KUALA PERLIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Perlis menggagalkan cubaan menyeludup keluar 2.3 tan metrik daun ketum dan menahan dua lelaki dipercayai 'keldai ketum' di perairan Kuala Perlis, Sabtu lepas.
Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata anggota APMM menahan sebuah bot gentian tanpa nombor pendaftaran yang membawa muatan daun ketum terbabit di kedudukan 1.5 batu nautika barat pantai Sungai Padang pada kira-kira 7.55 pagi.
"Sebaik menyedari kehadiran anggota APMM, kedua-dua lelaki berusia 25 dan 40 tahun itu bertindak menukar haluan sebelum terjun ke laut dan melarikan diri ke darat namun berjaya ditahan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata pemeriksaan pada petak simpanan bot berkenaan menemukan 230 bungkusan plastik hitam berisi daun ketum dianggarkan bernilai RM414,000.
Katanya selain daun ketum, anggota APMM turut menemukan beg kecil berwarna hitam mengandungi dua peket kecil plastik lut sinar disyaki berisi 100 biji pil kuda dianggarkan bernilai RM2,500.
"Turut ditemukan, dua peket kecil plastik lut sinar disyaki berisi syabu seberat 1.72 gram dianggarkan bernilai RM688 dan tiga peket kecil plastik lut sinar disyaki heroin seberat 1.47 gram dianggarkan bernilai RM117.60 di bahagian kemudi bot," katanya.
Mohd Zawawi tidak menolak kemungkinan penyeludupan itu didalangi sindiket tempatan yang menggunakan perkhidmatan 'keldai ketum' untuk membawa keluar daun ketum ke negara jiran.
Beliau berkata keseluruhan barangan rampasan termasuk daun ketum, dadah, bot gentian serta enjin sangkut dianggarkan bernilai RM537,305.60 dan merupakan rampasan terbesar setakat tahun ini.
Katanya kes penyeludupan daun ketum akan disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, kes dadah mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala mengendalikan bot tanpa lesen sah mengikut Seksyen 8(a) Akta Perikanan 1985.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 17 2022
Mohd Zawawi tidak menolak kemungkinan penyeludupan itu didalangi sindiket tempatan yang menggunakan perkhidmatan 'keldai ketum' untuk membawa keluar daun ketum ke negara jiran.
Mangsa banjir di Perak, Perlis, Pahang & Kedah meningkat
Jumlah mangsa banjir meningkat di Perak, Perlis, dan Selangor akibat cuaca tidak menentu, manakala situasi di dan Pahang menunjukkan tanda-tanda pemulihan.
China lancar tinjauan fahami 'ketakutan mempunyai anak'
Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC) China sedang membuat kajian terhadap 30 ribu rakyatnya untuk memahami faktor yang mempengaruhi sikap mereka terhadap melahirkan anak dan "ketakutan mempunyai anak".
Netanyahu hadapi tekanan tamatkan peperangan di Gaza
Pembunuhan Pemimpin Hamas, Yahya Sinwar oleh Rejim Zionis Israel telah meningkatkan tekanan kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Video terakhir Yahya Sinwar bukti pejuang sejati
Rejim Zionis Israel melakukan kesilapan apabila menyiarkan rakaman video memaparkan saat-saat akhir Yahya Sinwar sebelum kematiannya dengan niat memalukan Pemimpin Hamas itu.
Hamas dijangka namakan ketua baharu di luar Gaza
Pejuang Palestin Hamas berkemungkinan akan menggantikan Yahya Sinwar dengan pemimpin politik baharu yang berpangkalan di luar Gaza.
Perang makin memuncak, bukan makin reda
Peperangan semakin memuncak di Asia Barat apabila ikrar daripada Pejuang Hamas dan Hezbollah untuk terus memerangi musuh Israel di Gaza dan Lubnan.
“Kami serah mayat Yahya Sinwar, anda pulangkan tawanan kami” - Israel
Israel berhasrat jadikan mayat pemimpin Hamas yang dibunuh Zionis, Yahya Sinwar sebagai 'alat tawar-menawar' pembebasan tawanan.
Yahya Sinwar terbunuh akibat tembakan di kepala
Kecederaan pada lengan kanan Yahya akibat "tembakan peluru berpandu," kaki kiri cedera akibat "binaan runtuh" selain kecederaan serpihan pada tubuhnya.
Yahya Sinwar sah dibunuh Israel - Hamas
Hamas mengesahkan Ketua Biro Politiknya, Yahya Sinwar terbunuh dalam serangan Israel.
Mohd Yusoff dilantik Ketua Polis Kelantan yang baharu
Polis Diraja Malaysia umum pertukaran empat pegawai kanan berkuat kuasa 18 Nov ini.
Lebih 890 kg dadah dirampas di Perlis sejak Januari hingga Jun
Polis merampas lebih 890 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis bernilai RM75.8 juta di Perlis sejak Januari hingga Jun lepas.
ATM rampas 930kg daun ketum bernilai lebih RM74,000 di sempadan
Daun ketum itu dirampas dalam sebuah pacuan empat roda di kawasan hutan berhampiran sempadan, pada 11.30 pagi.
ATM rampas 700 kg daun ketum cuba diseludup ke Thailand
Rampasan di sempadan negara di Padang Terap itu bernilai RM56,000.
Polis Kedah tahan 9 lelaki, rampas syabu dan daun ketum bernilai RM730,000
Jumlah syabu yang dirampas ialah seberat lebih 20 kilogram, manakala daun ketum pula sebanyak 130 kilogram.
Polis Johor lupus dadah bernilai RM5.43 juta
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata proses pelupusan itu akan dilakukan hari ini di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan.
Lelaki ditahan bersama 450kg daun ketum
Polis turut merampas 400 botol berisi cecair hitam disyaki campuran ubat batuk dan dadah jenis kodein.
Akta baharu penyalahgunaan dadah bolehkan penagih selain dadah jalani rawatan di bawah AADK
Akta baharu berkaitan penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang yang bakal digubal, akan membolehkan penagih selain dadah menjalani rawatan dan pemulihan di bawah AADK.
188 penjawat awam ditahan atas pelbagai kesalahan dadah - JSJN
Seramai 188 penjawat awam ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini.
Polis tahan lelaki bawa 560kg daun ketum dari Kedah ke Kelantan
Polis menahan seorang lelaki dan merampas 560 kilogram (kg) daun ketum, selepas mengejar sebuah kereta sejauh kira-kira 15 kilometer, di tepi jalan Kampung Pasir Dusun, di sini, Khamis lepas.
16kg daun ketum ditemui dalam kereta kemalangan
Kemalangan pada jam 7.57 pagi itu membabitkan kereta berkenaan, sebuah lori 40 tan membawa muatan minyak sawit, Honda City dan sebuah motosikal.