IPOH: "Saya gementar kerana tidak menyangka sama sekali menerima surat daripada pihak istana," itu luahan R. Yogeswary iaitu pengawal keselamatan wanita yang bertugas di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini yang sering membantu pesakit dan pelawat di kawasan parkir hospital itu sehingga tular dalam media sosial.
Yogeswary, 44, tersenarai sebagai penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada 19 Dis nanti.
Ibu tunggal kepada dua cahaya mata perempuan itu meluahkan rasa terharu dan gembira keranakhidmatnya sebagai pengawal keselamatan sejak lebih lima tahun lepas di hospital berkenaan dipandang oleh masyarakat termasuk pihak istana.
"Ini pertama kali saya akan menjejakkan kaki ke istana, saya memang kelu. Sebelum ini, saya hanya menonton (istiadat) di kaca televisyen, sekarang saya pula yang dapat.
"Sebenarnya khidmat saya yang bertugas di sini sebagai pengawal keselamatan tidaklah seberapa kalau hendak dibandingkan dengan orang lain. Namun, saya tidak sangka ramai yang 'melihat' kerja saya di sini," katanya kepada Bernama.
Meluahkan rasa penghargaan, Yogeswary mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan hospital dan syarikat kawalan keselamatan yang memberi peluang kepadanya bertugas di hospital itu.
Anak bongsu daripada lima beradik yang berasal dari Gerik itu berkata kakak akan menemaninya ke ibu negara dan dijangka bertolak beberapa hari sebelum istiadat pengurniaan berlangsung.
Yogeswary yang sebelum ini bertugas mengawal keselamatan di Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi hospital itu telah ditugaskan di Kompleks Rawatan Harian sejak enam bulan lepas.
"Pihak atasan hospital yang menukarkan kawasan bertugas di Kompleks Rawatan Harian yang kebanyakan pesakit terdiri daripada warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU), dan mereka memerlukan pertolongan apabila datang ke sini," katanya.
Yogeswary sebelum ini tular apabila sering membantu pesakit atau pelawat hospital sehingga meraih perhatian daripada Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa yang memuji tindakan wanita itu dengan memberi penghargaan menerusi satu hantaran dalam Facebook menteri berkenaan.
Antara bantuan yang dihulurkannya ialah mengangkat barang, mengawal lalu lintas di parkir, menenangkan pesakit cemas dan mengucapkan tahniah kepada ibu yang baru bersalin.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 07 2023

Yogeswary, 44, tersenarai sebagai penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada 19 Dis nanti. - Foto IG @viralperak

Konvensyen Francais ASEAN Mei ini rancakkan ekosistem francais serantau - Ewon
Konvensyen Francais ASEAN (AFC) yang julung kali diadakan pada Mei ini di ibu negara antara lain sebagai usaha memperkukuh ekosistem francais di rantau Asia Tenggara.
AWANI Tonight: Govt considers congestion charges in major cities to ease traffic
The government is considering congestion charges in Kuala Lumpur, Georgetown and Johor Bahru to ease traffic in these cities, pending studies and Cabinet approval
AWANI Tonight: Malaysia Education Blueprint: Progress, challenges & the road ahead
As the Malaysia Education Blueprint 2013-2025 nears its conclusion this year, Dr. Logendra Stanley Ponniah from Taylor’s University evaluates its achievements, remaining gaps and the way forward.

Warga emas didenda RM6,000 miliki senapang patah buatan sendiri, 108 peluru
Seorang lelaki warga emas didenda RM6,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua pertuduhan memiliki senapang patah buatan sendiri dan 108 butir peluru tanpa lesen.

Jabatan Perikanan Perak tekad perangi populasi ikan asing
Jabatan Perikanan Perak terus komited memerangi populasi spesies ikan asing yang merupakan ancaman besar kepada ekosistem sungai di negeri ini, kata Pengarahnya Mohd Ghazali Abd Manap.

Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama keselamatan maritim
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Badan Keamanan Laut Indonesia (Bakamla) menegaskan komitmen untuk memperkukuh kerjasama maritim bagi menjamin keselamatan perairan kedua-dua negara.

40 rakyat China yang ditipu untuk masuk secara tidak sah ke Thailand dihantar pulang
Operasi itu adalah contoh kerjasama berterusan kedua-dua negara untuk menangani aktiviti jenayah rentas sempadan.

Polis kesan suspek isu 3R libat fitnah MB Perak, JAIPk
Satu kertas siasatan dibuka membabitkan komen jelik berbaur fitnah terhadap Saarani manakala satu lagi berkait teks khutbah disediakan JAIPk.

JKNPP beri kerjasama kepada polis kes doktor ditahan berkelakuan tidak senonoh
Pihak JKNPP memandang serius dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku pegawai perubatan itu.

Kelemahan sistem pengairan, saliran penyebab utama pengurangan hasil padi - Mohamad Sabu
Projek Pembangunan Infrastruktur diumumkan bagi menyokong Program Penanaman Padi Lima Musim Dalam Tempoh Dua Tahun.

"Aunty guard viral" gementar bakal jejak kaki ke Istana Negara
Yogeswary, 44, tersenarai sebagai penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.