PASIR GUDANG: Seorang remaja yang lemas ketika mandi bersama rakan di Tasik Tiga Beradik, Seri Alam, di sini pada pagi Isnin sempat meraikan hari lahir ibunya pada malam Ahad.
Menurut bapa mangsa , Zulkarnain Mohd Ali, 46, anaknya, Mohd Aidil Haiziryn, 15, juga sempat mengucup ibunya, Norhaliza Hussin yang meraikan hari ulang tahun ke-43.
Zulkarnain tidak menyangka dan terharu mengenangkan sambutan hari lahir tersebut yang dianggap detik manis dan terakhir sebelum anak sulungnya itu pergi buat selama-lamanya.
"Arwah sempat ucapkan selamat hari lahir buat ibunya. Arwah merupakan anak sulung daripada tiga beradik yang gemar melakukan aktiviti mendaki dan kerap ke kawasan itu bersama rakan-rakannya.
"Malah arwah yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nusa Damai itu turut meminta saya menghantar ke tasik tersebut namun terpaksa menolak kerana ada urusan lain," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Isnin.
Pada pagi Isnin, Mohd Aidil Haiziryn ditemukan lemas manakala seorang lagi rakannya terselamat ketika mandi di Tasik Tiga Beradik.
Kedua-dua remaja terbabit bersama empat lagi rakan sekolah mereka termasuk dua perempuan dipercayai melakukan aktiviti mendaki di kawasan berkenaan sebelum memutuskan untuk mandi di tasik terbabit.
Operasi mencari mangsa yang dilakukan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya dan BBP Pasir Gudang menemukan mangsa kira-kira sedalam tiga meter dan sejauh tujuh meter dari tebing.
Zulkarnain berkata, anaknya tidak pandai berenang selain menyifatkannya sebagai seorang yang peramah, pemalu dan menghormati orang tua.
"Sebelum dia pergi, tidak ada nampak perubahan pada dirinya. Dia juga mendengar kata, kalau saya tak benarkan, dia akan patuh," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, proses bedah siasat dilakukan di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.
Difahamkan mangsa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Cahaya Masai di sini pada Selasa setelah selesai bedah siasat di HSI. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Oct 25 2022
Zulkarnain (kiri) berkata, anaknya yang lemas ketika mandi di Tasik Tiga Beradik pada Isnin, tidak pandai berenang dan merupakan seorang yang peramah, pemalu dan menghormati orang tua. - Foto Sinar Harian
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
'Arwah sempat ucapkan selamat hari lahir buat ibunya'
Anaknya, Mohd Aidil Haiziryn, juga sempat mengucup ibunya, Norhaliza Hussin yang meraikan hari ulang tahun ke-43.