BAGAN DATUK: Tiga pelabur melibatkan industri perkilangan dan perkapalan antaranya dari negara China dan Turki telah menyatakan komitmen kepada kerajaan untuk melabur di Bagan Datuk.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ia adalah hasil naik taraf jaringan kemudahan pengangkutan termasuk pembinaan jambatan baharu yang menghubungkan daerah itu ke Sejagop di Pasir Salak.
Katanya kerajaan telah menerima dokumen yang menyatakan komitmen awal daripada ketiga-tiga pihak terbabit bagi diteliti pihak berkaitan termasuk, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.
Memperincikan pelaburan berkenaan, Ahmad Zahid berkata, tawaran pertama diterima daripada sebuah syarikat tersenarai sedia ada bagi pembinaan kilang pembuatan kenderaan berat.
“Seterusnya, sebuah syarikat dari China yang telah memulakan rundingan untuk pembelian tanah-tanah ladang di sini. Dan kilang ini terlibat dengan kerja-kerja pembuatan bateri dan kenderaan elektrik (EV) yang mana ia dijangka akan membuka 7,500 peluang pekerjaan baharu.
“Di samping itu juga sebuah limbungan kapal untuk pembaikan dan pembuatan kapal dari sebuah syarikat dari Turki. Keberadaannya dijangka akan menampung keperluan pembaikan 75,000 kapal yang melalui Selat Melaka,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media bersempena dengan lawatan kerjaya dan perasmian pembukaan Jambatan Bagan Datuk, di sini pada Khamis.
Hadir sama, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad; Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki serta Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Ir Ahmad Redza Ghulam Rasool.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, kemasukan ketiga-tiga pelabur itu bakal menawarkan lebih 10,000 peluang pekerjaan menjelang tahun 2027.
Jelasnya, bagi memenuhi keperluan tenaga kerja tersebut, kerajaan telah menerima sokongan untuk mewujudkan sebuah Politeknik di Bagan Datuk yang menumpukan kepada tiga bidang iaitu kejuruteraan laut, seni bina perkapalan dan kimpalan.
"MARA sendiri umpamanya boleh jadikan GiatMARA yang ada di Hutan Melintang dan Bagan Datuk ini ditukar menjadi institusi yang dapat menyumbang kepada tenaga mahir bagi membantu kerja-kerja pembaikan kapal, pembinaan dan pembuatan kenderaan berat," katanya.
Amirrul Rabbani
Thu Jun 01 2023

Ahmad Zahid bercakap kepada pemberita bersempena dengan lawatan kerjaya dan perasmian pembukaan Jambatan Bagan Datuk, di sini pada Khamis.- Foto Astro AWANI
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Bursa Malaysia dijangka alami kenaikan sederhana minggu depan, didorong optimisme
Dagangan mungkin kekal dalam julat kecil kerana pelabur menilai optimisme berkaitan peluang tempatan dalam keadaan pendirian berhati-hati terhadap ketidaktentuan global.

Sektor defensif pilihan strategik pelabur berdepan ketidaktentuan ekonomi
Dalam menghadapi ketidakpastian ekonomi global, sektor defensif menjadi pilihan utama pelabur Malaysia yang ingin melindungi modal sambil memperoleh pulangan yang konsisten.

Malaysia berpeluang perluas keyakinan pelabur untuk terus pilih ASEAN - PM Anwar
Selaku Pengerusi ASEAN pada 2025, Malaysia berpeluang mengembangkan keyakinan pelabur untuk terus memilih ASEAN sebagai destinasi utama pelaburan.

Pelabur Pakistan tunjuk minat dalam sektor cip di Malaysia
Industri semikonduktor merupakan satu daripada bidang kerjasama baharu utama antara Malaysia dan Pakistan.

Lonjakan IPO Malaysia cermin keyakinan pelabur terhadap bursa tempatan
Dengan 44 IPO setakat ini, Bursa Malaysia telah mengatasi pasaran serantau lain di Asia Tenggara.

Rafizi, Premier Sarawak bincang RUU berkaitan perdagangan karbon
Rafizi hari ini mengadakan pertemuan dengan Abang Johari serta menteri kabinet negeri bagi membincangkan RUU berhubung perdagangan karbon.

Dasar mesra pelabur tarik kehadiran ramai pelabur ke Sabah - Hajiji
Hajiji berkata, Sabah berada pada landasan betul untuk memajukan negeri melalui inisiatif strategik di bawah kerangka Sabah Maju Jaya.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, dipengaruhi sentimen berhati-hati
Ringgit meneruskan penurunan apabila ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, dipengaruhi oleh sentimen berhati-hati dan permintaan yang hambar, kata penganalisis.

Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit diniagakan pada 4.7160/7190 berbanding dolar AS, tidak berubah ketika ditutup pada Khamis.