Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) tidak akan berkompromi dengan anggotanya yang terbabit ataupun mengamalkan rasuah.
Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Seri Zulkifli Abu Bakar berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas dan melakukan pemantauan berterusan terhadap anggota APMM bagi mengelakkan mereka terbabit dalam kegiatan haram itu.
"Dalam kes tiga anggota APMM yang ditahan kerana terbabit dalam kes rasuah kemasukan bot nelayan asing di Sabah tahun lalu, saya juga terbabit secara langsung bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan."
"APMM tidak akan berkompromi dalam aspek ini dan akan sentiasa memberikan kerjasama sepenuhnya dengan pihak SPRM untuk membendung masalah ini kerana ia melibatkan integriti anggota APMM," katanya.
Beliau berkata demikian ketika Sidang Media sempena lawatan Ketua Pengarah APMM, di Wisma APMM Kota Kinabalu, di sini, pagi tadi.
Menurut beliau, antara langkah yang diambil untuk membendung anggota APMM terbabit dalam kegiatan ini ialah pegawasan pendapatan, pemantauan berterusan kadar keberhutangan warga maritim, cara hidup dan juga sesi kaunseling serta ceramah berbentuk keagamaan.
Dalam pada itu, APMM sentiasa komited dalam membanteras kegiatan pencerobohan bot asing di kawasan perairan negara.
"Sebelum ini kita telah menjalankan pembakaran bot-bot asing yang ditangkap menceroboh di kawasan perairan negara namun terdapat bantahan yang kita terima daripada Vietnam dan bagi menjaga hubungan diplomatik kita, pihak APMM telah menggunakan kaedah menenggelamkan bot berkenaan untuk dijadikan tukun," katanya.
Mengulas lanjut, Zulkifli memaklumkan, sepanjang tahun lalu pihak APMM telah membuat tangkapan seramai 336 individu membabitkan 12,116 pemeriksaan di Sabah atas pelbagai kesalahan maritim.
"Pihak APMM juga turut terlibat dalam mengawal keselamatan di kawasan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE) dengan menempatkan sebanyak 11 buah kapal dan 64 buah bot," katanya.
Hadir sama ialah Timbalan Pengarah Operasi APMM Laksamana Madya Maritim Datuk Mohd Taha Ibrahim dan Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som.
Ruzaini Zulkepli
Tue Jan 23 2018
![APMM tidak akan berkompromi terhadap anggota terlibat rasuah APMM tidak akan berkompromi terhadap anggota terlibat rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/81516685184_APMM.jpg)
ZULKIFLI: APMM tidak akan berkompromi dalam aspek ini dan akan sentiasa memberikan kerjasama sepenuhnya dengan pihak SPRM untuk membendung masalah. - Foto Astro AWANI/Ruzaini Zulkepli
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit
Suspek kes pembunuhan bekas penuntut UPSI Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
![Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup
Pada 6 petang, ringgit susut lagi kepada 4.6745/6790 berbanding dolar AS daripada 4.6725/6745 semasa ditutup semalam.
Pangkat atau jawatan tidak penting
Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan melindungi anggotanya yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, PDRM akan menjalankan siasatan berkaitan kes itu dengan telus dan adil.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, PDRM akan menjalankan siasatan berkaitan kes itu dengan telus dan adil.
Pemilik sebuah rumah kebajikan didenda RM100
Individu didakwa di dua mahkamah Kuala Lumpur berkait kematian seorang pempengaruh TikTok dikenali Rajeswary atau Esha yang ditemukan meninggal dunia dipercayai menjadi mangsa buli siber, 5 Julai lalu.
TERKINI] Timbalan Ketua Polis Perak dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu bermula hari ini.
Azizi, 59 tahun, menggantikan Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman berkuat kuasa pada Isnin.
Azizi, 59 tahun, menggantikan Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman berkuat kuasa pada Isnin.
![Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung
Pada 5 petang, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.86 mata atau 0.24 peratus kepada 1,625.96 daripada paras penutup 1,629.82. pada Isnin.
![[TERKINI] Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024 [TERKINI] Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692062485_TBAstro.jpg)
[TERKINI] Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
AWANI Borneo [16/07/2024] – SUKMA 2024 | Sentiasa berwaspada | Pintu sempadan
AWANI Borneo Selasa, 16 Julai 2024 bersama Fauzi Zin.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
![Maritim Negeri Selangor tahan bot bawa lebihan penumpang Maritim Negeri Selangor tahan bot bawa lebihan penumpang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720420059_botpenumpang.jpg)
Maritim Negeri Selangor tahan bot bawa lebihan penumpang
Maritim Negeri Selangor menahan sebuah bot kerana membawa lebihan penumpang di 0.3 batu nautika selatan Tanjung Harapan.
