan COVID-19 boleh dirujuk ke PMC-19 berbanding hanya sembilan kategori kontrak sebelum ini yang ditetapkan dalam Jadual Seksyen 7.
PMC-19 sedang bekerjasama dengan Majlis Peguam, Persatuan Peguambela Sarawak dan Persatuan Undang-Undang Sabah bagi melaksanakan perkhidmatan mediasi bagi individu dan syarikat yang terkesan dengan impak pelaksanaan PKP bagi menangani penularan COVID-19.
Majlis Peguam bersama kerajaan telah melancarkan kempen Mediate First Pledge pada 18 Nov lepas apabila peguam berikrar untuk membantu klien yang mencari penyelesaian pantas terhadap pertikaian kontrak berikutan pelaksanaan PKP.
Kira-kira 50 firma undang-undang telah menyediakan Mediate First Pledge dan senarai itu boleh didapati di laman web PMC-19.
Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020 [Akta 829] telah diwartakan pada 23 Okt 2020 dan berkuat kuasa bagi tempoh 2 tahun dari tarikh penyiaran dalam Warta Kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 30 2021

Wan Junaidi dalam kenyataan hari ini berkata pelanjutan itu telah mendapat persetujuan Jemaah Menteri pada 22 Dis. - Gambar fail/BERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Bahagian 11 Akta 829 dilanjutkan sehingga 22 Okt 2022
Wan Junaidi dalam kenyataan hari ini berkata pelanjutan itu telah mendapat persetujuan Jemaah Menteri pada 22 Dis.