Bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) berkuatkuasa 1 September depan.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pelantikan dibuat selepas mendapat persetujuan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Awang Adek, 62, berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Kewangan dari 2006 hingga 2013.
Beliau juga pernah bertugas sebagai Duta Malaysia ke Amerika Syarikat dari 2014 ke 2016.
Menurut Ismail Sabri, beliau percaya pengalaman dimiliki Dr Awang Adek akan membolehkan beliau memimpin MARA dalam melaksanakan dasar dan perancangan oleh kementerian demi mencapai objektif transformasi negara.
BACA: Hasrat Annuar disambut baik - Ismail Sabri
BACA: Annuar Musa tampil beri keterangan kepada Jawatankuasa Audit Dalaman Mara
BACA: SPRM buka kertas siasatan isu Annuar Musa
Awang Adek mengambil tempat yang ditinggalkan Pengerusi sebelumnya, Tan Sri Annuar Musa yang pada 4 Ogos lalu, melahirkan hasrat untuk tidak menyambung kontraknya selepas memegang jawatan itu lebih empat tahun.
Astro Awani
Tue Aug 15 2017
![Awang Adek dilantik Pengerusi MARA yang baharu Awang Adek dilantik Pengerusi MARA yang baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/41459184773_DrAwangAdek.jpg)
Awang Adek, 62, berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Kewangan dari 2006 hingga 2013. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![SC keluarkan rangka kerja Taksonomi SRI menjelang akhir tahun 2022 SC keluarkan rangka kerja Taksonomi SRI menjelang akhir tahun 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81655959582_AwangAdekHussin.jpg)
SC keluarkan rangka kerja Taksonomi SRI menjelang akhir tahun 2022
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan mengeluarkan rangka kerja Taksonomi Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) menjelang akhir tahun ini.
![Awang Adek letak jawatan pengerusi PRG Holdings Awang Adek letak jawatan pengerusi PRG Holdings](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71652278098_DrAwangAdek.jpg)
Awang Adek letak jawatan pengerusi PRG Holdings
Pengerusi bebas bukan eksekutif PRG Holdings Bhd, Datuk Awang Adek Hussin akan meletak jawatan daripada lembaga pengarah kumpulan itu, berkuat kuasa 30 Mei, 2022.
![Awang Adek dilantik Pengerusi MARA yang baharu Awang Adek dilantik Pengerusi MARA yang baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/41459184773_DrAwangAdek.jpg)
Awang Adek dilantik Pengerusi MARA yang baharu
Bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) berkuatkuasa 1 September depan.
Jangan sabotaj parti jika tidak tercalon - Awang Adek
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, datuk Dr. Awang Adek Hussein memberikan saranan kepada calon yang tidak tersenarai.