Minat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam sukan bola sepak bukan rahsia dalam kalangan rakyat.
Bagaimanapun, apa yang tidak diketahui ramai ialah Sultan Abdullah merupakan peminat kelab bola sepak terkenal Arsenal dan pernah menonton perlawanan bola sepak melibatkan pasukan itu secara langsung di stadium beberapa kali semasa menuntut di London.
Perkara ini dikongsikan oleh pegawai khas dan protokol Sultan Abdullah, Datuk Abd Rahman Endut, 65, yang masih setia berkhidmat di sisi Sultan Pahang keenam itu, sejak 1974.
"...team (pasukan) ialah Arsenal dan kalau bercakap tentang pemain ialah penyerang Perancis Thierry Henry yang juga pernah bermain untuk Arsenal selain penjaga gol Pat Jennings kerana meminati corak permainan mereka.
"Tapi walaupun Arsenal itu warnanya merah, Sultan Abdullah sebenarnya peminat warna biru," kongsi Abd Rahman mengenai minat Yang di-Pertuan Agong baharu itu ketika ditemui Bernama di sini, baru-baru ini.
Sultan Abdullah hari ini secara rasminya diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 selepas melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Ketua Negara baharu di Istana Negara hari ini.
Bercerita lanjut, Abd Rahman menambah Sultan Abdullah yang lincah beraksi sebagai pemain tengah dalam perlawanan bola sepak, juga berkebolehan dalam pelbagai sukan lain seperti hoki, tenis, golf, berkuda, menyelam skuba, skuasy dan juga polo.
Malah, katanya Seri Paduka juga mempunyai lesen untuk mengendalikan helikopter dan pesawat ringan.
Beliau berkata semangat kesukanan Sultan Abdullah terserlah sejak dahulu, menyebabkan Seri Paduka tidak suka 'diberi kemenangan mudah' sebaliknya mahu diri baginda dianggap 'setaraf semasa berada di atas padang'.
"Kecederaan kaki baginda yang berulang beberapa kali sebelum ini juga berpunca akibat sukan iaitu kesan kecederaan lama sekitar 30 tahun dahulu akibat di 'tackle' pemain lawan dalam perlawanan bola sepak.
"Semua orang cemas semasa melihat baginda jatuh di padang, tapi baginda sedikit pun tidak murka. Titah baginda itu lumrah bersukan. Saya yang risau kerana tuanku dinasihatkan menerima rawatan di hospital, tapi baginda enggan berlama-lama di hospital kerana takut jemu," katanya.
Abd Rahman menambah semangat kesukanan yang mendalam menyebabkan Sultan Abdullah tidak akan murka jika gagal membawa pulang hadiah acara yang disertainya, sebaliknya lebih suka kerana ia membuktikan perlawanan berlangsung secara adil.
Bercerita mengenai muzik pilihan Sultan Abdullah pula, Abd Rahman tersenyum kecil dan menjawab Seri Paduka meminati muzik balada manakala artis Malaysia kesukaan Seri Paduka adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza dan kumpulan Spring terutamanya lagu 'Pesanan Buat Kekasih'.
"Tuanku juga gemar mendengar lagu 'Hello' oleh Lionel Richie, 'How Deep Is Your Love' (Bee Gees) dan lagu 'You'Ve Got A Friend' selain 'Permata Untuk Isteri' (Kopratasa) dan 'Kenangan Lalu' (Flybaits)," katanya.
Abd Rahman juga berkongsi kenangan lama mereka menonton wayang di dua panggung wayang lama di bandar Kuantan yang sudah tidak wujud kini kerana tapaknya sudah dibangunkan menjadi kedai perabot dan hotel.
Katanya, Seri Paduka ketika itu menonton filem box office Hindustan 'Haathi Mere Saathi' pada tahun 1971 lakonan Rajesh Khanna dan filem dari negara seberang 'Cinta Pertama' yang popular pada tahun 1973.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 31 2019
Al-Sultan Abdullah memeriksa barisan pasukan Kawalan Kehormatan Utama daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja di Dataran Parlimen, Kuala Lumpur hari ini. Astro AWANI/SHAHIR OMAR
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Pelan itu juga memudahkan integrasi dalam proses transformasi sektor air bagi memacu Malaysia sebagai hab utama pelbagai sektor dalam kalangan negara serantau.
London bakal menjadi ibu kota sukan wanita pada 2025 - Datuk Bandar Sadiq Khan
Final Piala Dunia Ragbi Wanita di Twickenham pada 27 Sept akan menjadi kemuncak kepada siri acara menarik yang diadakan di bandar raya itu.
Lelaki ditahan, 2 OKU mangsa pemerdagangan diselamatkan
Seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun ditahan polis dalam operasi khas berkaitan kes pemerdagangan orang di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor.
PJH tidak dibenarkan iklankan promosi visa mujamalah
Agensi pelancongan yang telah menerima lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Tabung Haji (TH) tidak dibenarkan membuat sebarang promosi berkaitan visa mujamalah atau furada semasa musim haji.
PDRM laksana OP lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
Lelaki maut selepas terjun dari jambatan di Klang
Mangsa berusia 41 tahun disahkan mempunyai masalah psikiatri selain mempunyai sejarah menghidap diabetes dan darah tinggi.
Polis rampas rokok putih bernilai RM473,000
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata tangkapan dan rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 8 PGA pada kira-kira 1.30 pagi ketika menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.
Situasi COVID-19 dan influenza terkawal - KKM
Situasi COVID-19 dan influenza di Malaysia terkawal dengan tiada peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.
Kremlin nafi dakwaan isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov menafikan dakwaan bahawa isteri pemimpin rejim Syria yang digulingkan, Bashar al-Assad memohon cerai.
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Dalam kenyataan kepada media, jurucakap tentera Nadav Shoshani menyatakan bahawa banyak senjata tersebut berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Arsenal, biru dan Lionel Richie
Sultan Abdullah merupakan peminat kelab bola sepak terkenal Arsenal dan pernah menonton perlawanan bola sepak melibatkan pasukan itu secara langsung di stadium beberapa kali semasa menuntut di London.