KUANTAN: Keralatan teknikal bagi sistem parkir digital menjadi penyebab gangguan terhadap aplikasi PahangGo selepas perlaksanaan penambahbaikan sistem dalaman yang melibatkan migrasi sistem ke server baharu.
Pengerusi PahangGo Sdn Bhd, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, pelaksanaan penambahbaikan itu telah dimaklumkan melakukan laman sosial rasmi pada 28 April lalu sebagai makluman awal kepada pengguna aplikasi terbabit.
Menurutnya, bagaimanapun penambahbaikan terhadap sistem dalaman yang melibatkan migrasi sistem ke server yang baharu bermula pada 2 hingga 4 April lalu.
"Selepas kerja-kerja penambahbaikan dilakukan, kita dapati terdapat keralatan teknikal berlaku pada awal pagi mengakibatkan sebahagian kecil aplikasi penguat kuasa mengalami gangguan semasa membuat semakan parkir digital pada 5 Mei.
"Namun begitu, kita berjaya menangani ralat teknikal tersebut pada jam 11.40 pagi, hari yang sama. Seramai 24 pengguna daripada 3,823 pengguna yang menggunakan parkir digital telah terjejas dan proses permohonan pembatalan telah dimulakan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Pada 7 Mei lalu, sebuah akhbar mendedahkan beberapa kompaun yang dikeluarkan terhadap pengguna parkir digital aplikasi PahangGo.
Mengulas lanjut pendedahan itu, Muhammad Fakhruddin menafikan tidakselarasan sistem antara agensi menjadi punca masalah tersebut sebagaimana yang dilaporkan.
Katanya, ini kerana sistem penguatkuasaan yang digunakan oleh Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) turut dibangunkan oleh PahangGo.
"Kita (PahangGo) memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami dan berharap pengguna dapat menggunakan parkir digital melalui aplikasi PahangGo versi baharu yang bakal dilancarkan demi kemudahan dan pengalaman yang lebih baik.
"Bagi sebarang aduan dan permasalahan boleh hubungi melalui saluran rasmi Facebook Messenger PahangGo iaitu m.me/pahango atau talian 09-5730492," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu May 12 2022

Mohammad Fakhruddin berkata, pelaksanaan penambahbaikan itu telah dimaklumkan melakukan laman sosial rasmi pada 28 April lalu sebagai makluman awal kepada pengguna aplikasi terbabit. -Foto Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Aplikasi PahangGo alami gangguan
Aplikasi PahangGo alami gangguan