GEORGE TOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang melupuskan secara hancur musnah enam bot nelayan asing dan tempatan serta peralatan menangkap ikan bernilai RM192,000 yang dirampas kerana pelbagai kesalahan di Limbongan Batu Maung, dekat sini hari ini.
Pengarahnya Kapten Maritim Abd Razak Mohamed berkata pelupusan itu telah mendapat kebenaran dari mahkamah dan ia melibatkan lima buah bot nelayan Indonesia, sebuah bot fiber nelayan tempatan, 492 set bubu naga serta dua unit pukat lohong.
"Pelupusan itu membabitkan kes tangkapan di sekitar perairan Pulau Pinang sepanjang tahun lepas, setiap bot nelayan Indonesia itu bernilai RM30,000 manakala bot tempatan RM12,000 dan selebihnya peralatan menangkap ikan," katanya kepada pemberita selepas manyaksikan operasi pelupusan itu di Limbongan Batu Maung, di sini hari ini.
Beliau berkata pelupusan itu adalah mesej jelas APMM Pulau Pinang yang tegas dalam melaksanakan undang-undang bagi memastikan sumber perikanan negara dapat dilindungi dan tidak berkompromi dengan pihak melanggar peraturan demi mematikan keselamatan serta kesejahteraan perairan negara.
Sementara itu Abd Razak berkata sepanjang tahun ini pihaknya telah menjalankan 4,379 pemeriksaan kapal dan bot, dengan 76 tangkapan dilakukan melibatkan pelbagai kesalahan serta akta.
Katanya sepanjang tempoh itu juga APMM Pulau Pinang telah mengusir 10 buah bot nelayan Indonesia yang cuba masuk ke perairan negara dan menahan lima buah bot dari negara sama yang menangkap ikan secara haram di perairan Pulau Pinang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 28 2022
Pelupusan itu telah mendapat kebenaran dari mahkamah dan ia melibatkan lima buah bot nelayan Indonesia, sebuah bot fiber nelayan tempatan, 492 set bubu naga serta dua unit pukat lohong. - Bernama
Yang perlu kita tahu mengenai pertukaran tahanan dan tebusan di Gaza
Perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas, dijangka berkuat kuasa mulai 8.30 pagi waktu tempatan (2.30 petang waktu Malaysia) hari ini Ahad (19 Januari).
Hampir 200,000 pelarian Syria pulang sejak kejatuhan Assad - PBB
Antara 8 Disember hingga 16 Januari, kira-kira 195,200 rakyat Syria telah kembali ke negara asal mereka.
Trump beri amaran: “Kekacauan besar akan berlaku jika gencatan senjata di Gaza gagal”
Bakal Presiden AS itu beritahu Benjamin Netanyahu "teruskan apa yang perlu dilakukan."
Tebusan Israel, banduan Palestin hadapi masalah kesihatan “kompleks” – Ketua WHO
Kedua-dua pihak kemungkinan besar menghadapi dan akan terus menghadapi cabaran kesihatan "kompleks" yang mungkin mengambil masa bertahun untuk diatasi.
TH nafi zalimi bakal haji, akui akan ambil tindakan undang-undang
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menafikan tuduhan institusi kewangan Islam itu menzalimi bakal haji melalui tawaran haji musim 2025M/1446H.
Kemalangan: 70 maut, 56 cedera lori tangki minyak meletup di Nigeria
Sekurang-kurangnya 70 orang maut dan ramai lagi cedera dalam kejadian letupan lori tangki minyak yang terbalik di negeri Niger, Nigeria, pada hari Sabtu.
Mahkamah Korea Selatan sambung tempoh tahanan Yoon 20 hari
Mahkamah Korea Selatan pada Ahad melanjutkan tempoh penahanan Presiden Yoon Suk Yeol sehingga 20 hari.
PM Anwar sambung lawatan kerja ke Belgium dua hari
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Belgium pada 19 dan 20 Januari ini sebaik selesai tugas beliau di United Kingdom (UK).
Pemukiman Menteri Luar ASEAN tumpu isu serantau dan antarabangsa
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mempengerusikan Pemukiman Menteri Luar ASEAN (AMM Retreat) pada Ahad yang akan membincangkan pelbagai isu serantau dan antarabangsa.
PM jumpa Corbyn, kongsi pendapat Malaysia-UK, gencatan senjata
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan tokoh politik British Jeremy Corbyn semasa lawatan kerja beliau ke London, United Kingdom.
Anwar berkata pertemuan itu digunakan untuk bertukar-tukar pendapat dan pandangan mengenai hubungan antara dua negara daripada landskap pelaburan, perdagangan dan ekonomi.
Anwar berkata pertemuan itu digunakan untuk bertukar-tukar pendapat dan pandangan mengenai hubungan antara dua negara daripada landskap pelaburan, perdagangan dan ekonomi.
Ibu tidak benar anak jadi nelayan lagi, risau insiden hanyut berulang
Hanita berkata Muhammad Ikmal Hakimi masih muda dan belum mahir mengenai keadaan laut, malah tidak sesuai menjadi nelayan.
Hilang di laut: Operasi SAR cari Muhammad Ikmal, Nor Hasrul dihentikan
Operasi telah meliputi sehingga 4,802 batu nautika bersamaan 8,884 kilometer persegi.
Nabil Ahmad teruja sertai APMM pada perbarisan Hari Kebangsaan ke-67
Menurutnya, ini merupakan pengalaman pertama dalam hidupnya menjadi sebahagian anggota badan beruniform.
Maritim Negeri Selangor tahan bot bawa lebihan penumpang
Maritim Negeri Selangor menahan sebuah bot kerana membawa lebihan penumpang di 0.3 batu nautika selatan Tanjung Harapan.
APMM Selangor kenal pasti, sekat laluan tikus pendatang asing menjelang Aidilfitri
APMM Selangor kenal pasti lokasi panas atau lorong tikus dipercayai jadi laluan masuk dan keluar pendatang tanpa izin, menjelang Aidilfitri.
Maritim Malaysia nasihat orang awam jaga keselamatan ketika lakukan aktiviti laut
Maritim Malaysia menasihati orang awam untuk sentiasa menjaga keselamatan ketika melakukan aktiviti laut pada musim perayaan ini.
Carilamat: Lebih 1,000 nyawa berjaya diselamatkan APMM tahun ini
APMM menyelamatkan 1,365 nyawa mangsa, daripada 1,487 kes carilamat di laut bagi tempoh awal Januari hingga Oktober lepas.
Gangguan seksual: Polis rekod keterangan pegawai kanan Maritim esok
Polis mengesahkan sudah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual membabitkan seorang pegawai kanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).
APMM laksana Eksesais Maritim Perkasa TImur di perairan Sabah, Sarawak
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan melakukan Eksesais Maritim Perkasa Timur di perairan Sabah dan Sarawak pada Sabtu hingga 3 Nov depan.
Rancangan naik taraf pusat kawalan operasi APMM tingkat keselamatan maritim
Rancangan menaik taraf pusat kawalan operasi dan pembinaan baharu pangkalan operasi APMM langkah penting meningkatkan keselamatan maritim.