Kira-kira 500 kilogram 'balat' atau timun laut berjaya dirampas daripada sekumpulan nelayan Vietnam yang didapati meraih hasil laut itu secara haram di perairan negeri ini.
Dalam kejadian jam 10 pagi Ahad di 18 Batu Nautika Timur Laut Pulau Sibongor Laut, Kudat itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kudat berjaya menahan sebuah bot nelayan yang dinaiki lima warganegara Vietnam.
Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Kudat, Leftenan Maritim Musa Dail berkata, hasil pemeriksaan mendapati kesemua suspek berusia 29 hingga 39 tahun itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan disyaki menangkap balat secara haram di lokasi itu.
"Ini merupakan kes ke sembilan melibatkan tangkapan balat di perairan Kudat pada tahun ini.
"Bot-bot ini menggunakan peralatan yang diharamkan, nilai rampasan bot dan balat mencecah RM600,000 dengan kuantiti balat yang dirampas dianggarkan seberat 500 kilogram," katanya.
Mengulas lanjut, Musa dalam kenyataan medianya hari ini berkata, kesemua bahan rampasan dan suspek sudah dibawa ke Jeti Pelabuhan Sabah Kudat untuk disiasat secara lanjut.
Kes berkenaan akan disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.
Sementara itu, beliau mendedahkan balat yang merupakan sejenis hidupan laut dianggap sebagai makanan berkhasiat yang sering diburu secara haram oleh nelayan asing di perairan negeri Sabah.
Jelasnya lagi, ini berdasarkan kepada permintaan dalam dan luar negara yang tinggi merupakan salah satu faktor yang menarik nelayan-nelayan asing untuk mengaut hasil negara secara haram.
"Orang awam dinasihatkan untuk menghubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Kudat di talian 088-611858 jika mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian seumpama ini," katanya.
Ruzaini Zulkepli
Mon Jul 01 2019
Salah seorang nelayan Vietnam yang ditahan menunjukkan hasil tangkapan mereka. - APMM
MyDigital ID: Memperluas integrasi perkhidmatan, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluaskan integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet.
Nurul Izzah dijemput penganjur ke luar negara atas kapasiti Pengarah Seri
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, selain Nurul Izzah, Pengerusi ISIS Datuk Prof Dr Mohd Faiz Abdullah turut dijemput oleh penganjur.
Masters China: Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin hanya perlukan 31 minit untuk mara ke separuh akhir!
Pemain beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, terus mencipta kejutan apabila melangkah separuh akhir Masters China di Shenzen.
Kabinet tidak bincang cadangan hari bekerja 4 hari setengah seminggu di Johor
Jelas Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, kemungkinan serba sedikit akan diteliti menerusi Annual Leaders' Retreat yang akan diadakan pada 8 dan 9 Disember depan.
NRES jawab isu dibangkitkan Rimbawatch berkaitan COP29
NRES mengambil maklum perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Rimbawatch dan entiti-entiti lain dan akan terus memperbaiki segala proses yang relevan menjelang COP30 di Belem, Brazil kelak.
Jho Low di Myanmar? Bukit Aman belum terima maklumat
Tan Sri Razarudin Husain berkata Polis Diraja Malaysia tidak mempunyai maklumat keberadaan ahli perniagaan dalam buruan Jho Low yang didakwa berada di Myamnar.
Setakat ini, katanya pihak berkuasa Myanmar tidak berkongsi sebarang maklumat mengenai individu penting bagi perbicaraan kes 1MDB dengan PDRM, memandangkan negara berkenaan turut berada dalam ASEANAPOL.
Setakat ini, katanya pihak berkuasa Myanmar tidak berkongsi sebarang maklumat mengenai individu penting bagi perbicaraan kes 1MDB dengan PDRM, memandangkan negara berkenaan turut berada dalam ASEANAPOL.
TERKINI] Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Hasil lawatan PM ke luar negara peroleh pelaburan RM12.8 bilion
Jelas Menteri Komunikasi ia termasuk pembukaan pasaran baharu, pengukuhan diplomatik, perkongsian strategik dalam tenaga boleh diperbaharui, pensijilan halal serta penubuhan ekosistem baharu di Afrika Utara dan Amerika Latin.
Kajian Pelan Induk Mobiliti Selangor di peringkat akhir penyediaan
Kajian Pelan Induk Mobiliti Negeri Selangor yang menumpukan kepada keperluan menyeluruh jaringan pengangkutan awam kini dalam peringkat akhir penyediaan.
Kos dibiayai Kerajaan untuk deligasi rasmi berjumlah RM1.662 juta
Jelas Menteri Komunikasi merangkap jurucakap bagi Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil, Kerajaan Malaysia membayar untuk penerbangan Perdana Menteri dan beliau tidak dibiayai oleh mana-mana syarikat.
APMM Kelantan gagalkan cubaan seludup rokok putih bernilai lebih RM200,000
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menumpaskan cubaan menyeludup 790,000 batang rokok putih dianggarkan bernilai RM280,000 di Tumpat dan Kota Bharu.
Indonesia-Malaysia bekerjasama hantar pulang nelayan yang ditahan
Nelayan itu ditahan pada Sabtu, kira-kira 49 batu nautika di luar pantai Tanjung Payung, selepas memasuki perairan wilayah Malaysia.
Tujuh nelayan ditahan positif dadah
Menghilangkan tekanan ketika berada di laut dan untuk menambah tenaga ketika bekerja antara alasan diberi tujuh nelayan yang ditahan selepas didapati positif dadah dalam operasi di Jeti LKIM, Besut.
Peruntukan RM675 juta bakal perkukuh keupayaan APMM pantau keselamatan negara
Peruntukan RM675 juta kepada APMM menerusi Belanjawan 2025 bakal memperkukuhkan lagi keupayaan agensi itu dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab menjaga keselamatan negara.
APMM gagalkan cubaan seludup satu tan daun ketum
APMM Zon Maritim Kuala Perlis menggagalkan cubaan menyeludup keluar kira-kira satu tan daun ketum bernilai RM50,000 di kedudukan 0.4 batu nautika timur laut muara Kuala Sanglang, Kuala Perlis.
Belanjawan 2025: Perolehan kapal baharu APMM mampu tingkat keupayaan jaga perairan negara
Pengumuman peruntukan pembelian tiga kapal baharu bagi APMM dalam Belanjawan 2025 dilihat tepat pada masanya.
Bernama serah sumbangan kepada keluarga Allahyarham Ahmad Hafiz Azhar
Sumbangan tersebut disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Nur-ul Afida Kamaludin di kediaman Allahyarham.
APMM ucap takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI
APMM dalam kenyataan di laman Facebooknya memaklumkan, Allahyarham yang berusia 36 tahun merupakan Pegawai Pasukan Sukarelawan agensi itu.
Lelaki jatuh bot ditemukan lemas
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang semalam selepas dipercayai terjatuh dari bot, ditemukan lemas di perairan Tanjung Piandang, Kerian, hari ini.
Maritim Selangor tahan kapal pasir berlabuh tanpa kebenaran
Menurut APMM, pemeriksaan mendapati kapal berkenaan dikendalikan lapan individu lelaki warga asing berumur antara 30 hingga 65 tahun.