KUALA LUMPUR:Persidangan hari pertama Dewan Rakyat bagi sesi Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 hari ini, dimulakan dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun menasihatkan semua Ahli Parlimen supaya mengetepikan perbezaan dan perbalahan politik, dalam memainkan peranan membendung pandemik COVID-19.
Beliau turut mengingatkan semua Ahli Parlimen, sama ada dari blok kerajaan mahupun pembangkang, bersatu hati dalam memainkan peranan itu demi keselamatan dan kesejahteraan semua pihak.
"Seperti mana yang Yang Berhormat sedia maklum, perjuangan mengekang penularan COVID-19 di seluruh dunia termasuk Malaysia, masih belum selesai. Ia sesungguhnya memberi kesan dan menjejaskan banyak pihak termasuk rakyat negara ini.
"Saya mengajak semua ahli Yang Berhormat tanpa mengira latar belakang dan khususnya (perbezaan) fahaman politik (untuk) mengetepikan segala perbezaan dan perbalahan, bersatu padu dan bersatu hati memainkan peranan masing-masing dan membantu kerajaan dan pihak berkuasa dalam membendung COVID-19," katanya sambil menyatakan ia selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah baru-baru ini.
Azhar yang berkata demikian ketika pemasyhuran daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat, turut memaklumkan langkah berjaga-jaga diambil termasuk mengedarkan prosedur operasi standard (SOP) kepada semua Ahli Parlimen.
Beliau berkata semua Ahli Parlimen dari Sabah juga perlu menjalani kuarantin 14 hari, berikutan situasi semasa COVID-19 di negeri itu.
"Ahli Yang Berhomat dari Sabah perlu menjalani kuarantin selama 14 hari sebelum persidangan ini. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat atas kerjasama ahli-ahli Yang Berhomat dari Sabah yang telah atau sedang menjalani kuarantin. Besar pengorbanan mereka sebenarnya.
"Saya berharap dan menasihatkan semua ahli Yang Berhormat supaya sentiasa mematuhi SOP, iaitu penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan kerap membasuh tangan atau menggunakan 'hand sanitizer'," katanya.
Beliau meminta semua pihak mendoakan agar wabak COVID-19 segera dibendung sepenuhnya dan tidak memberikan ancaman kepada negara, seterusnya persidangan Dewan Rakyat dapat berlangsung seperti biasa.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 02 2020
Azhar turut memaklumkan langkah berjaga-jaga diambil termasuk mengedarkan SOP kepada semua Ahli Parlimen. - Gambar fail
Sri Lanka kerah 90,000 anggota keselamatan untuk Pilihan Raya Parlimen
Pasukan keselamatan dikerah mulai Selasa untuk pastikan pilihan raya berjalan bebas dan adil, setakat ini tiada sebarang aduan serius diterima.
Korea Utara, Rusia meterai perjanjian pertahanan
Korea Utara telah meratifikasi perjanjian pertahanan bersama Rusia yang ditandatangani oleh kedua-dua pemimpin negara, Jun lalu, di mana menerusi perjanjian itu, setiap pihak perlu saling membantu sekiranya berlaku serangan bersenjata.
Trump pilih Konservatif Pro-Israel sebagai Duta
Presiden terpilih Donald Trump mengumumkan pelantikan bekas Gabenor Arkansas, Mike Huckabee, sebagai duta Amerika Syarikat ke Israel.
Trump memilih Huckabee, seorang konservatif pro-Israel yang berpendirian tegas memberi petunjuk terhadap arah dasar Amerika Syarat dalam konflik di Asia Barat.
Trump memilih Huckabee, seorang konservatif pro-Israel yang berpendirian tegas memberi petunjuk terhadap arah dasar Amerika Syarat dalam konflik di Asia Barat.
Israel-Hezbollah berbalas serangan
Tentera Israel melancarkan serangan udara besar-besaran ke kawasan pinggir bandar selatan Beirut pada Selasa, menyasarkan kawasan yang dikawal oleh Hezbollah.
Serangan ini adalah yang paling berat sejak Menteri Pertahanan Israel menegaskan tiada gencatan senjata akan berlaku sehingga matlamat Israel tercapai.
