SEMPORNA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar 646 peket minyak masak bersubsidi 1 kilogram bernilai RM1,615 ke negara jiran melalui perairan Semporna di sini, awal pagi tadi.
Pengarah APMM Zon Maritim Semporna Komander Maritim Norrimi Hassan berkata rampasan pada 2.10 pagi itu dilakukan selepas mengesan sebuah bot bergerak dalam keadaan mencurigakan di lokasi 0.7 batu nautika barat daya Kampung Labuan Haji.
"Sebaik menyedari kehadiran bot penguat kuasa, suspek bertindak mengemudi bot ke kawasan lebih cetek dan terjun melarikan diri ke daratan berhampiran, meninggalkan bot membawa muatan 646 peket minyak masak," katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.
Beliau berkata siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengesan pemilik bot serta dalang di sebalik penyeludupan itu.
Norrimi berkata Zon Maritim Semporna memperhebatkan rondaan dan penguatkuasaan di sekitar kawasan panas terutama sekitar sempadan perairan negara bagi membanteras aktiviti penyeludupan termasuk pendatang haram.
Sehubungan itu, katanya orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kegiatan penyeludupan atau jenayah maritim diminta agar menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Semporna di talian 089-782619 atau MERS 999.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 21 2022

Sebaik menyedari kehadiran bot penguat kuasa, suspek mengemudi bot ke kawasan lebih cetek dan terjun melarikan diri, meninggalkan bot membawa muatan 646 peket minyak masak. - Facebook Jabatan Penerangan Sabah/Agensi Penguatkuasa
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Operasi Kita Gempur: KPDN kesan peniaga sorok bekalan minyak masak peket
Tindakan peniaga menyorokkan bekalan minyak masak peket bersubsidi adalah antara kesalahan yang dikesan dalam Operasi Kita Gempur.

Peniaga dikenakan tindakan, sorok, enggan jual minyak masak peket bersubsidi
Taktik licik peniaga di sebuah premis di Kamunting akhirnya dikesan pihak berkuasa.

KPDN serbu kedai sorok minyak masak peket, hanya jual kepada warga asing
Aktiviti itu berjaya dibongkar setelah penguat kuasa KPDN melakukan serbuan di premis perniagaan tersebut pada jam 12.04 tengah hari pada Ahad.

Guna ID cetus pelbagai persoalan
Penganalisis ekonomi menyifatkan idea tersebut menimbulkan pelbagai persoalan selain sukar untuk dilaksanakan.

Syed Saddiq terjah pasar raya, kedai 'cari' beras, minyak peket
Syed Saddiq bertanya peruncit mengenai minyak masak peket bersubsidi dan menggesa bekalan tersebut diletakkan untuk dibeli pengguna.

Dakwa tiada stok, peruncit sorok 1.6 tan minyak masak di rumah sendiri
Tindakan seorang peruncit menyorok 1.6 tan minyak masak bersubsidi di dalam rumahnya kerana mahu menjual di pasaran luar dengan harga tinggi akhirnya terbongkar.

KPDN Pulau Pinang bongkar kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang, berjaya membongkar taktik menjadikan sebuah sauna terbiar untuk menyembunyikan minyak masak paket subsidi satu kilogram.

Ops Terjah bantu kesan punca masalah kekurangan bekalan minyak masak
Salahuddin berkata, berdasarkan laporan dan data, kuota minyak masak yang dibekalkan adalah 60,000 tan sebulan.

KPDN Negeri Sembilan rampas 5,015kg minyak peket
Empat warga tempatan berumur antara 22 hingga 46 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Polis patahkan cubaan seludup 13,260 peket minyak masak bersubsidi
Tiga lelaki tempatan berumur antara 21 hingga 53 tahun ditahan untuk membantu siasatan.