JERTIH: Penduduk di Kampung Batu 13 di Hulu Besut dekat sini menafikan dakwaan terdapat usaha menghidupkan semula ajaran sesat Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhamad di perkampungun itu seperti yang tular di media sosial.
Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Rosli, 50, berkata sebaliknya perhimpunan yang sering dilihat itu adalah majlis keramaian dan kenduri-kendara yang dianjurkan oleh ahli keluarga dan saudara-mara Ayah Pin termasuk yang terbaharu majlis perkahwinan anak Ayah Pin pada bulan lelpas.
"Saya terkejut apabila tiba-tiba sejak beberapa hari kebelakangan ini kecoh kononnya ajaran Ayah Pin cuba dihidupkan semula. Sebagai penduduk yang tinggal berdekatan, saya tidak nampak ada aktiviti mencurigakan di penempatan yang dihuni oleh lebih 100 penduduk ini.
"Cuma baru-baru ini (Februari lepas) memang ada majlis kenduri perkahwinan anak Ayah Pin dan ramai saudara mereka datang termasuk saya turut dijemput. Ahli keluarga Ayah Pin yang tinggal di sini selalu buat majlis keramaian termasuk sambutan hari jadi," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Batu 13, Ab Ghani Mamat juga mengesahkan tidak melihat sebarang aktiviti mencurigakan dalam tempoh terdekat.
"Saya tak nampak apa-apa pelik sehari dua ini dan pihak berkuasa memang sentiasa pantau penempatan berkenaan," katanya.
Media sebelum ini melaporkan ada cubaan pihak tertentu menghidupkan semula ajaran sesat Ayah Pin yang pernah menggemparkan negara dengan 'Kerajaan Langit'.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi ketika dihubungi Bernama semalam berkata perkara itu dalam makluman kerajaan negeri dan sedang dalam tindakan pihak berwajib.
Terdahulu, sebuah hantaran di akaun Facebook 'Imam Muda Kulan' mendakwa ajaran Ayah Pin cuba dihidupkan kembali oleh gerakan pihak-pihak tertentu di sekitar Besut.
Sebelum ini, Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) mengeluarkan fatwa ajaran Ayah Pin sesat mengikut Seksyen 25 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 dan diwartakan haram pada 1997.
Pada April 2016, Ayah Pin meninggal dunia pada usia 74 tahun di rumahnya di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Besut kerana sakit tua.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 17 2024

Media sebelum ini melaporkan ada cubaan pihak tertentu menghidupkan semula ajaran sesat Ayah Pin yang pernah menggemparkan negara dengan 'Kerajaan Langit'. - Gambar fail/Sinar Harian

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.

Terengganu pantau ajaran Ayah Pin, jalin hubungan baik dengan ahli keluarga
Hubungan baik adalah bagi membawa mereka ke jalan yang benar dan memantau serta memastikan ajaran itu tidak kembali tersebar.

Tiada kegiatan hidupkan semula ajaran Ayah Pin dikesan di Pahang - Polis
Tiada sebarang kegiatan dan usaha untuk menghidupkan semula ajaran sesat Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhamad dikesan di Pahang setakat ini, kata Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman.

Ayah Pin: Bukan hidupkan semula ajaran sesat, cuma keraian - Penduduk kampung
Penduduk di Kampung Batu 13 di Hulu Besut dekat sini menafikan dakwaan terdapat usaha menghidupkan semula ajaran sesat Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhamad di perkampungun itu.

Tiada usaha hidupkan kembali ajaran Ayah Pin - Polis
Polis Terengganu setakat ini tidak mengesan sebarang petunjuk atau usaha untuk menghidupkan semula ajaran Ayah Pin yang difatwakan sesat pada 1997 itu.

Cubaan hidupkan semula ajaran sesat Ayah Pin dalam perhatian
Ajaran Ayah Pin cuba dihidupkan kembali oleh gerakan pihak-pihak tertentu di sekitar Besut.