Sembilan hari selepas ia dilancarkan, aplikasi Astro AWANI kini mengungguli carta muat turun App Store bagi aplikasi berita di kalangan pengguna iPad dan iPhone.
Aplikasi Astro AWANI juga berada di kedudukan pertama di iTunes:
Untuk android pula, aplikasi Astro AWANI berada di kedudukan ke-2.
Aplikasi ini dilancarkan pada 1hb Mei dan pengguna boleh melayari berita utama terkini yang dipaparkan di laman sesawang rasmi di www.astroawani.com dan maklumat disediakan di dalam dwibahasa: Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Pada pilihan Raya ke-13 yang berlangsung pada 5hb Mei lepas, aplikasi ini menyediakan paparan berita dan maklumat terkini PRU13.
Selain berita nasional, berita hiburan, bisnes, sukan dan dunia turut dipaparkan.
Pengguna juga boleh menonton saluran Astro AWANI secara langsung menerusi penstriman video. Turut ditawarkan adalah galeri foto yang dirakamkan dari seluruh dunia dan galeri video yang memaparkan sedutan-sedutan berita dan program majalah yang telah disiarkan.
Pengguna juga boleh berkongsi berita, gambar dan video menerusi U-Wartawan, usaha Astro AWANI untuk menggalakkan pengguna menjadi wartawan juga.
Muat turun aplikasi Astro AWANI di App Store atau muat turun aplikasi Astro AWANI di Google Play.
Astro Awani
Thu May 09 2013
Syarikat tempatan perlu tawar pekerjaan bergaji tinggi
Pekerjaan dengan gaji tinggi perlu diwujudkan bagi mengelakkan fenomena pemampatan gaji terus berlaku di negara ini.
Malaysia evakuasi rakyat dari Lubnan
Malaysia telah memulakan evakuasi rakyatnya dari Lubnan susulan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.
Dalam kenyataan pada Jumaat, Wisma Putra mengesahkan bahawa empat rakyat Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1) pada pagi ini, manakala seorang lagi dijadual tiba pada sebelah petang.
Dalam kenyataan pada Jumaat, Wisma Putra mengesahkan bahawa empat rakyat Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1) pada pagi ini, manakala seorang lagi dijadual tiba pada sebelah petang.
Isu Timur Tengah, ekonomi global heret turun Bursa Malaysia
Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini lebih rendah pada Jumaat, ditekan jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Kerajaan yakin KLIA akan jadi hab kargo serantau - Loke
Kerajaan yakin Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berpotensi menjadi hab kargo di rantau ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
Pemilihan Bersatu: Muhyiddin, Hamzah menang tanpa bertanding
Muhyiddin kekal Presiden Bersatu manakala Hamzah mengisi jawatan Timbalan Presiden, selepas masing-masing menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti itu bagi 2024-2027.
Israel lancar serangan baharu ke atas Lubnan, sasar infrastruktur penting
Pasukan Israel meneruskan pencerobohan mereka terhadap Lubnan awal Jumaat, menyerang daerah selatan Beirut dan pelbagai wilayah lain.
AWANI Borneo [04/10/2024] - Jijik! | Jimat masa, tiada lagi kesesakan | Berdepan hukuman penjara
Tumpuan Awani Borneo 4 Okt 2024 bersama Assim Hassan
1. Abai kebersihan, empat kilang proses makanan di Tawau diarah tutup 14 hari
2. Jalan masuk utama ke HUMS siap, kesesakan trafik dijangka kurang
3. Dua remaja bawah umur didakwa rogol kanak-kanak 12 tahun berdepan hukuman penjara
1. Abai kebersihan, empat kilang proses makanan di Tawau diarah tutup 14 hari
2. Jalan masuk utama ke HUMS siap, kesesakan trafik dijangka kurang
3. Dua remaja bawah umur didakwa rogol kanak-kanak 12 tahun berdepan hukuman penjara
Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS
Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat, meningkat daripada penyusutan baru-baru ini.
Isu libatkan rakyat Palestin di pusat transit selesai - Duta
Kekecohan yang melibatkan rakyat Palestin yang ditempatkan di Wisma Transit, Kuala Lumpur dengan anggota keselamatan yang tular di media sosial baru-baru ini telah diselesaikan.
Bekas Hakim Mahkamah Rayuan diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara
Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Yaacob Sam hari ini diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya.
Astro AWANI: Aplikasi berita No. 1!
Aplikasi Astro AWANI mengungguli carta aplikasi berita App Store bagi pengguna iPad dan iPhone sembilan hari selepas ia dilancarkan.