ALOR SETAR: Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan bagaimana rakyat mampu menternak haiwan sendiri bagi menangani isu kenaikan harga barangan sekiranya kos makanan ternakan mahal.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, ada saranan supaya rakyat menanam sendiri sayur dan memelihara haiwan di kediaman mereka.
“Macam mana nak suruh orang tanam atau bela (ternak) lima ekor ayam satu rumah jikalau makanan ayam ataupun dedak ayam mahal, sudah tentu mereka tak mampu nak bela.
“Takkanlah mereka nak bagi nasi basi atau sisa nasi. Bukannya hari-hari kita tidak habis nasi. Jadi, perkara ini perlu dilihat oleh pihak kerajaan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas turun padang meninjau bekalan dan harga makanan bersama pimpinan Amanah Kedah di Pasar Besar Alor Setar di sini pada Jumaat.
Hadir sama, ADUN Pengkalan Kundor, Datuk Dr Ismail Salleh dan ADUN Kubang Rotan, Asmirul Anuar Aris.
Katanya, isu harga bekalan makanan dilihat dapat diatasi apabila kerajaan memberi subsidi terus bagi pengeluaran makanan ayam seperti jagung dan soya.
Jelasnya, langkah tersebut akan menyelesaikan masalah apabila bantuan diterima terus penternak kecil seperti yang disarankan oleh kerajaan.
Mengulas lanjut, Mahfuz berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu mengumumkan kerajaan tidak lagi memberikan bantuan subsidi kepada penternak-penternak ayam mulai 1 Julai ini.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya kerajaan memberi subsidi pengeluaran makanan ternakan bagi menggantikan subsidi ayam yang ditarik tersebut.
Katanya, kerajaan turut mengumumkan akan menyalurkan bantuan tunai secara terus kepada golongan B40 susulan tindakan menghentikan bayaran subsidi kepada penternak itu.
“Kita tidak tahu bagaimana mekanisme subsidi ayam itu akan diberikan kepada rakyat sedangkan harga kawalan diumumkan oleh kerajaan pun sehingga kini tak dapat dipraktikkan oleh mana-mana pihak,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Mahfuz berkata, beliau mendapati masalah bekalan dan kenaikan harga barang berterusan di seluruh negara termasuklah di Kedah.
Menurutnya, jika dulu penjual ayam menerima bekalan 800 ekor ayam sehari daripada pembekal, namun kini ia dihadkan kepada 400 ekor sahaja dan ia menunjukkan masalah bekalan masih berlaku.
Jelasnya, walaupun kerajaan masih mengekalkan harga kawalan ayam RM8.90 sekilogram namun tidak ada mana-mana peniaga ayam yang mampu jual pada harga tersebut.
"Tiada makna kita kekalkan harga kawalan tetapi pengguna ataupun rakyat tidak dapat menikmati harga tersebut, apabila ke pasar ayam dijual sehingga mencecah lebih RM10 sekilogram. Ini akan beri kesan kepada rakyat,” katanya.
Beliau dalam pada itu meminta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi menyelesaikan masalah orang tengah yang mengawal harga sayur, manakala kerajaan digesa mencari jalan menstabilkan harga ikan serta memastikan bekalan mencukupi.
Pengerusi Amanah Kedah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Mengkudu, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, ada pengguna mengadu harga barangan meningkat menyebabkan nilai wang menjadi kecil.
“Mereka dakwa terpaksa berjimat dan mengurangkan kuantiti barangan dibeli untuk memastikan pembelian tidak melebihi pendapatan mereka,” katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jun 04 2022

Mahfuz (dua dari kiri) dan Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (dua dari kanan) bersama pimpinan Amanah Kedah meninjau bekalan dan harga barangan di Pasar Besar Alor Setar di sini pada Jumaat. -Foto Sinar Harian
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kerusi PRN Johor: Amanah pastikan tiada pertembungan dengan BN - Mahfuz
Tindakan Amanah Johor tuntut bilangan kerusi dalam Pilihan Raya Negeri merupakan perkara biasa yang menjadi lumrah dalam proses perundingan, kata Naib Presiden Amanah.

Pesawah kawasan LPP di Kedah rugi RM13.5 juta akibat banjir
Seramai 972 pesawah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di negeri ini mengalami kerugian kira-kira RM13.5 juta selepas kawasan tanaman padi seluas lebih 1,500 hektar ditenggelami banjir.

LPP ajak usahawan ceburi ternakan udang kara
LPP sedia berkolaborasi dengan syarikat penternakan udang kara bagi memberi latihan dan mengajar kaedah ternakan untuk dipraktikkan.

Jawatankuasa khas bincang bantu pesawah terjejas kemarau
Jawatankuasa khas akan dibentuk bagi mencari penyelesaian sekali gus menangani masalah lebih 10,000 pesawah yang terjejas akibat cuaca panas melibatkan empat negeri.

LPP cadang harga lantai belian padi dinaikkan
Kenaikan harga lantai padi juga sebagai melindungi petani supaya pengilang beras tidak boleh membeli padi di bawah paras ditetapkan.

Saman fitnah: Mahfuz diperintah bayar RM250,000 kepada Sanusi
Mahkamah Tinggi Alor Setar perintah Mahfuz Omar bayar ganti rugi RM250,000 bagi saman fitnah terhadap Menteri Besar Kedah.

Jualan Agro Madani: Buka peluang perkenal produk jenama Peladang
Menerusi Jualan Agro Madani ini juga pengguna memperolehi manfaat dengan kuasa beli yang mereka ada untuk mendapatkan barangan pada harga yang lebih rendah.

Mahfuz, Dr Hatta dilantik Naib Presiden Amanah
Pelantikan baharu itu turut menyaksikan Muhammad Faiz Fadzil menggalas jawatan Setiausaha Agung parti.
![[RASMI] PRN: Mahfuz kalah di Alor Mengkudu [RASMI] PRN: Mahfuz kalah di Alor Mengkudu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691850363_MahfuzOmar.jpg)
[RASMI] PRN: Mahfuz kalah di Alor Mengkudu
Naib Presiden Amanah Datuk Mahfuz Omar kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah hari ini.

PRN: "Alor Mengkudu antara penyumbang tubuh kerajaan negeri baharu" - Mahfuz
Penyandang kerusi DUN Alor Mengkudu, Datuk Mahfuz Omar yakin kerusi yang sedang dipertahankan itu bakal menjadi salah satu penyumbang kepada pembentukan kerajaan negeri yang baharu di kedah.