Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menahan sebuah bot kargo dan merampas pelbagai peralatan menangkap ikan termasuk hasil laut yang bernilai kira-kira RM1.5 juta.
Pengarah Maritim Terengganu, Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata bot kargo tempatan itu ditahan sekitar 56 batu nautika dari Kuala Terengganu pada Khamis.
Katanya, dalam penahanan kira-kira jam 11.15 pagi itu pihak mengesan bot yang dikendalikan seorang juragan bersama lima awak-awak warga Vietnam menangkap ikan di zon larangan.
Jelasnya, hasil semakan ke atas lesen pendaftaran bot kargo yang didaftarkan di Pelabuhan Mersing, Johor itu, ia hanya dibenarkan beroperasi di sekitar 10 batu nautika dari Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Endau, Johor.
Muhammad Suffi berkata pemeriksaan lanjut juga mendapati bot kargo itu mempunyai pukat tunda, ikan campur seberat lebih kurang satu tan dan ikan baja juga seberat satu tan.
Beliau berkata, kesemua suspek yang berusia antara 27 hingga 44 tahun di bawa ke Jeti Maritim Terengganu bagi siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar dan Akta Perikanan 1985.
Muhammad Suffi turut meminta komuniti maritim agar sentiasa bekerjasama dengan menjadi mata dan telinga agensi ini menerusi penyaluran maklumat dan aduan dengan segera ke talian mers 999 atau 09-6224357 (Pusat Operasi) Maritim Terengganu.
Nur Fazlizai Ali
Fri Sep 11 2020

Hasil semakan mendapati, bot kargo yang didaftarkan di Pelabuhan Mersing itu hanya dibenarkan beroperasi di sekitar 10 batu nautika dari LKIM Endau, Johor.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Kapal TLDM selamatkan nelayan tempatan terjatuh laut
KD MAHAMIRU, berjaya menyelamatkan seorang nelayan tempatan yang dipercayai terjatuh ketika menangkap ikan di waktu malam.

TLDM usir bot nelayan Indonesia ceroboh perairan negara
KD Laksamana Tan Pusmah yang sedang melaksanakan Op Benteng Laut dan Op Pejarak mengesan bot nelayan asing tersebut semasa melakukan rondaan di Selat Melaka Utara.

APMM tahan bot kargo disyaki tangkap ikan di zon larangan
Hasil semakan mendapati, bot kargo yang didaftarkan di Pelabuhan Mersing itu hanya dibenarkan beroperasi di sekitar 10 batu nautika dari LKIM Endau, Johor.

Potongan caruman Perkeso babit 3,879 nelayan pada 15 Ogos ini
Potongan caruman Skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) membabitkan 3,879 nelayan zon A iaitu pemilik dan awak-awak serta nelayan zon B, C dan C2 (awak-awak) sebanyak RM157.20 pada 15 Ogos ini.

Awak-awak pukat kenka akan dibantu - Exco
Kerajaan negeri sedang berbincang dengan kerajaan pusat supaya golongan itu dapat bekerja dalam bidang berkaitan.

Nelayan hilang selepas jatuh laut
Niat menggantikan rakan yang bercuti bertukar tragedi bagi seorang kru bot nelayan apabila hilang selepas dipercayai terjatuh ke laut di kedudukan kira-kira 4.1 batu nautika dari utara Pulau Payar.

Maritim Malaysia tahan bot nelayan tempatan guna kru PATI
11 PATI ditahan dalam tiga bot nelayan tempatan di perairan Hutan Melintang

Bot nelayan terbakar, 20 awak-awak, tekong selamat
Mereka diselamatkan oleh rakan-rakan yang berada di dalam sebuah bot berasingan berhampiran lokasi kejadian.

Bot nelayan ditahan di zon larangan, 600kg ikan dirampas
Bot ditahan ketika sedang menunda ikan dan hasil pemeriksaan mendapati, setiap bot mempunyai lima orang awak-awak, termasuk tekong warga Myanmar.

Bot nelayan ditahan tangkap ikan di zon larangan
Tangkapan dilakukan kira-kira jam 6.30 petang selepas bot ronda Petir 80 melakukan pemeriksaan ke atas bot tersebut.