KUALA LUMPUR: Association of Southeast Asian Institutes of Higher Learning (ASAIHL) Malaysia komited meningkatkan imej pengajian tinggi negara ini ke persada global menerusi penawaran pendidikan fleksibel.
Pengerusinya, Prof. Datuk Mohammad Shatar Sabran berkata, semua 23 intitusi pendidikan tinggi (IPT) yang bernaung di bawah ASAIHL Malaysia akan menggembeleng tenaga bagi menaikkan nama Malaysia dalam dunia pengajian tinggi antarabangsa.
Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) berkata, ASAIHL Malaysia akan meneroka cara untuk menggalakkan ahlinya menawarkan pendidikan fleksibel terutama menerusi program micro-credentials dan Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) yang dilihat menjadi kaedah pengajian masa depan.
"Kita akan bekerja keras sebagai satu pasukan dalam ASAIHL Malaysia dengan menjalankan pelbagai aktiviti membabitkan kerjasama dalam kalangan ahli supaya inisiatif dijalankan lebih didengari di peringkat nasional mahupun global," katanya selepas Mesyuarat ASAIHL Malaysia, di sini, hari ini.
Hadir sama, Pengasas ASAIHL, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Syed Jalaludin Syed Salim; Presiden Pengasas Asia e University, Prof. Dato’ Dr. Ansary Ahmed; Naib Canselor AeU, Prof. Tan Sri Dr Nik Mustapha Raja Abdullah; Naib Canselor INTI International University, Dr. Joseph Lee Yu Kuang dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa) Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Mohammad Kassim.
Penubuhan ASAIHL membolehkan institusi ahlinya membentuk identiti serantau secara kolektif, mencapai kesaksamaan antarabangsa dalam pengajaran, menggalakkan penyelidikan dan perkhidmatan awam serta membolehkan institusi ahli menyumbang kepada kekuatan negara.
Ditubuhkan pada Januari 1955, ASAIHL yang menjadi satu daripada organisasi pengajian tertua di Asia Tenggara menyediakan peluang untuk pembangunan akademik, bantuan kepada institusi ahli dalam pengambilan, penempatan fakulti dan kakitangan, pertukaran profesor dan pelajar, pembangunan projek kerjasama khusus, perkhidmatan perundingan, penyatuan antara badan serantau dan antarabangsa, jaminan untuk maklumat pembangunan dan pengiktirafan sesama ahli.
Sementara itu, Syed Jalaludin dalam ucapannya berkata, ASAIHL Malaysia perlu dijadikan platform dalam kalangan ahlinya dalam usaha menjadikan negara in sebagai hab pendidikan tinggi serantau.
"Persatuan dalam bidang pengajian tinggi bukanlah sesuatu yang baharu, malah di negara maju seperti Amerika Syarikat, mereka mempunyai Ivy League yang mengumpulkan lapan IPT hebat dalam pelbagai bidang," katanya.
Astro Awani
Wed Nov 23 2022

Mohammad Shatar berkata, semua 23 IPT bernaung di bawah ASAIHL Malaysia akan menggembeleng tenaga bagi menaikkan nama Malaysia dalam dunia pengajian tinggi antarabangsa. - Gambar fail

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

ASAIHL Malaysia komited lonjak imej pengajian tinggi negara
Association of Southeast Asian Institutes of Higher Learning (ASAIHL) Malaysia komited meningkatkan imej pengajian tinggi negara ini ke persada global menerusi penawaran pendidikan fleksibel.

UPM terajui usaha antarabangsa bergerak ke hadapan dalam pendidikan selepas COVID-19
UPM telah memperkenalkan PUTRA Learning Hub, pusat sehenti virtual yang mengumpulkan semua sistem e-pembelajaran di UPM.