AWAL tahun ini Apple memadam iklan untuk iPad Pro kerana dakwaan ia menghina golongan kreatif yang menggunakan alatan fizikal.

Apple segera memohon maaf dan mengatakan bukan niat mereka untuk mengguris perasaan golongan kreatif.

Hari ini mereka sekali lagi perlu memadam iklan baharu yang diterbitkan kerana didakwa memaparkan imej Thailand secara negatif.

Iklan dengan tajuk The Underdogs: OOO (Out Of Office) sepanjang hampir 10 minit adalah kesinambungan kepada empat iklan yang diterbitkan sebelum ini yang menunjukkan bagaimana produk Apple boleh digunakan bagi tujuan produktiviti.

Penggambaran dilakukan di Thailand menggunakan bakat tempatan.

Tetapi warganet Thailand mengatakan babak di lapangan terbang, pengangkutan awam dan hotel memberikan imej stereotaip negara mereka kelihatan mundur. Sebelum ditarik, iklan ini telahpun ditonton lebih 9 juta kali di YouTube. -Amanz