Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) memenangi Brand of the Year di Anugerah Putra Brands 2019 yang berlangsung pada Jumaat malam.
Ia sebagai pengiktirafan atas kejayaan Astro dalam menyampaikan kandungan berkualiti meliputi pelbagai sudut termasuk pendidikan, hiburan yang memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia.
Selain itu, Astro turut memenangi Anugerah Platinum dan 'Hall of Fame' bagi kategori Rangkaian Media.
Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Berhad Henry Tan Poh Hock kemenangan itu atas sokongan tidak berbelah bahagi yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia.
"Kita (Astro) berjaya memenangi tiga anugerah ini dan pengiktirafan 'Brand of the Year' membuatkan kami amat teruja. Pada masa sama, kami dengan rendah diri amat berterima kasih atas penghargaan ini. Ia amat bermakna kerana kita tahu Putra Award ini berdasarkan undian oleh pengguna.
"Terima kasih Malaysia kerana memilih Astro, kita tahu pelbagai inisiatif rancangan dari bidang pendidikan seperti Tutor TV dan Oh My English, hiburan, filem tempatan, bidang sukan juga menerusi Astro Arena serta rancangan yang mencungkil bakat anak muda seperti Kem Badminton berjaya mendapat penghargaan dari rakyat Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian dalam Anugerah Putra Brands 2019 di ibu negara pada Jumaat.
Bagi tahun 2019, pemenang bagi Anugerah Putra Brands dipilih berdasarkan tinjauan dilakukan ke atas 8,000 pengguna, berdasarkan faktor keinginnan pengguna untuk membeli produk dan perkhidmatan yang dicalonkan.
Bagi penganjur yang juga Presiden Persatuan Ejen-ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As) Andrew Lee, selepas 10 tahun anugerah itu diadakan telah menyaksikan perubahan ketara dalam industri di negara ini.
"Dalam tempoh 10 tahun lalu, industri di negara ini menyaksikan pelbagai perubahan yang lebih tertumpu kepada kesedaran dan tingkah laku pengguna. Kedua ia melibatkan impak dalam bidang teknologi dengan platform baharu termasuk koleksi data dan analisis. Malah tingkah laku dan kehendak pengguna telah berubah, mereka lebih menghargai serta memilih produk yang dapat memberi kesan serta inspirasi kepada mereka," katanya.
Dilancarkan pada 2010, Anugerah Putra Brand ialah inisiatif Persatuan Ejen-ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As) untuk mengiktiraf jenama yang paling dekat di hati rakyat Malaysia dengan penilaian berdasarkan pilihan pengguna.
Sebanyak 129 Anugerah daripada 23 kategori dipertandingkan dalam anugerah itu bagi tahun ini.
Fareez Azman
Fri Sep 27 2019
Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) menang anugerah Brand of the Year di Anugerah Putra Brands 2019, selain dua kategori 'Rangkaian Media. - Astro AWANI/Fareez Azman
176 warga asing ditahan di Bukit Bintang
Seramai 176 warga asing ditahan dalam satu operasi yang dijalankan Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur di sekitar Jalan Alor, Bukit Bintang, malam ini.
Wanita hilang selama 11 hari di Sitiawan ditemui di Kajang
Ling Siew Siew disahkan berada di Kajang oleh ahli keluarganya yang memaklumkan perkara tersebut kepada pihak polis.
WEF 2025: Selatan Global perlu gesa kepada pembaharuan struktur antarabangsa - PM
Anwar berkata pakatan seperti BRICS adalah penting sebagai mekanisme untuk membincangkan mengenai pembaharuan dan membolehkan semua pihak mendapat manfaatnya.
AWANI Ringkas: Najib anggap surat derma daripada Arab Saudi tulen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Beberapa orang ditikam di stesen keretapi di tengah Jepun, seorang tidak sedarkan diri
Beberapa orang ditikam pada petang Rabu di sebuah stesen kereta api yang merupakan hab pengangkutan ke kawasan ski, terletak di tengah Jepun.