Serangan ini adalah yang paling berat sejak Menteri Pertahanan Israel menegaskan tiada gencatan senjata akan berlaku sehingga matlamat Israel tercapai.
Israel dakwa sudah penuhi kebanyakan tuntutan AS di Gaza
Israel mendakwa sudah memenuhi kebanyakan tuntutan Amerika Syarikat (AS) untuk meningkatkan kemasukan bantuan kemanusiaan di Gaza.
Kerajaan Iran takutkan rakyatnya, bukan Israel - Netanyahu
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menyatakan bahawa kerajaan Pemimpin Tertinggi Ayatollah Ali Khamenei lebih takutkan rakyatnya sendiri berbanding ancaman dari Israel.
Menurut Netanyahu, kerajaan Iran melaburkan banyak masa dan wang untuk memadamkan harapan rakyatnya dan menghalang impian mereka.
Menurut Netanyahu, kerajaan Iran melaburkan banyak masa dan wang untuk memadamkan harapan rakyatnya dan menghalang impian mereka.
38,950 kecederaan pekerjaan direkodkan tahun 2023
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, ini menjadikan kadar kecederaan pekerjaan di Malaysia tahun ini 2.46 bagi setiap 1,000 pekerja berbanding sasaran 2.32.
Israel dakwa sudah penuhi kebanyakan tuntutan AS di Gaza
Pegawai Israel mendakwa, terdapat beberapa perkara yang masih dalam perbincangan dan ia berkaitan dengan isu keselamatan.
Selepas taufan Toraji, Filipina diancam ribut tropika Usagi
Filipina mengeluarkan amaran cuaca baharu ketika ribut besar kelima dalam tiga minggu menghampiri kepulauan itu, hanya beberapa hari selepas ribuan penduduk dipindahkan kerana Taufan Toraji.
AS jamin tetap komited tangani pemanasan global
Washington memberi jaminan pemilihan semula Donald Trump sebagai Presiden tidak akan menamatkan usaha Amerika Syarikat (AS) untuk menangani pemanasan global.
Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 peringkat dasar
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 (Belanjawan 2025) di peringkat dasar selepas dibahaskan sejak 21 Okt lepas.
Malaysia sudah salur RM44.7 juta, 5,000 tan bantuan kepada Palestin
Malaysia terus bersuara lantang memperjuangkan pembebasan hak mutlak rakyat Palestin, termasuk di pentas-pentas antarabangsa seperti UNGA dan OIC.
Kad pengenalan sebagai mekanisme subsidi RON95 antara tumpuan Dewan Rakyat
Soalan itu dikemukakan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) kepada Menteri Ekonomi pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.
Azalina tidak anggotai Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan - BHEUU
BHEUU menjelaskan pihaknya dipertanggungjawabkan untuk urusan penyelarasan Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
KUSKOP, MoF dan KESUMA perinci penyelarasan kenaikan gaji minimum bagi PMKS - Ewon
KUSKOP bersedia mengadakan perbincangan lanjut dengan MoF dan KESUMA mengenai penyelarasan gaji minimum bagi PMKS.
KPKM pertimbang cadangan penetapan harga lantai belian padi RM1,500 per tan metrik
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan membincangkan cadangan menetapkan harga lantai belian padi pada RM1,500 per tan metrik.
Kerajaan sasar defisit fiskal lebih rendah kepada tiga peratus bagi jangka masa sederhana - Lim
Kerajaan menyasarkan defisit fiskal lebih rendah kepada tiga peratus bagi jangka masa sederhana, mengikut kerangka Ekonomi MADANI.
Syarikat IPP beri komitmen baik selesai tunggakan AAIBE - Fadillah
Tunggakan Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) dari tempoh 2018 hingga 2021 adalah berjumlah RM442 juta.
Projek 1BestariNet: KPM serah siasatan kepada SPRM
KPM juga sedia beri kerjasama kepada SPRM selain sedang dalam proses memuktamadkan cadangan penyelesaian sebelum dikemukakan kepada Kabinet.
1BestariNet, Pelabuhan Labuan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Soalan berhubung Projek 1BestariNet dan tindakan undang-undang yang diambil diajukan oleh Datuk Mohd Suhaimi Abdullah kepada Menteri Pendidikan.