KUALA LUMPUR: Bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy telah memaklumkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada 2015 tentang kesukaran untuk menyediakan beberapa dokumen, kerana telah disita pihak polis, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.
Saksi ketujuh pendakwaan, Saadatul Nafisah Ahmad Bashir, yang merupakan bekas Pengarah Jabatan Audit Negara (JAN), mengakui perkara itu adalah benar, dan dalam pengetahuan beliau ketika disoal Peguam Bela Arul, Datuk N Sivananthan.
Selain itu, Saadatul Nafisah juga mengesahkan bahawa Arul Kanda meminta masa tambahan untuk menyediakan dokumen yang berkaitan, menyebabkan JAN memanjangkan tempoh masa sehingga 30 Januari 2016.
Terdahulu, Sivananthan mencadangkan bahawa, susulan penyitaan yang dilakukan pihak polis, ia telah mengakibatkan 1MDB berada dalam keadaan yang sukar untuk menyediakan dokumen yang diperlukan untuk proses audit JAN.
Sivananthan: Adakah anda bersetuju situasi ini (serbuan dan penggeladahan polis), telah mengakibatkan 1MDB berada dalam keadaan sukar selepas polis merampas dokumen tersebut, dan mereka perlu memohon kepada pihak berkenaan untuk mendapatkan kembali dokumen berkenaan?
Saadaful Nafisah: Ya
Perbicaraan berhubung kes pindaan laporan akhir audit 1MDB melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Arul Kanda, bersambung semula hari ini di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan.
Najib, 68, yang juga merupakan Ahli Parlimen Pekan, didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan akhir 1MDB, sebelum diserahkan kepada PAC, bagi mengelakkan dikenakan tindakan undang-undang.
Arul Kanda pula dituduh bersubahat dengan Najib, bagi membantu mengelakkan bekas Perdana Menteri itu dikenakan sebarang tindakan.
Kedua-dua mereka didakwa di bawah Seksyen 23(1) dan 24(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum, serta denda lima kali ganda nilai suapan, atau RM10,000, atau mana-mana nilai lebih tinggi.
Dalam pada itu, Saadatul Nafisah turut mengesahkan, Arul sekali lagi meminta tempoh masa tambahan mengenai penyediaan dokumen berkaitan, sewaktu dalam satu mesyuarat melibatkan pemegang taruh dan pengurusan tertinggi 1MDB pada 24 Februari 2016.
Media sebelum ini melaporkan, mesyuarat pada tarikh itu dilakukan di pejabat bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa, di mana beberapa keputusan untuk membuang perenggan tertentu dalam laporan audit itu dilakukan, termasuk memadamkan dua kenyataan kewangan 1MDB yang bercanggah antara satu sama lain.
Selain itu media melaporkan, pada 22 Februari 2016, Najib didakwa telah mengadakan mesyuarat dengan Ali, bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang, dan bekas Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Tan Sri Shukry Salleh untuk membincangkan penemuan dalam audit 1MDB.
Turut dilaporkan, pertemuan pada 24 Februari 2016 telah mengakibatkan pindaan terhadap empat item, termasuk dua laporan kewangan 1MDB yang bercanggah pada 2014.
Perbicaraan bersambung 27 September ini.
Firdaus Azil
Tue Sep 07 2021
Arul Kanda Kandasamy telah memaklumkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada 2015 tentang kesukaran untuk menyediakan beberapa dokumen, kerana telah disita pihak polis. - Foto BERNAMA
Tumpuan Isnin – 25 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (24 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Alam sekitar: Kita ada wang yang banyak tapi dibazirkan untuk perang
Goodall berkata, beliau kecewa dan marah dengan situasi ketika ini, di mana wang dilaburkan dalam perang yang berleluasa, dan isu alam sekitar seolah-olah disisihkan.
“Ahmad Nawab mentor saya” - Datuk Ramli MS
Beliau menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor beliau, banyak perkara dipelajari sejak mereka mula bekerja bersama kira-kira empat dekad lepas.
Ahmad Nawab legenda tiada galang ganti - PM Anwar
Pemergian Seniman Negara Tan Sri Ahmad Khan Nawab Khan atau Ahmad Nawab adalah satu kehilangan buat industri muzik negara dan Allahyarham akan dikenang sebagai legenda yang tiada galang ganti.
Sarawak bakal ambil alih MASwings bulan depan
Sarawak dijangka memuktamadkan perjanjian jual beli untuk MASwings, anak syarikat penerbangan serantau Malaysia Aviation Group (MAG) bulan depan, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Pasangan kekasih ditahan cuba seludup lapan warga Myanmar
Sepasang kekasih ditahan ketika dipercayai cuba menyeludup lapan warga Myanmar dengan menggunakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM 5.2 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Bukit Kayu Hitam pada Ahad
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 November 2024.
Kemasukan pelajar ke IPTA berdasarkan merit, tiada diskriminasi - Zambry
Kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah berdasarkan merit, terutama melibatkan kursus yang mendapat permintaan tinggi.
Khadijah Ibrahim akan terus nyanyikan lagu Ahmad Nawab
Penyanyi yang mesra dengan panggilan Ibu Kathy itu akan meneruskan perjuangan Allahyarham dengan terus menyanyikan lagu beliau. Beliau juga menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor dan guru yang terbaik buatnya.
Audit 1MDB: Arul Kanda beritahu PAC, syarikat sukar sediakan dokumen kerana dirampas polis
Bekas Pengarah Jabatan Audit Negara Saadatul Nafisah Ahmad Bashir, mengakui perkara itu adalah benar ketika disoal peguam bela hari ini