Pakatan Rakyat menolak spekulasi wujud perbincangan mengenai kedudukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berkata, ia termasuk spekulasi menjadikan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor jika menang di kawasan itu.