Model awal yang dibuat berdasarkan pergerakan arus mengenai kemungkinan serpihan pesawat MH370 akan dihanyutkan telah salah mengenal pasti Indonesia sebagai lokasinya.
Perkara itu disahkan oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, (ATSB).
ATSB yang mengetuai pencarian MH370 menjelaskan, model hanyutan yang dilaksanakan pada Jun 2014 mensasarkan serpihan pertama pesawat itu dijangka dihanyutkan ke perairan barat Sumatera pada minggu pertama Julai 2014.
"Kesilapan itu tidak menjejaskan pencarian di permukaan oleh pasukan pencari antarabangsa untuk mengesan pesawat itu di luar persisir Barat Australia.
"Pencarian itu dihentikan pada April, lebih sebulan selepas pesawat itu dilaporkan hilang," ujarnya ATSB dalam satu kenyataan pada Rabu.
Pada 29 Julai, bahagian dari sayap pesawat dikenali sebagai flaperon ditemui di Pulau Reunion dan ia disahkan daripada pesawat boeing 777.
Minggu lalu, pihak berkuasa Australia dan pakar oceanografi bebas menyifatkan, kedudukan penemuan flaperon itu yang terletak kira-kira 3,700 kilometer daripada lokasi pencarian adalah konsisten dengan lokasi terakhir pesawat itu dilaporkan hilang berdasarkan kepada analisis arus laut, angin dan ombak.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss berkata, Australia telah menghantar satu pasukan penyiasat ke Toulouse, Perancis untuk memeriksa flaperon yang ditemui berkenaan.
"Pemeriksaan itu dilakukan pihak berkuasa Malaysia dan Perancis bagi mengesahkan sama ada flaperon itu berasal dari pesawat MH370.
"Pegawai Malaysia dan Perancis itu dijangka memberikan kenyataan rasmi mengenai kesahihan sumber flaperon itu penghujung minggu ini," ujarnya.
Penerbangan MH370 hilang dari imbasan radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada March 2014 bersama 239 penumpang dan anak kapal.
Fokus pencarian tertumpu di Selatan Lautan Hindi.
Agensi
Wed Aug 05 2015
Model hanyutan yang dilaksanakan pada Jun 2014 mensasarkan serpihan pertama pesawat itu dijangka dihanyutkan ke perairan barat Sumatera. - Gambar Fail
Perpaduan dan nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Di sebalik pembangunan dan kemodenan Wilayah Persekutuan yang merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, tersemat semangat perpaduan dan nilai kekeluargaan di setiap sudutnya.
Polis Filipina sahkan pemergiaan Malabed satu kehilangan
Polis Filipina pada Jumaat mengesahkan seorang pegawainya Kolonel Polis Pergentino Malabed berada dalam pesawat American Airlines yang terhempas ke Sungai Potomac selepas bertembung dengan helikopter Black Hawk Tentera pada Rabu.
Junta tentera lanjutkan darurat
Junta Tentera melanjutkan darurat selama enam bulan lagi, sehari sebelum ulang tahun keempat rampasan kuasa.
Hamas umum nama tiga tebusan bakal dilepaskan
Hamas pada Jumaat mengumumkan nama tiga tebusan yang bakal dilepaskan pada Sabtu.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Pemimpin pembangkang India ditahan atas dakwaan rogol, serangan
Seorang pemimpin parti pembangkang Kongres India ditangkap pada Khamis atas tuduhan rogol dan serangan.
FDA lulus ubat baharu berpotensi jadi alternatif opioid
Pil itu dinamakan Journavx, yang digunakan untuk merawat sakit akut jangka pendek yang sering berlaku selepas pembedahan atau kecederaan.
Malaysia bantu permudah Timor-Leste sertai perjanjian ekonomi ASEAN
ASEAN menantikan kesediaan daripada Timor-Leste untuk menyertai perjanjian-perjanjian dan bersedia memberikan sokongan pembinaan kapasiti.
Sekitar Masjid Umawi sempena solat Jumaat pertama selepas pembentukan kerajaan sementara
Hari Jumaat di Syria merupakan hari hujung minggu. Hujung minggu kali ni sedikit berbeza kerana rakyat Syria dilihat keluar beramai-ramai solat Jumaat di Masjid Umawi di Damsyik dan Hilal Azmi yang berada di lokasi sempat bertemu dengan pelajar Malaysia di sana.
Kertas siasatan kes guru pukul murid telah lengkap
Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan seorang murid sebuah sekolah rendah di Bagan Serai mengalami kecederaan akibat dipukul guru seperti yang tular di media sosial.
Bantuan RM25 juta amat diperlukan - Hajiji
Menyambut baik dan berterima kasih atas bantuan itu, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata bantuan segera merangkumi RM1,000 untuk semua keluarga yang terkesan juga amat penting dalam usaha membantu mangsa banjir.
Petunjuk baharu MH370: MOT akan bekerjasama dengan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia
"Sebarang perbincangan lanjut akan diadakan dengan Kerajaan China dan Australia berdasarkan bukti yang boleh dipercayai."
Pesawat tersasar, juruterbang dipercayai tertidur
Seorang juruterbang tersasar lokasi pendaratan hampir 50 kilometer (KM) ketika penerbangan carter selepas beliau dipercayai tertidur.
ATSB tolak penemuan terbaharu MH370 oleh penyiasat nahas Kanada
Biro Keselamatan Pengangkutan Australia ATSB tidak bersetuju dengan kesimpulan yang dibuat dalam laporan terbaharu misi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014.
Bangkai kapal yang ditemui dalam operasi mencari pesawat MH370 dikenal pasti
Kedua-duanya adalah kapal dagang kurun ke-19 yang membawa muatan bahan bakar arang, dengan setiap satunya membawa 30 orang anak kapal.
Ocean Infinity masih gagal imbas MH370
Ocean Infinity melaporkan, sudah mengimbas sehingga 1,300 kilometer persegi kawasan sehari sejak melancarkan misi di pantai barat Australia.
MH370: 'Serpihan masih ditemui' - Kok Soo Chon
Pencarian pesawat MMH370 di tenggara pesisir pantai benua Afrika dan pulau-pulau berdekatan, menemui beberapa lagi serpihan.
DCA kaji laporan akhir ATSB mengenai kehilangan MH370 - Liow
Malaysia memerlukan petunjuk baharu yang boleh percaya sebelum memulakan usaha baharu pencarian bagi pesawat malang itu.
Operasi mencari MH370 tamat dalam tempoh dua minggu
Operasi mencari pesawat MH370 bakal ditamatkan dalam tempoh dua minggu.
Laporan ATSB: Waris harap pencarian MH370 diteruskan di kawasan baharu
Biro Keselamatan Pengangkutan Australia yakin kawasan dasar laut di selatan Lautan Hindi yang dikenal pasti sebagai kawasan pencarian semasa, bukan merupakan tempat terletaknya bangkai pesawat.
MH370 mungkin tidak berada di kawasan pencarian - ATSB
ATSB yakin kawasan dasar laut di selatan Lautan Hindi yang dikenal pasti sebagai kawasan pencarian sebelum ini, bukan merupakan tempat terletaknya bangkai pesawat MH370.