KUALA LUMPUR: Semua ancaman keselamatan siber yang dikesan setakat ini berjaya disekat oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.
Beliau berkata kesemua ancaman itu juga tidak menunjukkan sebarang petanda kritikal terhadap postur keselamatan rangkaian organisasi.
"Kementerian juga telah memastikan bahawa tiada sebarang ketirisan maklumat yang berlaku sehingga kini," katanya ketika menjawab usul Sivakumar Varatharaju Naidu (PH-Batu Gajah) pada sesi Kamar Khas di Dewan Rakyat hari ini.
Sivakumar mengemukakan usul mengenai keselamatan siber Kementerian Pertahanan termasuk strategi kementerian jika berlaku ancaman siber, langkah-langkah memperkukuhkan rangkaian pemantauan dan pertahanan komunikasi ATM dan melindungi rangkaian komunikasi strategik pertahanan negara.
Ikmal Hisham berkata pada ketika ini, corak serangan siber yang dihadapi oleh ATM secara umumnya sama dengan perkembangan ancaman siber di peringkat global.
Beliau berkata landskap ancaman siber yang diperhatikan meliputi aktiviti risikan ataupun espionaj, jenayah dan haktivisme atau hackers.
"Ancaman kategori Advanced Persistent Threat (APT) bagi tujuan risikan merupakan ancaman utama yang dihadapi secara berterusan dan sentiasa diberi perhatian," katanya.
Sementara itu, Ikmal Hisham berkata kementerian komited untuk meningkatkan tahap keselamatan siber melalui beberapa rangka strategi termasuk menubuhkan Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP).
BSEP, katanya berfungsi memperkasa dan memperkukuh fungsi dan tugas Pusat Operasi Pertahanan Siber atau dikenali sebagai Cyber Defence Operation Center (CDOC).
Bahagian itu bertanggungjawab sepenuhnya kepada semua aktiviti berkaitan siber dan elektromagnetik yang merangkumi keselamatan komunikasi dan keselamatan siber.
"Ia juga akan meningkatkan keupayaan sedia ada CDOC dengan perolehan keupayaan pertahanan siber, latihan berterusan kepada anggota ATM berkaitan dan peningkatan kepakaran sumber manusia dalam bidang pertahanan siber," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 01 2021
Ikmal Hisham berkata pada ketika ini, corak serangan siber yang dihadapi oleh ATM secara umumnya sama dengan perkembangan ancaman siber di peringkat global. - Jabatan Penerangan
Pelancongan: semua kementerian diseru kukuh kerjasama dengan MOTAC
Semua kementerian serta agensi yang berkaitan pelancongan diseru mengukuhkan kerjasama khususnya dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.
Suspek bunuh ibu, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa pada Selasa
Lelaki dipercayai membunuh ibunya dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada Selasa.
Papan tanda: tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
AS terus usaha capai genjatan senjata di Lubnan
AS sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai gencatan senjata di Lubnan namun mengingatkan perjanjian masih belum berjaya dicapai.
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Kedutaan AS di Sri Lanka keluar amaran kemungkinan serangan di kawasan pelancongan
Kedutaan AS terima maklumat yang boleh dipercayai mengenai ancaman serangan yang menyasarkan lokasi pelancongan popular.
PDRM tubuh Sel Jururunding hadapi situasi ancam keselamatan negara
PDRM lancar Sel Jururunding berperanan sebagai penghubung antara pihak kerajaan dengan pengganas jika berhadapan situasi ancam keselamatan negara.
Polis AS tahan wanita kerana ancaman terhadap Trump, bawa senjata api tanpa lesen
Christina Montoya dari San Antonio, Texas telah ditahan dan didakwa dengan kesalahan membawa pistol tanpa lesen.
KPM jamin keselamatan di semua institusi pendidikan
Kementerian Pendidikan (KPM) memandang serius ancaman keselamatan di beberapa sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat seperti yang dilaporkan oleh media.
Isu Palestin: Kawalan keselamatan PM Anwar dipertingkat - KPN
PDRM memberi jaminan akan mempertingkatkan lagi kawalan keselamatan Perdana Menteri susulan pendedahan ugutan diterimanya kerana lantang bersuara dalam isu Palestin.
Polis pantau tujuh kumpulan ajaran sesat aktif di Malaysia - Razarudin
Polis sedang memantau tujuh kumpulan ajaran sesat yang dipercayai boleh mendatangkan ancaman keselamatan dan menggugat ketenteraman awam negara.
Muzium Louvre dan Istana Versailles dibuka semula
Menteri Dalam Negeri Perancis beri kelulusan untuk pembukaan semula selepas tiada bahan letupan ditemukan dan serangan berlaku.
Segera lapor pihak berkuasa sekiranya diancam, ditipu sindiket pemerdagangan - TPM Zahid
Ahmad Zahid menyeru rakyat Malaysia yang berada di luar negara, supaya melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya menyedari diri mereka ditipu.
Keganasan semakin meningkat, hospital di Sudan terancam
Hospital Al Nao, satu-satunya kemudahan kesihatan yang masih beroperasi di bandar Omdurman, barat laut ibu kota Sudan, Khartoum, diancam dengan peningkatan keganasan.
PRN: Dakwaan Sanusi diancam, Polis Kedah panggil Ahli Parlimen bantu siasatan
Polis akan memanggil seorang Ahli Parlimen di negeri ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan yang mengaitkan ancaman keselamatan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.