![APMM Selangor kenal pasti, sekat laluan tikus pendatang asing menjelang Aidilfitri APMM Selangor kenal pasti, sekat laluan tikus pendatang asing menjelang Aidilfitri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710566417_tbAbdulMuhaiminMuh.jpg)
APMM Selangor kenal pasti, sekat laluan tikus pendatang asing menjelang Aidilfitri
APMM Selangor kenal pasti lokasi panas atau lorong tikus dipercayai jadi laluan masuk dan keluar pendatang tanpa izin, menjelang Aidilfitri.
![Maritim Malaysia nasihat orang awam jaga keselamatan ketika lakukan aktiviti laut Maritim Malaysia nasihat orang awam jaga keselamatan ketika lakukan aktiviti laut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81657782085_TBCUACAMENDUNG.jpg)
Maritim Malaysia nasihat orang awam jaga keselamatan ketika lakukan aktiviti laut
Maritim Malaysia menasihati orang awam untuk sentiasa menjaga keselamatan ketika melakukan aktiviti laut pada musim perayaan ini.
![Carilamat: Lebih 1,000 nyawa berjaya diselamatkan APMM tahun ini Carilamat: Lebih 1,000 nyawa berjaya diselamatkan APMM tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701515722_HamidMohdAmin.jpg)
Carilamat: Lebih 1,000 nyawa berjaya diselamatkan APMM tahun ini
APMM menyelamatkan 1,365 nyawa mangsa, daripada 1,487 kes carilamat di laut bagi tempoh awal Januari hingga Oktober lepas.
![Gangguan seksual: Polis rekod keterangan pegawai kanan Maritim esok Gangguan seksual: Polis rekod keterangan pegawai kanan Maritim esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699449056_RazarudinHusainIG.jpg)
Gangguan seksual: Polis rekod keterangan pegawai kanan Maritim esok
Polis mengesahkan sudah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual membabitkan seorang pegawai kanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).
![APMM laksana Eksesais Maritim Perkasa TImur di perairan Sabah, Sarawak APMM laksana Eksesais Maritim Perkasa TImur di perairan Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61698309002_APMM.jpg)
APMM laksana Eksesais Maritim Perkasa TImur di perairan Sabah, Sarawak
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan melakukan Eksesais Maritim Perkasa Timur di perairan Sabah dan Sarawak pada Sabtu hingga 3 Nov depan.
![Rancangan naik taraf pusat kawalan operasi APMM tingkat keselamatan maritim Rancangan naik taraf pusat kawalan operasi APMM tingkat keselamatan maritim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694682922_TBHamidMohdAmin.jpg)
Rancangan naik taraf pusat kawalan operasi APMM tingkat keselamatan maritim
Rancangan menaik taraf pusat kawalan operasi dan pembinaan baharu pangkalan operasi APMM langkah penting meningkatkan keselamatan maritim.
![Kapal USGC Munro singgah Kuantan, bukti hubungan kukuh AS, Malaysia Kapal USGC Munro singgah Kuantan, bukti hubungan kukuh AS, Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71693320326_KapalMunroASKua.jpg)
Kapal USGC Munro singgah Kuantan, bukti hubungan kukuh AS, Malaysia
Munro diambil daripada nama Douglas Albert Munro, iaitu Pegawai USCG yang dianugerahkan pingat kehormat secara anumerta kerana kepahlawanan yang luar biasa ketika Perang Dunia Kedua.
![Kebakaran kontena dalam pelayaran ke Pelabuhan Klang berjaya dipadam sepenuhnya Kebakaran kontena dalam pelayaran ke Pelabuhan Klang berjaya dipadam sepenuhnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691888992_TBkontenaterbakar.jpg)
Kebakaran kontena dalam pelayaran ke Pelabuhan Klang berjaya dipadam sepenuhnya
Bomba berjaya memadamkan sepenuhnya kebakaran beberapa kontena di atas sebuah kapal kargo yang sedang dalam perjalanan ke Pelabuhan Klang awal pagi tadi.
![Operasi carilamat tekong bot karam ditamatkan Operasi carilamat tekong bot karam ditamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691562079_Operasi.jpg)
Operasi carilamat tekong bot karam ditamatkan
Carilamat ditamatkan jam 7 petang pada Selasa selepas empat hari operasi pencarian mangsa, Mat Rifin Awang Kecik, 66, dijalankan.