"Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak akan beralih arah keluar daripada PKR dan akan terus bersama PKR."
Itu kata Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin mengulas mengenai ura-ura kononnya Timbalan Presidennya itu akan meninggalkan parti itu dan menyertai Gerakan, seperti dilaporkan media semalam.
"Saya tidak fikir Mohamed Azmin akan bertindak sedemikian kerana berdasarkan pengalaman lama beliau sebagai ahli politik yang bermula sejak zaman Reformasi 1998, tidak mungkin beliau akan mengambil sikap beralih arah daripada parti Keadilan yang kita asaskan bersama-sama.
"Ketika itu saya memegang jawatan pemuda dan Mohamed Azmin memegang jawatan di peringkat negeri Selangor. Sekali lagi saya yakin tiada sebab untuk beliau angkat kaki daripada PKR," katanya pada sidang media selepas Majlis Makan Tengah Hari dan Dialog Pengamal Media Bersama Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya di sini, hari ini.
Semalam, sebuah portal berita yang memetik sumber melaporkan bahawa Mohamed Azmin, yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, didakwa akan menyertai Parti Gerakan berikutan ketegangan antara beliau dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.
Mohamed Azmin bagaimanapun belum membuat sebarang kenyataan sehingga kini.
Anwar hari ini bagaimanapun dipetik sebagai berkata tidak tahu-menahu mengenai ura-ura berkenaan.
Ketika ditanya sama ada beliau ada bertemu dengan bekas Menteri Besar Selangor itu dalam masa terdekat ini, Shamsul Iskandar yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya berkata, setakat ini tiada, ekoran komitmen tinggi masing-masing dalam kerajaan.
Shamsul Iskandar yang juga Timbalan Menteri Industri Utama dalam pada itu menegaskan, semua kepimpinan parti di negeri ini berdiri teguh di belakang Anwar untuk memimpin PKR tanpa sebarang keraguan.
Sementara itu, mengulas mengenai tindakan 21 ahli PKR Cabang Masjid Tanah yang diketuai Naib Pengerusinya Khairuddin Ibrahim yang semalam mengumumkan keluar parti, Shamsul Iskandar berharap Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri (MPN) Melaka, Halim Bachik dapat mengendalikan masalah itu.
"Saya percaya masalah itu boleh dibawa ke meja rundingan. Tentulah saya kesal dengan pendirian dan keputusan mereka meninggalkan parti.
"Kepemimpinan negeri harus melihat aduan dan hal dibangkitkan selaras dengan sesi pemukiman PKR di Port Dickson (Negeri Sembilan) baru-baru ini, iaitu penyatuan di semua peringkat kepimpinan bagi membolehkan parti bergerak ke depan," katanya. - BERNAMA
BACA: Selepas Bersatu, Azmin didakwa akan sertai Gerakan pula
BACA: Domo arigato, Anwar minta semua pihak 'move on'
Bernama
Fri Jul 26 2019
Shamsul Iskandar yakin sebagai ahli politik berpengalaman, Azmin tidak akan angkat daripada PKR. - Gambar fail
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
PM Anwar rafak sembah tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Brunei ke-78
Anwar, menerusi hantaran sama juga menzahirkan harapan supaya hubungan dan kerjasama antara Malaysia dan Brunei akan terus diperkukuh.
Kerajaan akan segerakan cadangan Akta Saraan Hakim Syarie - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi komitmen bahawa kerajaan akan menyegerakan cadangan pelaksanaan Akta Saraan Hakim Syarie bagi memartabatkan status hakim Mahkamah Syariah di n
Pindaan Akta 355: Harus lebih menyeluruh, perlu rujuk pandangan pakar antarabangsa - PM Anwar
Anwar berkata pindaan Akta 355 perlu lalui penelitian yang penuh7 dan harus juga merujuk pandangan pakar perundangan Islam antarabangsa.
PM Anwar kecam cubaan bunuh Trump, serangan berterusan Israel di Gaza
Beliau berharap keadaan terkawal dan menegaskan keganasan bukanlah jawapannya, walaupun ada yang menentang tokoh politik berkenaan.
SejaTi Madani: PM umum peruntukan RM31.7 juta untuk 317 tanah rancangan Felda
Perdana Menteri mahu semua pihak terlibat, termasuk jawatankuasa penduduk, jawatankuasa masjid, persatuan belia dan juga wanita.
Penyasaran subsidi diesel: Anwar umum peruntukan tambahan RM100 juta kepada FELDA
Langkah itu diambil bagi memastikan pendapatan peneroka Felda tidak terkesan dengan penyasaran tersebut.
NUTP sokong guru lemah, cuai dikecualikan kenaikan pangkat secara "time-based"
NUTP menyokong langkah kerajaan mengecualikan guru yang lemah, cuai dan melanggar disiplin daripada mendapat kenaikan pangkat secara "time-based".
SSPA diumum dalam masa terdekat, antara terbaik pernah dilaksana - PM
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang bakal diumum dalam masa terdekat adalah antara yang terbaik pernah dilaksanakan oleh kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Guru cuai, langgar disiplin harus dikecualikan kenaikan pangkat secara 'time based' - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata guru yang cuai, langgar disiplin dan prestasi lemah harus dikecualikan daripada kemudahan kenaikan pangkat secara "time-based".
Selain guru, tugas didik pelajar adalah tanggungjawab bersama - PM Anwar
Tugas mendidik seseorang pelajar merupakan tanggungjawab bersama dan tidak seharusnya disandarkan sepenuhnya kepada guru, kata Perdana Menteri.