Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat unit amanah Permodalan Nasional Berhad (PNB) meminta pelabur segera mengemaskini butiran peribadi di seluruh cawangan atau ejen ASNB untuk menikmati perkhidmatan portal myASNB.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB, Mohammad Hussin berkata, sehingga kini masih ramai pelabur unit amanah terbesar itu belum mengemaskini butiran terkini sehingga menyukarkan mereka menggunakan kemudahan digital itu.
"ASNB menawarkan kemudahan pelaburan dalam talian menerusi portal myASNB secara percuma termasuk untuk pelaburan tambahan dan perkhidmatan pelaburan bulanan automatik iaitu Auto Labur. Jika menggunakan portal perbankan lain, pelabur dikenakan caj perkhidmatan.
"Tujuan lain adalah bagi membolehkan ASNB membina profil pelabur yang lebih tepat seterusnya menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelabur," katanya kepada Bernama pada Program Pelancaran Kemaskini Butiran Anda Segera 2019 (Kembara PNB 2019), di sini hari ini.
Katanya, bagi menggunakan portal myASNB, pelabur perlu terlebih dahulu mengemaskini nombor telefon di mana-mana cawangan atau ejen ASNB sebelum mendaftar di www.myASNB.com.my.
Antara kemudahan ditawarkan myASNB ialah pelabur boleh mengakses menerusi aplikasi telefon bimbit seperti membuat pelaburan tambahan untuk pelabur dan pelabur bawah 18 tahun, kemudahan pelaburan bulanan automatik serendah RM30 menerusi Auto Labur, pembukaan akaun baharu dan semakan baki pelaburan terkini serta muat turun penyata urusniaga.
Mengenai program Kembara PNB 2019, beliau berkata, ia dilancarkan 18 September lepas bagi menarik lebih ramai pelabur mengemaskini butiran peribadi mereka dimana-mana cawangan atau ejen ASNB.
Mohammad berkata, kerjasama dengan ejen ASNB adalah penting kerana mereka memainkan peranan sebagai pemudahcara untuk pelabur ASNB dalam segala urusan.
Ejen ASNB terdiri daripada cawangan Maybank, Maybank Islamic, CIMB Bank, CIMB Islamic, RHB Bank, RHB Islamic Bank, Alliance Bank, Ambank, Ambank Islamic, Bank Simpanan Nasional (BSN), Affin Bank, Bank Muamalat, Hong Leong Bank, Hong Leong Islamic Bank dan Pos Malaysia yang mempunyai gabungan lebih 2,000 cawangan di seluruh negara.
ASNB ketika ini menguruskan 14 unit amanah termasuk Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang mempunyai kira-kira sembilan juta pelabur.
ASNB adalah syarikat pengurusan unit amanah PNB dengan 32 pejabat cawangan dan lebih 2,600 cawangan ejen di seluruh negara yang kini menguruskan 14 dana unit amanah dengan 248.5 bilion unit dalam edaran (UIC) dan 14.1 juta akaun. - BERNAMA
Bernama
Mon Sep 30 2019
Amanah Saham Nasional Berhad minta pelabur segera mengemaskini butiran peribadi di seluruh cawangan atau ejen ASNB untuk menikmati perkhidmatan portal myASNB.
PDRM kutip lebih RM1 juta diskaun saman
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Pahang Deputi superintanden Ahmad Ridha Hariri berkata jumlah itu ialah hasil bayaran yang diterima daripada 2,000 pengunjung yang mendapatkan tawaran diskaun 50 peratus daripada PDRM.
AWANI Ringkas: Tuntutan RM100 juta tidak berasas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Borneo [07/07/2024] - Tiada kemalangan jiwa | PRN Sabah | Maal Hijrah 2024
Awani Borneo 7 Julai 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini
Bakal berlangsung selama 3 jam setengah ini, konsert ini akan dipenuhi dengan lagu-lagu hit daripada dua buah kumpulan ini.
Urus tadbir perlu bersifat telus, ambil kira cabaran rakyat
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu urus tadbir wilayah itu sentiasa mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh manusia sejagat.
Pendekatan agresif noktahkan miskin tegar di Sabah
Kerajaan Negeri Sabah terus mengambil pendekatan bersifat agresif bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah.
Graduan Iban pertama Universiti Al-Azhar penerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak 1446H
Graduan Iban pertama yang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir antara 14 penerima yang menerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak pada Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2024M di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching hari ini.
Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia
Beregu lelaki negara Kang Khai Xing-Aaron Tai gagal mengakhiri kemarau kejuaraan selama tujuh tahun Malaysia di Kejohanan Badminton Remaja Asia.
Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shafie
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal memberitahu parti berasal dari Sarawak tidak perlu memasuki Sabah untuk mengukuhkan kerjasama blok borneo.
Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
Dua buah rumah jenis separuh kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Lembai Permai, Kundasang pada Ahad.
ASNB gesa pemegang unit kemas kini maklumat peribadi
Pemegang unit perlu mengemas kini butiran peribadi mereka, termasuk nombor telefon, alamat, pekerjaan dan pendapatan bulanan, yang hanya boleh dilakukan di cawangan atau ejen ASNB.