KUALA LUMPUR: Pembangunan industri dron melalui Penyelidikan dan Pembangunan Area 57 (Area 57) adalah langkah strategik bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah hab dron memandangkan perkembangan industri itu mampu memberikan kesan berganda kepada industri lain.
Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan Area 57 yang dilancarkan Khamis juga mampu meningkatkan permintaan tenaga kerja mahir.
"Dengan jumlah terkini pendaftaran MBOT sebanyak 44,051 dalam 23 bidang teknologi dan teknikal, pelbagai potensi boleh diteroka dan dikembangkan.
Perkembangan pesat dron telah menjangkaui pelbagai industri yang didukung oleh gabungan beberapa aspek teknologi seperti Analisis Data Raya, Kecerdasan Buatan, teknologi elektronik, teknologi kejuruteraan mekanikal, bateri, perisian komputer, kamera infra-merah dan modul GPS," menurut kenyataan itu.
Oleh itu, MBOT menggalakkan semua pihak termasuk pemain industri, institut pengajian tinggi dan agensi kerajaan untuk meningkatkan kemahiran dan mendapatkan latihan semula supaya bakat sedia ada sentiasa relevan dan kompetitif dengan keperluan industri.
Semalam, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Dr Adham Baba ketika melancarkan Area 57 berkata ia adalah sebuah pusat kecemerlangan penyelidikan dan pembangunan serta pemerkasaan bakat yang dibangunkan Taman Teknologi Malaysia (TPM).
Ia bertujuan memajukan perkembangan industri berfokus inovasi pesawat tanpa pemandu (UAV) dan sistem pesawat tanpa pemandu (UAS) dengan penyediaan tujuh nilai cadangan iaitu menyelidik, membangun, menguji, memperakui mengilang, mengkomersialkan dan menyelenggara penyelesaian dan teknologi dron.
Sementara itu, menurut MBOT berdasarkan laporan yang dikeluarkan Drone Industry Insights pada 2020, saiz pasaran dron akan meningkat setiap tahun menjelang 2025 dan Asia akan mempunyai saiz pasaran dron yang paling tinggi di dunia.
Kenyataan itu memaklumkan Malaysia berada di tempat ketiga dunia selepas Amerika dan Jepun dalam kalangan penyedia perkhidmatan dron pada 2019.
"Kedudukan di peringkat global ini membuktikan bahawa Malaysia bukan sekadar mempunyai penyedia perkhidmatan dron yang hebat, bahkan juga mempunyai teknologi dron yang bertaraf dunia," menurut MBOT.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 17 2021
![Area 57: Langkah strategik beri kesan berganda kepada industri lain - MBOT Area 57: Langkah strategik beri kesan berganda kepada industri lain - MBOT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41631777473_prapelancaranArea.jpg)
Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) dalam satu kenyataan memaklumkan Area 57 yang dilancarkan semalam juga mampu meningkatkan permintaan tenaga kerja mahir. - Gambar fail
![Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Kim Pan Gon undur diri kesan kepada Harimau Malaya
Apa reaksi peminat Harimau Malaya dan penganalisis sukan mengenai peletakan jawatan Kim Pan-Gon?
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
Keghairahan final Euro 2024 dibawakan ke restoran mamak
Kemeriahan dan keghairahan perlawanan final UEFA EURO 2024 antara Sepanyol dengan England di Berlin, Jerman dirasai di Malaysia, dibawakan oleh 'Astro BizOne Watch Party' di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam.
![Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
![MCMC meterai kerjasama dengan UniKL, MBOT, Agensi Nuklear Malaysia bangunkan bakat digital negara MCMC meterai kerjasama dengan UniKL, MBOT, Agensi Nuklear Malaysia bangunkan bakat digital negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81661867579_TBMOU.jpg)
MCMC meterai kerjasama dengan UniKL, MBOT, Agensi Nuklear Malaysia bangunkan bakat digital negara
MCMC hari ini menandatangani dan penukaran dokumen kerjasama dengan beberapa institusi tempatan dan global.
![Area 57: Langkah strategik beri kesan berganda kepada industri lain - MBOT Area 57: Langkah strategik beri kesan berganda kepada industri lain - MBOT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41631777473_prapelancaranArea.jpg)
Area 57: Langkah strategik beri kesan berganda kepada industri lain - MBOT
Area 57 juga mampu meningkatkan permintaan tenaga kerja mahir.
![KVSM sedia lahirkan graduan untuk IR4.0 - Mazlin KVSM sedia lahirkan graduan untuk IR4.0 - Mazlin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81600995112_MazlinMdZai.jpg)
KVSM sedia lahirkan graduan untuk IR4.0 - Mazlin
KVSM bersedia membantu negara menghadapi Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dengan menawarkan bakal graduannya dua kursus utama iaitu Program Teknologi Elektrik dan Program Teknologi Elektronik.