KUANTAN: Pengerusi MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp) Datuk Seri Fauzi Abdul Rahman mendakwa aplikasi WhatsApp miliknya digodam pihak tidak bertanggungjawab, minggu lepas.
Fauzi berkata sebelum itu beliau menerima pautan untuk menyertai satu majlis keagamaan kononnya melibatkan Jabatan Perdana Menteri sebelum aplikasi WhatsApp miliknya digodam serta tidak boleh digunakan.
Selepas itu Fauzi berkata kenalan dan ahli keluarganya menerima mesej di aplikasi berkenaan kononnya beliau ingin meminjam wang daripada mereka dengan disertakan nombor akaun individu tidak dikenali.
"Saya telah menerima panggilan daripada mereka yang bertanyakan sama ada betul atau tidak saya ingin meminjam wang...saya cakap jangan bagi sebab (WhatsApp) kena godam.
"Ini bahaya minta duit satu hal, tekan pautan saya takut orang lain pula kena (godam), jadi saya nak pesan supaya semua berjaga-jaga dan jangan terpedaya," katanya ketika ditemui pemberita di Indera Mahkota di sini hari ini.
Menurutnya beliau telah membuat laporan polis mengenai perkara itu pada Ahad lepas.
Dalam pada itu MyHSR Corp dalam kenyataan meminta orang ramai yang menerima mesej sedemikian daripada Fauzi untuk mengabaikannya kerana ia adalah palsu.
Individu yang menjadi mangsa penipuan turut disaran melaporkannya segera kepada polis bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 03 2024

Fauzi berkata kenalan dan ahli keluarganya menerima mesej di aplikasi berkenaan kononnya beliau ingin meminjam wang daripada mereka dengan disertakan nombor akaun individu tidak dikenali. - Gambar/ Sinar Harian

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

Aplikasi WhatsApp Pengerusi MyHSR Corp digodam
Pengerusi MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp) Datuk Seri Fauzi Abdul Rahman mendakwa aplikasi WhatsApp miliknya digodam pihak tidak bertanggungjawab, minggu lepas.