PIXELMATOR mengumumkan mereka telah bersetuju untuk diambil alih oleh Apple.


Ringkasan AI
  • Pixelmator telah bersetuju untuk diambil alih oleh Apple, menunggu kebenaran pengawal selia. Nilai bayaran tidak diumumkan.
  • Pixelmator membangunkan aplikasi Pixelmator Pro dan Photomator, alternatif popular untuk Photoshop dan Illustrator di platform Apple.
  • Pixelmator Pro mempunyai ciri AI dan grafik vektor. Selepas pengambilalihan, tiada perubahan besar dijangka, dan ini melengkapkan penawaran perisian penyuntingan Apple.


Pembelian syarikat kini menanti kebenaran oleh pihak pengawal selia sebelum boleh diteruskan. Nilai bayaran yang dilakukan Apple tidak pula diumumkan.

Pixelmator membangunkan aplikasi popular Pixelmator Pro dan Photomator pada platform iOS, iPadOS serta macOS.

Selepas diambil alih, tiada perubahan akan dilakukan menurut Pixelmator.

Kedua-dua aplikasi ialah alternatif popular untuk aplikasi Photoshop dan Illustrator khususnya dalam kalangan pengguna Mac.

Sejak dibangunkan 17 tahun lalu, Pixelmator Pro kini mempunyai ciri memadam elemen dengan bantuan AI, melakukan suntingan dengan lebih mudah dan juga pelbagai ciri menghasilkan grafik vektor.

Pengambilalihan ini oleh Apple membolehkan mereka melengkapkan penawaran perisian penyuntingan kepada para pengguna mereka.

Sama-sama kita nantikan langkah seterusnya oleh Apple dalam menguruskan Pixelmator ini. -Amanz