KUALA LUMPUR: Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi mengumumkan pelancaran Pelan Operasi berskala besar bagi musim haji 1443 H, yang menumpu kepada 10 langkah utama di bawah matlamat strategik Wawasan 2030 Arab Saudi.
Ketua Pengarahnya Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais menyifatkan pelan itu adalah yang terbesar pernah dirancang dalam menawarkan perkhidmatan berkualiti dan mampan untuk jemaah haji, selepas dua tahun dihentikan akibat penularan COVID-19 di seluruh dunia.
"Penyediaan pelan itu sudah dimulakan sejak musim haji tahun lalu lagi melibatkan pelbagai pihak dan sektor perkhidmatan haji", katanya dalam taklimat media pada Ahad yang disiarkan secara langsung dari Mekah menerusi portal jabatan berkenaan.
Jabatan itu telah menggerakkan 10,000 petugas lelaki dan wanita untuk menyantuni sejuta jemaah haji yang dibenarkan pada musim kali.
Tambahnya, jabatan juga telah melancarkan perkhidmatan digital menerusi beberapa aplikasi pintar dan platform elektronik yang terbukti telah memberi manfaat kepada lebih 160 juta pengguna, antaranya penyediaan terjemahan 10 bahasa teks khutbah dan pengajian di Masjidil Haram.
"Jabatan ke arah transformasi pendigitalan dalam semua perkhidmatannya, termasuk pengenalan sistem navigasi, robot (AI) dan al-Quran elektronik Braille bagi memudahkan jemaah haji", katanya.
Jelasnya lagi, pada tahun ini Pintu Raja Abdulaziz, Pintu Raja Fahd dan Pintu Bab Al Salam yang telah dinaik taraf akan dibuka sebagai laluan masuk jemaah haji dan pengunjung, sebagai tambahan kepada 144 pintu lain yang terdapat di Masjidil Haram.
Mengenai air Zamzam, katanya, jabatan akan memastikan sebanyak 4 juta botol air Zamzam sehari diagih dengan 3 juta di Masjidil Haram dan bakinya di Masyair.
Beliau menjelaskan proses nyahkuman dilakukan di setiap sudut Masjidil Haram dan kemudahannya sebanyak sepuluh kali sehari bagi mengekalkan persekitaran yang bersih.
"Jabatan memberi fokus kepada integrasi, kesalinghubungan dan kerjasama pelbagai pihak, serta penerapan standard tertinggi dalam memberi perkhidmatan terbaik demi keselamatan jemaah haji daripada sebarang wabak penyakit", katanya dalam taklimat media yang turut disertai Menteri Haji dan Umrah Dr Tawfiq Al-Rabiah dan Pengarah Keselamatan Awam Leftenan Jeneral Muhammed Al-Bassami.
Pada masa sama, kemudahan bagi jemaah haji warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) telah diperkemas dan dipertingkat dengan penyediaan 500 petugas teknikal dan 2000 kerusi roda elektrik, yang boleh ditempah melalui aplikasi "Tanaqol", bagi kelancaran pergerakan di Mataf (laluan Tawaf).
Kerajaan Arab Saudi pada April lalu mengumumkan membenarkan sejuta jemaah haji berumur bawah 65 tahun dari dalam dan luar negara untuk melakukan ibadah itu bagi tahun ini, dengan tertakluk kepada syarat tertentu termasuk melengkapkan vaksin COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 20 2022
Pelan itu adalah yang terbesar pernah dirancang dalam menawarkan perkhidmatan berkualiti dan mampan untuk jemaah haji. - Gambar/ Twitter @Haramain Sharifain
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Letupan kuat itu bermula hampir tengah malam dan berterusan hingga Ahad.
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Oktober 2024
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Pengawasan udara 24 jam sepanjang musim ibadah haji
Pengawasan udara itu penting untuk memantau kepadatan jemaah di satu-satu lokasi bagi mengenal pasti sebarang ancaman kepada keselamatan jemaah.
Teksi terbang mula digunakan pada musim haji tahun ini!
Perkhidmatan teksi udara elektrik itu akan digunakan secara eksperimen untuk pengangkutan jemaah antara Mina, Muzdalifah dan Arafah untuk haji tahun ini.
Arab Saudi perhebat penguatkuasaan, kerah EV berkuasa AI
Lucid akan mempunyai beberapa ciri keselamatan, disokong oleh teknologi AI, dalam usaha pasukan keselamatan Saudi dalam mencapai misi mereka.
Hospital, pusat kesihatan Arab Saudi siap sedia untuk musim haji
Hospital dan pusat kesihatan telah melengkapkan semua persiapan untuk melaksanakan pelan organisasi yang telah disediakan.
Bertongkat akibat kanser tulang tidak luntur semangat guru tahfiz tunai haji
Azaha Ahmad hidap kanser tulang sejak berusia 25 tahun dan kaki kirinya terpaksa dipotong sehingga paras lutut.
Musim haji: Perayu haji sudah terima panggilan - Mohd Na'im
Mereka yang layak selepas membuat rayuan sudah menerima panggilan, dengan penerbangan pertama ke Tanah Suci dijadualkan pada 9 Mei ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 14 April 2024.
Konflik Iran-Israel: Persiapan musim haji 2024 diteruskan setakat ini - Mohd Na'im
Tabung Haji (TH) setakat ini masih meneruskan persiapan bagi musim Haji 2024 seperti yang dirancang susulan ketegangan yang memuncak di Asia Barat.
Arab Saudi ulangi amaran hukuman berat ke atas jemaah haji tanpa permit
Kerajaan Arab Saudi mengulangi amaran akan mengenakan hukuman berat kepada mana-mana individu yang mengerjakan ibadah haji tanpa permit yang sah.
Tren Mekah-Madinah tingkat perkhidmatan 126 kali sehari sepanjang musim haji
Perkhidmatan berkelajuan tinggi Tren Ekspres Haramain akan membuat lebih dari 3,400 perjalanan di sepanjang laluan selama dua jam 20 minit.