Seloroh untuk meninggalkan anak-anaknya merupakan kata-kata gurauan mangsa kemalangan maut di kilometer 33 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, di Labok, Machang awal pagi tadi.
Menurut Tengku Anitawati Tuan Mat, abang iparnya melafazkan kata-kata berkenaan pada Sabtu lepas semasa sedang berurut.
Beliau yang ditemui di Unit Forensik Hospital Machang di sini siang tadi menjelaskan kali terakhir berjumpa mangsa pada Sabtu lepas sewaktu majlis perjumpaan keluarga di Tanah Merah.
“Dia bergurau dengan anak saudara, dia ada sakit gout dan minta anak saudara urut kaki dia. Arwah sempat berseloroh mungkin tanda-tanda nak mati,” katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini pada Khamis.
Dalam kemalangan pada 12.30 tengah malam tadi, Perodua Alza yang dinaiki Shaikh Rahim Shaikh Abdullah, 56 tahun bersama Tengku Fariza Tuan Mat, 52 dan anak mereka, Siti Nur Alyaa Izzati , 23 tahun bertembung pacuan empat roda, Mitsubishi Triton sehingga menyebabkan ketiga-tiga mereka maut.
Seorang lagi anak perempuan shaikh rahim yang turut berada dalam kenderaan terbabit, Siti Nur Amanina, 21 tahun, mengalami kecederaan parah dan dirawat di Hospital Kuala Krai.
Manakala pemandu Mitsubishi Triton berusia 27 tahun hanya cedera dan menerima rawatan di Hospital Machang.
Menurut Tengku Anitawati lagi, kata-kata berkenaan merupakan luahan terakhir arwah yang sehingga kini masih terngiang-ngiang di telinganya.
Beliau berkata, tiada perubahan yang dilihat pada mereka memandangkan keluarga itu sentiasa ceria dan suka bergurau dengan ahli keluarga yang lain.
Katanya mereka sekeluarga baru pulang dari majlis kenduri sepupu di tanah merah dan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kadok.
Menurutnya, jenazah tiga beranak itu dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Kusial Baru, Tanah Merah petang ini.
Astro Awani
Thu Feb 22 2018
Abang iparnya melafazkan kata-kata berkenaan pada Sabtu lepas semasa sedang berurut.
Sindiket punca utama pindah milik berleluasa
Tindakan segelintir kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) bersubahat dengan sindiket antara punca utama kartel pindah milik tanah berleluasa.
Kakitangan Suhakam tidak teruskan piket, Cuepacs akan runding cari penyelesaian
Cuepacs akan mengadakan rundingan dengan Suhakam bagi mencari penyelesaian terbaik, berkaitan tuntutan dan permasalahan dihadapi kumpulan pekerja suruhanjaya itu.
MOT tiada kuasa kawal kenaikan tambang bas sekolah - Loke
Kementerian Pengangkutan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menghalang kenaikan harga tambang bas sekolah yang dijangka berlaku pada Februari ini.
PM Anwar sertai solat Jumaat bersama jemaah di Masjid India
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat bersama jemaah di Masjid India, ibu negara.
Presiden baharu Lubnan komited mahu berdialog dengan Syria
Dalam ucapan perasmiannya di parlimen, Aoun mengajak semua pihak untuk membincangkan dasar pertahanan menyeluruh yang membolehkan negara mengakhiri pendudukan Israel dan menangkis serangan.
AWANI Ringkas: Serahan dokumen selesai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Seorang maut, pesawat ringan meletup di Brazil
Sebuah pesawat ringan yang membawa lima penumpang meletup di Ubatuba, di perairan pantai Sao Paulo, Brazil, pada khamis
Najib tidak pasti siapa beri nombor akaun bank peribadinya kepada pihak Arab Saudi
Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pasti siapa yang memberikan nombor akaun bank peribadinya untuk urusan kemasukan sumbangan daripada Arab Saudi.
Jurugambar mengaku tidak bersalah, cederakan pereka fesyen
Seorang jurugambar sambilan mengaku tidak bersakah atas dua pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap dua pereka fesyen, Rabu lalu.
Kebakaran tapak pelupusan sampah haram di Gombak, operasi pemadaman giat dijalankan
Operasi pemadaman kebakaran di tapak pelupusan sampah haram di Jalan Bukit Lagong, Gombak sedang giat dilaksanakan sejak ia berlaku 2 Jan lepas.
Letupan di Padang Besar: Pengawal keselamatan dihukum penjara, mengaku sebenarnya mahu bergurau
Seorang pengawal keselamatan dihukum penjara 30 bulan oleh Mahkamah Majistret, Kangar atas kesalahan memiliki bahan letupan dan melakukan khianat dengan mercun di Padang Besar.
Bapa Ain Husniza rancang saman balas RM5 juta terhadap guru
Superintendan Shafa'aton Abu Bakar memberitahu, pada 5 Mei lalu, pihaknya menerima laporan daripada seorang individu yang merupakan guru pelajar perempuan berkenaan.
Gurauan bawa bom di Lapangan Terbang Tawau, lelaki ditahan
Tindakan seorang lelaki yang bergurau kononnya membawa bom dalam beg galasnya, membawa padah apabila dia ditahan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Tawau (LTT) pada Khamis.
Jenayah rogol bukan bahan jenaka guru, pelajar - Mahdzir Khalid
Kejadian itu tidak boleh dianggap terpencil dan Kementerian Pendidikan (KPM) perlu mengambil tindakan tegas terhadap guru itu jika dakwaan berkenaan terbukti benar.
Motosikal kesayangan Shuib kini jadi motosikal "Mat Bunga"
Bagaimanapun tindakan Siti Sarah itu mungkin hanyalah gurauan biasanya terhadap si suami dan tidaklah serius.
Ketagihan media sosial boleh luntur semangat pesakit kanser
Bagi penghidap kanser atau penyakit berbahaya lain yang berkongsi pengalaman dan rawatan mereka di media sosial, mereka boleh patah semangat dengan gurauan dan tohmahan di ruangan komen media sosial.
Saya akan berkahwin lagi 31 Disember, mohon semua hadir - Tauke
Menerusi entri di Instagram (IG), Tauke berkongsi sebuah video bersama isterinya ketika berada dalam sebuah kereta.
Arwah abang ipar berseloroh nak tinggalkan anak-anak - Ahli keluarga
Seloroh untuk meninggalkan anak-anaknya merupakan kata-kata gurauan mangsa kemalangan maut di kilometer 33 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, di Labok, Machang awal pagi tadi.
Tertuduh warga Vietnam ditahan dalam kereta Uber - polis
Perkara itu dimaklumkan oleh anggota Balai Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) yang kemudiannya membawa Doan ke balai polis itu.
SMS misteri boleh merosakkan sistem iOS?
Satu trend gurauan baru kian menular di kalangan pengguna media sosia