Kolej Vokasional Seri Manjung (KVSM) bersedia membantu negara menghadapi Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dengan menawarkan bakal graduannya dua kursus utama iaitu Program Teknologi Elektrik dan Program Teknologi Elektronik.
Pengarah KVSM, Mazlin Md Zain berkata kursus-kursus berkenaan memberikan lebih fokus kepada latihan hands-on yang akan meningkatkan kemahiran pelajar secara langsung.
“Pendekatan bertumpukan kemahiran yang dilaksanakan di KVSM akan memudahkan pelajar memasuki pekerjaan berteraskan bidang teknik dan vokasional (TVET) yang merupakan pra syarat untuk sesebuah negara maju.
“Setiap pelajar akan mengikuti pengajian di KVSM selama empat tahun, dua tahun bagi peringkat Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan dua tahun seterusnya bagi peringkat Diploma Vokasional Malaysia (DVM),” katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Mazlin menjelaskan KVSM amat komited untuk menyediakan graduan mengikut keperluan semasa negara.
"KVSM sentiasa peka kepada kehendak pasaran graduan hari ini yang meletakkan graduan berasaskan kemahiran menjadi pilihan utama industri.
“Jadi KVSM menghantar mereka menjalani latihan industri selama enam bulan mengikut keperluan kursus agar graduan lebih mudah mendapat peluang pekerjaan apabila menamatkan pengajian nanti,” ujarnya.
Jelasnya lagi, sebaik pelajar selesai pengajian, mereka akan dianugerahkan SVM yang setaraf dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan DVM.
Tambah Mazlin, kesemua kursus yang ditawarkan di KVSM diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT).
“Pengiktirafan ini melayakkan mereka untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi termasuk peringkat ijazah di universiti awam.
"Bagi pelajar lepasan tingkatan tiga tahun 2020 yang berhasrat menyambung pelajaran di KVSM boleh membuat permohonan menerusi laman web https://spskt4.moe.gov.my," katanya.
Menurutnya lagi, permohonan atas talian mula dibuka sejak 7 September hingga 2 Oktober manakala untuk semakan Pusat Pentaksiran bermula 12 Oktober sehingga 6 November ini.
Mazlin memberitahu, pelaksanaan Pentaksiran pula akan dilakukan pada 26 Oktober hingga 6 November dan semakan tawaran pula pada 5 Februari 2021.
"Untuk pelajar yang mahu membuat rayuan, proses tersebut boleh dilakukan bermula 5 sehingga 19 Februari 2021 sebelum tarikh pendaftaran pada 23 Februari 2021," katanya.
Astro Awani
Fri Sep 25 2020
![KVSM sedia lahirkan graduan untuk IR4.0 - Mazlin KVSM sedia lahirkan graduan untuk IR4.0 - Mazlin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-09/81600995112_MazlinMdZai.jpg)
Mazlin (tengah) berkata semua kursus ditawarkan di KVSM diiktiraf MQA dan MBOT. -Gambar KVSM
![Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Kim Pan Gon undur diri kesan kepada Harimau Malaya
Apa reaksi peminat Harimau Malaya dan penganalisis sukan mengenai peletakan jawatan Kim Pan-Gon?
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
Keghairahan final Euro 2024 dibawakan ke restoran mamak
Kemeriahan dan keghairahan perlawanan final UEFA EURO 2024 antara Sepanyol dengan England di Berlin, Jerman dirasai di Malaysia, dibawakan oleh 'Astro BizOne Watch Party' di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam.
![Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
![KVSM sedia lahirkan graduan untuk IR4.0 - Mazlin KVSM sedia lahirkan graduan untuk IR4.0 - Mazlin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81600995112_MazlinMdZai.jpg)
KVSM sedia lahirkan graduan untuk IR4.0 - Mazlin
KVSM bersedia membantu negara menghadapi Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dengan menawarkan bakal graduannya dua kursus utama iaitu Program Teknologi Elektrik dan Program Teknologi Elektronik.