KOTA TINGGI: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berharap kerajaan dapat memberikan peruntukan tambahan bagi memperkasakan sempadan darat dan maritim negara susulan pembukaan sempadan negara bermula 1 April.
Panglima ATM Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata kemasukan pendatang tanpa izin ke negara ini dijangka meningkat berikutan pembukaan sempadan, justeru, pembelian aset berteknologi tinggi dilihat dapat memperkasakan kawalan serta pengawasan secara lebih efisien dan efektif.
Beliau berkata aset berteknologi tinggi itu antaranya melibatkan peralatan seperti binokular jarak jauh, binokular penglihatan malam dan keperluan penambahan sistem radar bagi memantau aktiviti kemasukan pendatang tanpa izin dan penyeludupan.
"Besarlah harapan saya agar peruntukan pertahanan negara dapat memberikan lebih peruntukan bagi pemerkasaan sempadan daratan dan maritim negara terutamanya dari segi perolehan aset dan logistik.
"Ia adalah satu pelaburan jangka panjang yang sangat berbaloi kerana pencerobohan pendatang tanpa izin ini sentiasa ada dan perlu ditangani setiap masa," katanya pada sidang media selepas lawatan sempena Op Benteng Khas Siri Dua di KD Sultan Ismail Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia, Tanjung Pengelih, di sini hari ini.
BACA: Kaedah baharu diteliti gantikan Op Benteng - Panglima ATM
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai persediaan ATM bagi pembukaan sempadan negara.
Affendi berkata pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) yang mempunyai keupayaan pengesanan haba (Thermal Image Camera) di lokaliti hotspot untuk mengawasi titik pendaratan serta pergerakan curiga, selain pemantauan operasi mencari dan menyelamat (SAR), dapat mengurangkan aturgerak anggota di lapangan.
Ditanya mengenai Op Benteng yang akan ditamatkan Jun tahun ini, beliau berkata satu perbincangan bersama Majlis Keselamatan Negara telah dibuat bagi menentukan hala tuju ATM susulan penamatan operasi berkenaan.
"Kita akan umumkan selepas kita mendapat satu perancangan yang dimeterai. Pada masa sama saya berharap perkara ini boleh dilakukan dan operasi untuk memperkasa sempadan ini diteruskan dengan cara dan kaedah lain," katanya.
Sementara itu, beliau berkata sejak Mei 2020 hingga 10 Mac lepas, sebanyak 4,278 pendatang tanpa izin telah ditahan dalam Op Benteng dengan warganegara Indonesia adalah paling ramai iaitu 3,476 orang.
Beliau berkata bagi tempoh sama juga, sebanyak 1,074 kes dicatatkan melibatkan tangkapan, kes penglihatan (pemantauan udara), pengusiran, rampasan barang tanpa tuan dan rompakan laut, membabitkan keseluruhan nilai rampasan sebanyak RM175 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 15 2022

Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jeneral Tan Sri Affendi Buang bercakap ketika sidang media selepas meninjau pelaksanaan Operasi Benteng Khas Siri Dua (OBK2) di KD Sultan Ismail Pengerang hari ini. - Foto BERNAMA
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat
Adly Zahari berkata, peluang kenaikan pangkat adalah terbuka kepada semua, tanpa mengira jantina.

ATM laksanakan pengurusan persepsi tangani tanggapan tidak tepat - Panglima ATM
ATM akan melaksanakan pelbagai langkah bagi mengurus persepsi orang ramai susulan tanggapan tidak tepat yang sering dilemparkan terhadap pasukan keselamatan itu.

Rayuan kerajaan berhubung pelarasan pencen ATM diputuskan pada 6 Mei
6 Mei ditetap sebagai tarikh keputusan berhubung rayuan mengenai keputusan yang memihak kepada pelarasan pencen pesara ATM yang bersara sebelum 1 Jan 2013.

Mohd Nizam dilantik menjadi Panglima Angkatan Tentera ke-23
Pelantikan Mohd Nizam adalah bagi menggantikan Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman yang bersara wajib.

Pelarasan pencen susulan SSPA: Veteran boleh hubungi JHEV jika ada persoalan
Veteran ATM yang mempunyai persoalan mengenai kiraan pencen susulan pelaksanaan SSPA boleh berhubung dengan JHEV ATM untuk penerangan.

MRO Aset, Kementerian Pertahanan kaji penggunaan pencetakan 3D
Kementerian Pertahanan sedang mengkaji penggunaan kaedah pencetakan 3D dalam penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) aset ketenteraan di seluruh negara.

JHEV lulus RM6.19 juta bina, baik pulih rumah veteran ATM setakat November
Ia termasuk 53 permohonan bina baharu dan 209 permohonan baik pulih rumah termasuk lima permohonan baharu dan lapan baik pulih di Johor.

TEKS PENUH: Titah Diraja YDPA Agong sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-14
"Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan Komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah"

Kes buli UPNM: Lima Pegawai Kadet dibuang, diarah bayar ganti rugi pada kerajaan - Menteri
Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) Siri 623 yang bersidang, pada Selasa.
![[KOLUMNIS] Memugar kesejahteraan dan kualiti hidup warga kem tentera [KOLUMNIS] Memugar kesejahteraan dan kualiti hidup warga kem tentera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732438705_pencariantanahruntuh.jpg)
[KOLUMNIS] Memugar kesejahteraan dan kualiti hidup warga kem tentera
Sejak sekian lama, cabaran mempertingkatkan kualiti hidup anggota tentera menjadi antara halangan dalam membina kekuatan dan kualiti pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).