PASIR MAS:Kesemua anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ditempatkan di sempadan Malaysia-Thailand di sini, akan dikekalkan, meskipun ada beberapa pos milik mereka dinaiki air.
Panglima Markas 8 Briged Brigidier Jeneral Zamri Abu Hasan berkata setakat ini, keadaan di tujuh pos kawalan yang menempatkan anggota ATM di sepanjang Pasir Mas hingga Jeli, masih belum sampai ke tahap genting, sehingga perlu berpindah.
"Ada pos yang dinaiki air sehingga paras 1.5 meter seperti di Pos Tok' Oh, tetapi anggota masih dikekalkan di situ. Kesemua anggota masih menjalankan tugasan bagi menjamin keselamatan negara.
"Kesiapsiagaan tetap diutamakan walaupun dalam jua keadaan," katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan tinjauan banjir di sempadan Malaysia-Thailand, dekat Jeram Perdah di sini, hari ini.
Hadir sama, Pegawai Pemerintah Batalion Ke-7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) Supt Azhari Nusi.
Mengulas lanjut, Zamri berkata setakat ini tinjauan yang dilakukan bersama PGA7 mendapati, ada lima pos kawalan milik PGA telah dinaiki air dan tiga daripadanya terpaksa dipindahkan.
Katanya, kesemua 48 anggota PGA itu kini ditempatkan ke kawasan lebih selamat namun tugasan membuat ronda di sempadan tetap dilaksanakan.
"Pihak ATM bersama polis tetap menjalankan tugasan dan tahap kesiapsiagaan masih ditahap terbaik.
"Setakat ini aset yang ada masih mencukupi, namun sekiranya keadaan semakin mengancam kita juga ada membuat perancangan lain yang lebih baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 21 2020
Keadaan di tujuh pos kawalan yang menempatkan anggota ATM di sepanjang Pasir Mas hingga Jeli, masih belum sampai ke tahap genting. -Gambar fail
Piala Malaysia: Sri Pahang tempah tiket separuh akhir
Kejayaan Skuad Tok Gajah ini disahkan menerusi kemenangan agregat 4-3.
Ratusan hadir upacara berkabung di Magdeburg selepas serangan pasar Krismas
Keluarga dan orang ramai dari pelbagai peringkat umur datang ke gereja Johanniskirche, tempat utama untuk upacara berkabung itu.
Pasar Kedai Payang dibanjiri pengunjung sempena cuti sekolah
Kedua-dua bangunan yang terletak bersebelahan itu mula dikunjungi pelanggan seawal 9 pagi terutama dari luar Terengganu.
Teruskan PKKP bukti Kerajaan MADANI prihatin terhadap pesara
Kebanyakan ahli bersyukur dengan keputusan berkenaan kerana ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban kos sara hidup yang ditanggung.
Pekerja, usahawan cari rezeki di Pulau Pinang wajib bayar zakat kepada ZPP
Perkara itu diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang bersidang pada 10 hingga 12 Sept lepas.
Angka kematian di Gaza lebih 45,250 di tengah-tengah serangan Israel yang berterusan
Kira-kira 107,627 yang lain cedera dalam serangan yang berterusan itu.
Restoran alami kerugian punca kegagalan perniagaan Kim Seri
Kim Seri berkata kerugian itu mula ditanggung sejak Februari lalu berikutan ulasan buruk yang diterima daripada pelanggan mengenai restorannya.
Tragedi rempuhan sempena agihan makanan pra-Krismas ragut 67 nyawa di Nigeria
Tragedi rempuhan untuk mendapatkan makanan percuma telah meragut nyawa 67 rakyat Nigeria sepanjang tempoh pra-Krismas.
Dua dekad tsunami: Aceh bangkit dengan ilmu, semangat anak muda
Aceh berjaya berdikari dengan bantuan yang diberikan 20 tahun dahulu, menerusi pelbagai peluang perniagaan yang dimonopoli anak muda, khususnya berkaitan pelancongan.
Sim bantu tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta
Keperitan tujuh sekeluarga yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas ditipu tuan rumah di Bukit Mertajam, mendapat perhatian ahli parlimennya, Steven Sim.
ATM laksana lima tindakan jangka panjang tangani kes penganiayaan di ALK
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan lima tindakan jangka panjang bagi menangani kes penganiayaan dalam kalangan pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK).
Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
[KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan
Pembelian aset terpakai ini terbukti mampu menawarkan jalan tengah yang pantas dan efektif.
Penceramah motivasi dakwa diugut, dikasari pegawai kaunseling ATM
Seorang penceramah yang juga pesara pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuat laporan polis selepas mendakwa diugut dan dikasari pegawai ATM pada satu program ceramah motivasi di Dewan Tun Templ
Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah - ATM
ATM berkata, Pasukan UNIFIL sedang menyiasat serangan letupan di Beirut pada Khamis yang melibatkan konvoi MALBATT 850-12.
ATM siasat dakwaan pegawai UPNM ditekap seterika oleh senior
ATM menegaskan siasatan akan dilaksanakan dengan terperinci dan tidak akan melindungi serta berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat.
56 petugas media tempatan selami kehidupan anggota TUDM selama 24 jam
Antara aktiviti dan cabaran yang dilaksanakan sepanjang dua hari program berlangsung ialah 'Menembak Raifal dan Pistol', 'Latihan Merentas Halangan dan Latihan Menara Abseiling.
Kontrak sewa Black Hawk mungkin terbatal
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pihak ATM akan mencari alternatif lain bagi menggantikan kontrak sewaan berkenaan.
MCMC, ATM jalin kerjasama tambah baik liputan jalur lebar 73 kem
MCMC dan ATM jalin kerjasama strategik bagi menambah baik liputan jalur lebar menerusi pembangunan infrastruktur gentian optik di 73 kem tentera seluruh negara.
Penduduk Perlis diingatkan bersiap sedia, air pasang besar cecah 3.7 meter dijangka berlaku
Penduduk di Perlis terutama bagi kawasan Kangar dan Arau diingatkan bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan banjir besar.