KUALA TERENGGANU: Roshairi Izuan Sulaiman tidak menyangka minat memelihara ayam sejak kecil telah membuka ruang kepadanya untuk menceburi bidang perniagaan ayam eksotik sehingga berjaya menembusi pasaran antarabangsa.
Anak jati Setiu berusia 34 tahun itu berkata memelihara ayam eksotik bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan penjagaan rapi serta penelitian bagi memastikan kesihatan haiwan itu berada pada tahap optimum.
Menurutnya lapan jenis ayam yang dimilikinya ketika ini adalah ayam Yokohama dari Vietnam, Cemani (Indonesia), Aseel Parrot Beat (India), Modern Game (Amerika Syarikat), Onaga (Jepun), Ratu (Thailand), Brahma Black Mottled (Turki) dan Serama (Malaysia).
"Harga yang dijual sangat berpatutan mengikut jenis, saiz dan kualiti ayam tersebut. Saya pernah menjual ayam peliharaan kepada pelanggan dari negara Qatar, Pakistan, Thailand dan Arab Saudi.
"Jenis ayam yang paling mahal pernah dijual adalah Aseel Parrot Beat dari India dengan harga seekor boleh mencecah sekitar RM6,000 hingga RM7,000 mengikut saiz dan kualiti," katanya.
Roshairi Izuan berkata demikian ketika ditemui Bernama pada Pameran Ayam Eksotik sempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Aidilfitri 2022 di Dataran Drawbridge di sini, pada Sabtu.
Menurutnya setiap ayam eksotik mempunyai cara penjagaan yang berbeza kerana ia datang dari serata dunia, selain faktor cuaca dan pemakanan turut mempengaruhi tumbesaran haiwan tersebut.
"Ketika mula berniaga pada tahun 2000, modal yang saya keluarkan sebanyak RM15,000 dengan membeli pelbagai jenis ayam eksotik dari luar negara secara berperingkat.
"Saya tidak sangka setelah 22 tahun saya berniaga ayam eksotik ini, perniagaan saya semakin maju dan jualan pernah mencecah hampir RM10,000 sebulan," katanya.
Beliau berkata bagi pasaran tempatan pula, ayam jenis Brahma Black Mottled sentiasa mendapat permintaan ramai kerana ia bertubuh besar dan memiliki bulu yang lebat dari kepala hingga hujung kakinya.
"Ayam Brahma Black Mottled tidak susah untuk dipelihara kerana ia dijaga seperti ayam biasa (ayam kampung)," katanya dan menambah harga bagi sepasang anak ayam tersebut mencecah sekitar RM1,000 mengikut saiz.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 22 2022

Roshairi Izuan Sulaiman tidak menyangka minat memelihara ayam membuka ruang menceburi bidang perniagaan ayam eksotik sehingga berjaya menembusi pasaran antarabangsa. -Bernama

Pengerusi baharu PSM dijangka diumum esok - Iliyas Jamil
Keputusan siapa yang akan menyandang jawatan sebagai Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) baharu bagi menggantikan Datuk Hans Isaac dijangka akan diketahui esok.

Dua lelaki didapati bersalah curi tandas emas di Istana Blenheim
Dua lelaki didapati bersalah mencuri tandas emas bernilai 4.75 juta pound (AS$6.17 juta) dari Istana Blenheim di selatan England.

Anwar arah Kabinet teliti cadangan had tempoh jawatan PM - Fahmi
Cadangan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun akan diteliti oleh Kabinet,

Lima didenda RM3,000 kemuka maklumat palsu untuk dapatkan sijil kelahiran bayi
Lima individu masing-masing didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini, selepas mengaku bersalah mengemukakan maklumat palsu semasa mendaftar kelahiran lima bayi.

ASEAN perku kekal aman, berkecuali untuk tarik lebih banyak pelabur - Johari
Perkara itu penting kerana tidak ada pihak yang mahu melabur di kawasan bergolak dan susah untuk melakukan perniagaan.

Tun Ameerul Luqman juarai Jelajah PBA dengan perbelanjaan sendiri
Pengorbanan jaguh tenpin boling negara Tun Ameerul Luqman Al-Hakim Tun Hasnul Azam yang sanggup mengeluarkan perbelanjaan sendiri demi bersaing wajar diberi pujian penuh.

Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas lebih 6 jam rakam percakapan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari ibu pejabat SPRM, di Putrajaya, pada pukul 4.35 petang selepas memberi keterangan lebih 6 jam pada Rabu.

Sri Pahang, Kedah masih belum terkubur
Sri Pahang, Kedah masih belum terkubur

Santan, dua jenis bawang India dalam Skim Kawalan Harga sempena Aidilfitri 2025
Sebanyak 26 jenis barangan telah dimasukkan ke dalam senarai skim tersebut, termasuk bawang kecil India, barang kecil ros India, dan santan.

Hujan berterusan di empat negeri - MetMalaysia
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di empat negeri hingga Jumaat ini.

Ayam eksotik Roshairi Izuan tembusi pasaran antarabangsa
Roshairi Izuan Sulaiman tidak menyangka minat memelihara ayam sejak kecil telah membuka ruang kepadanya untuk menceburi bidang perniagaan ayam eksotik sehingga berjaya menembusi pasaran antarabangsa.