KUCHING: Lebih 500,000 pengguna serta 85,000 peniaga yang menggunakan aplikasi pembayaran digital S Pay Global berdepan gangguan sistem selepas bilik server utama Sistem Maklumat Sains Sarawak (SAINS) terbakar.
Bilik server SAINS yang terletak di tingkat tiga Wisma Bapa Malaysia Petra Jaya, Kuching dilaporkan terlibat dalam kejadian kebakaran pada malam Khamis.
Kejadian tersebut disedari orang awam selepas terlihat kepulan asap keluar dari bahagian tingkap salah sebuah bilik di tingkat tiga bangunan berkenaan.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya, Ranger Moss berkata pihaknya menerima laporan sekitar jam 7.13 malam dan segera menghantar 16 anggota dari BBP Petra Jaya dan Padungan ke lokasi.
“Kebakaran berjaya dipadamkan selepas bekalan elektrik bangunan tersebut diputuskan dan kita mendapati punca asap tebal dari peti suis di bilik server pejabat itu.
“Pihak bomba terpaksa menilai semula keadaan dengan keadaan asap tebal dan berlaku letupan kecil, namun kebakaran telah dipadamkan dengan menggunakan Alat Pemadam Api (APA) oleh pasukan bomba,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
SAINS dalam satu kenyataan memberitahu pihaknya telah melaksanakan prosedur tindak balas insiden dan pemulihan bencana untuk memastikan perkhidmatan yang penting dapat beroperasi.
“Kesan daripada kemalangan ini masih dalam proses penilaian, punca kepada kebakaran juga masih di bawah siasatan, pihak SAINS memohon maaf kerana mengakibatkan orang awam terkesan dengan insiden ini,” ujaranya pada Khamis.
Tiada mangsa dilaporkan dan semua kakitangan yang bertugas semasa kejadian berjaya keluar dengan selamat.
Bangunan Wisma Bapa Malaysia (WBM) juga menempatkan beberapa pejabat di bawah kerajaan negeri termasuk pejabat Premier Sarawak di tingkat 22 bangunan berkenaan.
Ekoran daripada kejadian terbabit beberapa program termasuk penganjuran sidang media di bilik mesyuarat tingkat dua WBM ditangguhkan atau diadakan di lokasi yang lain sementara waktu.
Selain S Global, beberapa sistem pentadbiran agensi kerajaan negeri yang dihubungkan dengan SAINS turut tergendala termasuk e-recruitment, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), dan sistem pembayaran bil utiliti melalui Paybills.Sarawak.Gov.
Nuzuluddin Abdul Razak
Fri May 27 2022
Aplikasi S Pay Global tidak dapat digunakan apabila bilik server utama Sistem Maklumat Sains Sarawak (SAINS) terbakar. - Astro AWANI.
Dua beradik jual ikan 'sekoq dua kupang', bantu golongan memerlukan
Dua beradik, Mohamad Syamil Zulkifli dan Mohamad Shauki Zulkifli mengambil inisiatif menjual ikan seekor 20 sen bagi membantu golongan memerlukan.
Jeneral Joseph Aoun dipilih sebagai Presiden Lubnan yang baharu
Pelantikan Jeneral Joseph Aoun bagi mengisi kekosongan jawatan presiden, dengan seorang jeneral yang mendapat sokongan Amerika Syarikat.
Donald Trump beri penghormatan terakhir untuk Jimmy Carter
Lawatan ini menandakan kali pertama beliau kembali ke Capitol sejak rusuhan ganas yang berlaku pada 6 Januari 2021.
74 kanak-kanak di Gaza terbunuh minggu pertama 2025 - UNICEF
Serangan "waktu malam" oleh Israel di kawasan seperti Bandaraya Gaza, yang dianggap sebagai “zon selamat telah meragut nyawa kanak-kanak.
Kerajaan MADANI sentiasa mudah cara selesai masalah pelabur - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Kerajaan MADANI sentiasa memudah cara dan mencari kaedah terbaik serta pantas dalam menyelesaikan mana-mana masalah yang dihadapi pelabur.
Lelaki warga Amerika Syarikat yang dikehendaki ditahan di Indonesia
lelaki berkenaan yang dikenali sebagai "TJC" dan berusia 43 tahun dilapor tiba di Jakarta dari Malaysia pada 4 Disember tahun lalu.
Kiosk Sentuhan MADANI permudah akses orang ramai kepada perkhidmatan kerajaan
Inisiatif itu menghimpunkan pelbagai perkhidmatan kerajaan di kawasan tumpuan ramai dengan jangka masa operasi yang lebih panjang, sekaligus memudahkan rakyat mengakses perkhidmatan awam.
Malaysia anjur dialog hak asasi manusia, alam sekitar
Malaysia menganjurkan Dialog Hak Asasi Manusia dan Hak Alam Sekitar yang julung kali diadakan di Putrajaya pada Khamis.
90 plot kubur di Selat Klang selesai dialihkan - Jais
Pemakluman awam kepada waris untuk membuat pengecaman plot kubur ahli keluarga sebelum 5 Januari dan pemakluman kerja-kerja pengalihan kubur pada 6 Januari hingga 9 Januari telah dibuat oleh JAIS.
Konsert Pinkfish: Polis rakam keterangan individu dirawat di PPUM
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata individu berkenaan telah dibenarkan keluar dari PPUM semalam selepas lebih seminggu dirawat di PPUM.
Aplikasi e-tunai S Pay tergendala, bilik server terbakar
Lebih 500,000 pengguna serta 85,000 peniaga yang menggunakan aplikasi pembayaran digital S Pay Global berdepan gangguan sistem.
S Pay Global daftar lebih setengah juta pengguna di Sarawak
S Pay Global juga telah bekerjasama dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk menyediakan perkhidmatan transaksi secara dalam talian kepada penduduk pedalaman Sarawak melalui agen BSN yang dilantik
S Pay Global: Transaksi lebih mudah, penggunaan makin meluas di Sarawak
Penggunaan khidmat pembayaran S Pay Global amat memudahkan urusan peniaga untuk memantau transaksi perniagaan.
Sarawak Pay ke peringkat global
Menerusi kerjasama itu, Sarawak Pay boleh digunakan untuk membuat pembayaran di luar negara dan di mana sahaja kod QR UnionPay diterima.
Sarawak Pay dapat sambutan baik, catat lebih 13 juta urus niaga - Abang Johari
Sarawak Pay, semakin popular selepas merekodkan sebanyak 13,789,499 urus niaga bernilai kira-kira RM588,252,980 sejak dilaksanakan November.
Takut pegang wang tunai, Sarawak Pay jadi alternatif
Datuk Mohd Naroden Majais berkata situasi sekarang tidak perlu diambil ringan dan ini saat terbaik untuk beralih kepada transaksi tanpa tunai.
Sarawak Pay bantu warga Bumi Kenyalang berurus niaga dengan selamat
Tatkala masyarakat berjaga-jaga mengelakkan risiko terdedah kepada penularan COVID-19, pelbagai insiatif diperkenal untuk terus membantu memudahkan urusan seharian mereka.
Sarawak perkenal 'Sarawak Pay', transformasi sistem kewangan
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Openg berkata, Sarawak Pay merupakan kaedah pembayaran yang dibangunkan secara atas talian, tanpa perlu membayar tunai.