Kerjasama ASEAN Campur Tiga (ASEAN+3) dilihat amat penting dalam mendepani wabak COVID-19 ketika ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata banyak perkara boleh dipelajari dari China, Korea Selatan dan Jepun.
Dalam ucapannya sewaktu Sidang Kemuncak Khas ASEAN+3 hari ini (Selasa, 14 April), beliau turut merakamkan penghargaan kepada China yang berterusan membantu Malaysia memerangi wabak itu.
“Kita boleh mempelajari dari China berkenaan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan di wilayah-wilayah dan apa yang mereka lakukan selamat menamatkannya.
“Bagi Malaysia, China telah bersama dengan kami sejak mula, dan kami amat menghargai bantuan diberikan China kepada Malaysia sewaktu kami memerlukan.
“Mewakili rakyat Malaysia, kami berterima kasih kepada China atas segala apa yang mereka lakukan dalam usaha menentang pandemik COVID-19.
“Dengan Jepun, kita boleh belajar berkenaan bagaimana mereka berupaya melaksanakan pakej rangsangan terbesar di Asia Pasifik dan bagaimana kita sebagai rakan ASEAN melaksanakannya di negara kita.
“Bagi Korea Selatan, penyelesaian mereka dalam melaksanakan ujian-massa (mass-testing) amat berguna kepada kita di ASEAN untuk mempelajarinya dan dilaksanakan di negara kita,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada sidang kemuncak itu petang Selasa.
Malah ujar Muhyiddin, Malaysia kekal berpandangan bahawa ASEAN+3 perlu kekal komited dalam memastikan pasaran dibuka, mengekalkan aliran perdagangan yang normal untuk perdagangan, perkhidmatan dan pelaburan.
“Ia bagi mengukuhkan pemulihan ekonomi serantau tanpa sebarang halangan perdagangan atau gangguan kepada rantai bekalan global.
“Malah, kita perlu menstabilkan pembuatan dan bekalan keperluan asas dan perkhidmatan yang diperlukan sewaktu krisis ini termasuk bekalan perubatan dan produk pertanian yang kritikal - dalam mengekalkan dan mempelbagaikan jaringan rantaian bekalan di dalam dan luar rantau,” katanya.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Apr 14 2020
Muhyiddin turut merakamkan penghargaan kepada China yang berterusan membantu Malaysia memerangi wabak itu. - Foto Pejabat Perdana Menteri
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Forum Perniagaan Antarabangsa Rusia-ASEAN tindakan susulan lawatan PM Anwar ke Vladivostok
Rusia terus berhubung dengan Malaysia untuk menganjurkan forum itu bagi membincangkan aspek yang disentuh semasa lawatan Perdana Menteri ke Rusia.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Menjelang giliran Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, sekarang dianggap waktu yang tepat untuk memperbaharui hubungan perdagangan antara Malaysia dan Rusia.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Lawatan PM Anwar kukuh perkongsian global Malaysia di sebalik ketidaktentuan geopolitik
Chong berkata usaha Anwar untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia wajar dihargai.
Kepengerusian ASEAN 2025: Perkukuh komuniti dan tangani cabaran serantau - Mohamad
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia berperanan penting dalam memperkukuhkan komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ringgit ditutup rendah selepas kenaikan selama tiga hari
Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan selama tiga hari berturut-turut, sebelum ini.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS pada hari ketiga berturut-turut
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada hari ketiga berturut-turut walaupun kebimbangan meningkat terhadap perkembangan geopolitik di Ukraine, kata penganalisis.
Sektor pengangkutan pemacu utama peluang kerja, pertumbuhan ASEAN - TPM Fadillah
Sektor pengangkutan muncul sebagai pemacu utama penciptaan peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi di rantau ASEAN, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.