Trump umum pelaksanaan 10 peratus tarif ke atas import dari China mulai 1 Februari
Trump pada Selasa berkata tarif 10 peratus ini adalah tindak balas terhadap peranan China dalam krisis fentanyl.
Seludup besi: Enam ditahan, barangan bernilai RM113 juta dirampas
Enam individu ditahan terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan warga tempatan serta tiga lelaki warga asing berumur antara 33 hingga 50 tahun.
Banjir di Sarawak: Jumlah mangsa di PPS Saratok kini 91 orang
Sebanyak 91 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Rumah Dayak, Saratok susulan banjir yang melanda daerah itu, setakat 8 malam tadi.
MyAqsa Foundation akan serah bukti jenayah Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa
Bukti-bukti berkenaan dikumpulkan dengan kerjasama penyelidik dari UIAM sejak serangan bermula pada 7 Oktober 2023.
Consider This: Education — Learning from Indonesia’s Experience
To mark International Day of Education on January 22nd, on this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with education consultant & reform advocate, Dzameer Dzulkifli. He is the former Programme Lead of Guru Tribe, under Indonesia’s GovTech Edu, where from 2020 to 2024, he supported Indonesia's Ministry of Education in transforming its education policies. Prior to that, in 2009, he co-founded Teach For Malaysia—leading it for a decade to build a network of over 500 education changemakers. And later, he served as CEO of Yayasan Tunku Abdul Rahman—championing tertiary education for low-income communities.
Tabung Haji mampu bayar hibah lebih tinggi tahun ini
Prestasi suku ketiga TH adalah baik dengan jumlah aset terus mengatasi tanggungan sebanyak RM2.3 bilion, lebih tinggi berbanding RM1 bilion pada 2018.
Astro menang 'Brand of the Year' di Anugerah Putra Brand 2019
Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) menang anugerah Brand of the Year di Anugerah Putra Brands 2019, selain dua kategori 'Rangkaian Media'.
RWC 2019: England tepati ramalan menang besar lawan USA
England meraih lima lagi mata selepas menang besar menentang pasukan Amerika Syarikat dalam Kejohanan Piala Dunia Ragbi 2019 di Stadium Kobe Misaki pada Khamis.
Bersyukur kerana berjaya berpuasa tanpa gangguan - Dr Mahathir
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengajak rakyat Malaysia terutama yang beragama Islam supaya bersyukur, kerana berjaya melaksanakan ibadat puasa tanpa sebarang gangguan.
Nostalgia 'Ikhlas' 1992 di pentas KL JAMM
Menggamit nostalgia zaman penyatuan legenda seni suara tanah air di atas satu pentas, MUI dengan kerjasama syarikat Produksi KRU mengumumkan barisan artis yang bakal memeriahkan KL JAMM.
Filem Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal angkat kisah rakyat
Setelah 10 tahun mencipta fenomena, Les Copaque kini kembali dengan naskah terbaharu buat peminat-peminat animasi tersebut
10 ramalan bola sepak dunia tahun 2019
Ke manakah Jose Mourinho selepas ini? Siapakah bakal juarai Liga Juara-Juara Eropah? Apa nasib Neymar? Banyak yang boleh dijangkakan untuk 12 bulan akan datang.
Sarah Suhairi mahu fokus menyanyi, tolak tawaran berlakon
JUARA Big Stage, Sarah Suhairi mengaku ingin fokus dalam bidang nyanyian dan menolak beberapa tawaran lakonan.
"Tiada yang mustahil" - Serena Williams titip kata-kata semangat kepada ibu bapa yang bekerja
Serena Williams telah menyampaikan mesej Tahun Baharu 2019 yang memberi inspirasi kepada ibu dan bapa yang kerja, dengan mengatakan "Tiada yang Mustahil".
Syed Saddiq tidak 'serik', kembali 'merempit' di malam Tahun Baharu 2019
Kecederaan yang dialami oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kerana kemalangan motosikal tidak menghalang beliau untuk kembali merempit di ibu kota.