BUTTERWORTH: Seorang pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram melibatkan RM20,000.
Ameyrudin Ahmad Zuki, 41, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.
Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa menyembunyikan wang berjumlah RM10,000 yang merupakan hasil aktiviti haram ke dalam akaun rakannya, Shahirudin Mohamad, melalui tiga transaksi deposit di Bank Islam Malaysia Bhd Kepala Batas.
Pertuduhan kedua pula, dia didakwa menyembunyikan wang hasil aktiviti haram dalam jumlah yang sama juga ke dalam akaun milik Shahirudin, melalui tiga transaksi deposit di Malayan Banking Bhd Kepala Batas.
Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan pada 4 Ogos 2018.
Pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4 (1) akta sama.
Sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 15 tahun, denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta yang mana lebih tinggi
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Shahrom Idris memohon mahkamah mengenakan ikat jamin sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan kerana mengambil kira tahap keseriusan kes yang melibatkan anggota polis namun peguam Ameyrudin Y. Yogeswaran memohon jaminan sebanyak RM7,000 bagi kedua-dua pertuduhan.
Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 20 Dis untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 21 2022
Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 20 Dis untuk sebutan semula kes. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Kes pelawak, netizen hina Islam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 4 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 4 Februari 2025
1️⃣ Pemberi maklumat tidak dilindungi jika buat pendedahan umum
2️⃣ Kes pelawak, netizen hina Islam
3️⃣ Jumlah kemalangan, angka kematian menurun
#awaniringkas
1️⃣ Pemberi maklumat tidak dilindungi jika buat pendedahan umum
2️⃣ Kes pelawak, netizen hina Islam
3️⃣ Jumlah kemalangan, angka kematian menurun
#awaniringkas
Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4400/4495 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4710/4800 pada Isnin.
Pembantu tadbir kewangan ditahan buat tuntutan palsu RM20,000
Suspek lelaki berusia 30-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM di sini, kira-kira 10 pagi hari ini.
Lebih 66,000 kes bencana kerja dilaporkan Perkeso pada 2024 - Abdul Rahman
Kes kemalangan semasa perjalanan meningkat sedikit kepada 33,638 kes pada 2024, berbanding 33,181 kes pada tahun sebelumnya.
Agenda AWANI: Bina Semula Gaza
Apa cabaran untuk membangunkan semula Gaza selepas hampir keseluruhan kawasan musnah akibat dibedil rejim Zionis sejak Oktober 2023? Sejauh mana keperluan untuk melaksanakan gencatan senjata sepenuhnya demi capai kedamaian berpanjangan dan berkekalan di semenanjung itu? Diskusi 9 malam.
Agenda AWANI: Perang Dagang Global, Apa Nasib Kita?
Apa ‘plan B’ oleh Malaysia jika wujud kesan secara tidak langsung perang dagang global akibat langkah pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat terhadap beberapa buah negara? Diskusi 8.30 malam.
Ibu bapa serbu premis jual pakaian seragam sekolah RM5, tudung RM1
Sebuah premis di Jalan Telaga di Butterworth, Pulau Pinang menjual pakaian seragam sekolah serendah RM5 dan tudung RM1.
Tarif Trump mungkin dikenakan keatas Malaysia - Penganalisis
Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya (UM), Dr. Lam Choong Wah berkata kenaikan tarif yang ditetapkan oleh Amerika Syarikat dibawah pentadbiran presiden Donald Trump mungkin dikenakan keatas Malaysia. Jelasnya, ia berikutan eksport barangan yang berasal dari China melalui negara ini. #AgendaAWANI
Malaysia perlu kembangkan pasaran dalam blok negara tidak dianggotai AS - Penganalisis
Provost Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai berkata Malaysia perlu mula bergiat aktif dan mengembangkan pasaran dalam blok-blok negara dunia yang tidak dianggotai Amerika Syarikat bagi mengelakkan terbeban dengan dasar perdagangan presiden Donald Trump. Jelasnya, blok-blok berkenaan termasuklah negara anggota kepada Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP). #AgendaAWANI
Projek Jana Wibawa: Pendakwaan bantah permohonan Wan Saiful dapatkan penyata bank syarikat
Pihak pendakwaan membantah permohonan Wan Saiful bagi mendapatkan penyata bank sebuah syarikat berhubung kes pengubahan wang haram dan rasuah projek Jana Wibawa.
SPRM sahkan panggil tiga selebriti minggu ini
Berdasarkan siasatan awal, artis-artis berkenaan dibayar sehingga ratusan ribu ringgit bagi menggunakan wajah mereka untuk meyakinkan orang awam menggunakan perkhidmatan disediakan.
SSM lancar akses kepada maklumat pemunya benefisial, perkukuh ketelusan korporat
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melancarkan kemudahan akses kepada maklumat mengenai pemunya benefisial syarikat bagi memperkukuhkan ketelusan dalam urusan korporat.
Op Sky: SPRM beku 98 akaun syarikat, individu bernilai RM22 juta
Seramai 21 individu telah ditahan di bawah Op Sky, termasuk lapan pengarah dan kakitangan syarikat, 12 pegawai bank, dan seorang ejen awam.
Najib guna panggilan telefon untuk pengaruh 1MDB jalin usaha sama dengan PSI - Pendakwaan
Pihak pendakwaan dalam perbicaraan Najib di Mahkamah Tinggi mendakwa bekas Perdana Menteri itu menggunakan panggilan telefon untuk memberi tekanan kepada 1MDB supaua membentuk usaha sama dengan PSI.
Op Ragada: Bekas Datuk Bandar antara empat lagi ditahan
Bekas Datuk Bandar antara empat lagi individu ditahan hari ini dan semalam menerusi Op Ragada bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram melibatkan sebuah syarikat penyiaran di Kuching, Sarawak.
Kes Wan Saiful: Wang berjumlah RM46,487.85 dimasukkan ke akaun bank sebuah syarikat
Wan Saiful didakwa memindahkan wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM46,487.85 ke akaun Hong Leong Bank milik Good Square Sdn Bhd.
Kes Muhyiddin: 4 salah guna kedudukan, 3 AMLA dibicarakan bersama
Hakim, Azura Alwi memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan permohonan pendakwaan selaku pemohon, untuk menggabung kes-kes itu.
Najib mengaku guna bantuan Jho Low
Najib mengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau bergantung kepada Jho Low untuk membantu pegawai khasnya meninjau projek berpotensi menjana kekayaan.
SPRM bongkar sindiket lancarkan pinjaman peribadi penjawat awam dengan hutang lapuk
Azam berkata syarikat perunding kewangan terlibat turut dipercayai menyediakan dokumen yang mengandungi maklumat palsu untuk dihantar kepada beberapa institusi kewangan bagi mendapatkan pinjaman.