Orang ramai tidak harus memandang ringan gejala Artritis (penyakit radang sendi) dengan tanggapan bahawa penyakit itu hanya dialami oleh golongan tua, walhal ia juga boleh berlaku kepada golongan muda jika tidak dikesan dan dirawat sejak awal.
Pengarah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Prof Dr Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin berkata penyakit itu seharusnya dicegah sebaik saja pesakit mengenal pasti gejala penyakit itu dan ini memudahkan pakar untuk memberikan rawatan kepada mereka.
"Sangkaan penyakit Artritis ini penyakit orang tua adalah sangkaan yang meleset, ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja termasuklah golongan muda dan sekiranya mereka berkerjaya itu lebih sukar untuk mereka kerana kesakitan pada bahagian sendi-sendi badan. Malahan ramai tidak tahu rawatan intensif untuk merawat penyakit ini tidak murah, ia melibatkan kos kira-kira RM50,000 setahun.
"Orang ramai perlu terus merujuk pada pakar Reumatologi (pakar radang sendi) terdekat antaranya di PPUM untuk mendapatkan rawatan sewajarnya. Paling penting sekarang adalah peningkatan kesedaran orang ramai itu sendiri terhadap penyakit ini dan cara mengatasinya," katanya kepada Bernama ketika acara Larian Kesedaran Artritis UM di sini, hari ini.
Sementara itu Pakar Perunding Reumatologi PPUM Prof Madya Dr Raja Jasmin Begum Raja Mohamed berkata antara gejala awal Artritis yang perlu dikenalpasti adalah rasa sakit di sendi-sendi pada waktu pagi, sendi kelihatan bengkak akibat radang serta sakit tulang belakang dan menasihati orang ramai untuk terus merujuk doktor pakar sekiranya mengalami gejala sedemikian untuk mendapatkan konsultasi dan rawatan segera.
Mengenai rawatan penyakit Artritis, beliau berkata rawatan Artritis umumnya menggunakan ubatan konvensional untuk rawatan tidak kritikal dan ubatan biologik untuk rawatan kritikal (ubatan menggunakan kejuruteraan genetik dan berkait rapat dengan protein yang wujud secara semula jadi dalam tubuh badan).
"Ubatan konvensional biasanya dalam bentuk tablet yang dimakan, dan sekiranya masih tidak sembuh mereka perlu mengambil ubatan biologik yang boleh dimakan ataupun secara suntikan sendiri, namun ianya amat mahal," kata Dr Raja Jasmin Begum.
Beliau turut mendedahkan PPUM menerima dan memberi rawatan kepada hampir 2,400 pesakit luar setiap tahun melibatkan penyakit ini dan daripada jumlah itu 200 pesakit memerlukan rawatan menggunakan ubatan biologik.
"Daripada keseluruhan jumlah pesakit yang kita rawat itu, kira-kira 70 peratus terdiri daripada golongan berumur 30 hingga 50-an, dan ini amat membimbangkan kita kerana rata-rata mereka ini golongan yang berkerjaya dan mempunyai tanggungan keluarga," katanya.
Acara larian itu dirasmikan ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil yang mana beliau berharap acara ini dapat diadakan setiap tahun untuk terus meningkatkan tahap kesedaran orang ramai terhadap penyakit kronik itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 30 2019
Rawatan Artritis umumnya menggunakan ubatan konvensional untuk rawatan tidak kritikal dan ubatan biologik untuk rawatan kritikal. - Gambar hiasan
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
PM santuni diaspora Malaysia di Korea, tekankan mesej perpaduan
Perdana Menteri menegaskan kemestian bagi rakyat Malaysia mengekalkan keterbukaan dan keamanaan berdasarkan prinsip kepelbagaian dalam aspek hubungan sesama rakyat.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
[TERKINI] Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta.
Pemandu mabuk rempuh suami isteri hingga maut didakwa esok
Lelaki disyaki memandu dalam keadaan mabuk dan merempuh pasangan suami isteri hingga maut dalam kemalangan di Jalan Besar/Jalan Mesjid, Pasir Gudang pada 16 Nov lepas akan dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Selasa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Artritis jangan dipandang ringan - Pakar
Penyakit itu seharusnya dicegah sebaik saja pesakit mengenal pasti gejala penyakit itu dan ini memudahkan pakar untuk memberikan rawatan kepada mereka.