KUCHING: Aplikasi dompet elektronik atau e-wallet Sarawak Pay yang kini dikenali sebagai S Pay Global digunapakai secara meluas di Sarawak sejak ia mula diperkenalkan.
Kemudahan baharu ini sejajar dengan hasrat Kerajaan Negeri Sarawak dalam memperkasakan dasar ekonomi digitalnya.
Bagi pengusaha kafe Seoulism, Winnie King, 29, penggunaan khidmat pembayaran S Pay Global amat memudahkan urusannya untuk memantau transaksi perniagaan.
"Saya lebih memilih untuk memakai pembayaran secara digital seperti S Pay Global, kerana ia lebih mudah.
"Para peniaga pun tidak perlu untuk memegang jumlah tunai yang banyak di kedai, jadi ia sangat selamat dan efisyen.
"Saya juga boleh memantau transaksi perniagaan di kedai, jadi tak perlu lagi untuk merekod setiap transaksi," katanya ketika ditemui Astro AWANI pada Sabtu.
Tambahnya, dengan penggunaan e-wallet ini, risiko kebarangkalian dijangkiti COVID-19 juga boleh dikurangkan.
"Dengan situasi kita sekarang, lebih baik dengan kaedah pembayaran tanpa tunai, supaya tiada pertukaran wang tunai dilakukan," katanya.
Sementara itu, bagi juruwang kafe Seoulism, Nur Afifah Hasmadi, aplikasi ini memudahkan transaksi pembelian lebih-lebih lagi yang melibatkan pemberian wang baki yang kadang-kadang boleh melambatkan perkhidmatan kafe tersebut.
"Kalau pelanggan bagi wang tunai, susah untuk sediakan duit baki, sebab kadang-kadang duit tidak cukup, jadi dengan adanya S Pay Global, urusan pun lebih mudah, pelanggang pun tidak perlu tunggu lama," katanya.
Bagi pengguna aplikasi, Nur Amanina Baihaki, aplikasi ini ia dapat mempercepatkan urusannya untuk mengurus pembayaran bil dan sebagainya.
"Saya selalunya menggunakan S Pay Global untuk urusan pembayaran bil telefon, dan juga seperti di kafe, dan bagi saya ia sangat menyenangkan kerana kini tidak perlu lagi beratur untuk mengeluarkan duit di mesin juruwang automatik," katanya.
S Pay Global telah dilancarkan pada 15 November 2017 oleh Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Fokus utama aplikasi ini adalah untuk menggalakkan pengguna aplikasi pembayaran tanpa tunai.
Munirah Mudzamli
Sat Nov 13 2021
Winnie King, Nur Afifah Hasmadi dan Nur Amanina Baihaki antara pengguna S Pay Global di Sarawak yang amat berpuas hati dengan keberkesanan perkhidmatan dompet elektronik itu dalam memudahkan urusan transaksi- Astro AWANI
Dua beradik jual ikan 'sekoq dua kupang', bantu golongan memerlukan
Dua beradik, Mohamad Syamil Zulkifli dan Mohamad Shauki Zulkifli mengambil inisiatif menjual ikan seekor 20 sen bagi membantu golongan memerlukan.
Jeneral Joseph Aoun dipilih sebagai Presiden Lubnan yang baharu
Pelantikan Jeneral Joseph Aoun bagi mengisi kekosongan jawatan presiden, dengan seorang jeneral yang mendapat sokongan Amerika Syarikat.
Donald Trump beri penghormatan terakhir untuk Jimmy Carter
Lawatan ini menandakan kali pertama beliau kembali ke Capitol sejak rusuhan ganas yang berlaku pada 6 Januari 2021.
74 kanak-kanak di Gaza terbunuh minggu pertama 2025 - UNICEF
Serangan "waktu malam" oleh Israel di kawasan seperti Bandaraya Gaza, yang dianggap sebagai “zon selamat telah meragut nyawa kanak-kanak.
Kerajaan MADANI sentiasa mudah cara selesai masalah pelabur - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Kerajaan MADANI sentiasa memudah cara dan mencari kaedah terbaik serta pantas dalam menyelesaikan mana-mana masalah yang dihadapi pelabur.
Lelaki warga Amerika Syarikat yang dikehendaki ditahan di Indonesia
lelaki berkenaan yang dikenali sebagai "TJC" dan berusia 43 tahun dilapor tiba di Jakarta dari Malaysia pada 4 Disember tahun lalu.
Kiosk Sentuhan MADANI permudah akses orang ramai kepada perkhidmatan kerajaan
Inisiatif itu menghimpunkan pelbagai perkhidmatan kerajaan di kawasan tumpuan ramai dengan jangka masa operasi yang lebih panjang, sekaligus memudahkan rakyat mengakses perkhidmatan awam.
Malaysia anjur dialog hak asasi manusia, alam sekitar
Malaysia menganjurkan Dialog Hak Asasi Manusia dan Hak Alam Sekitar yang julung kali diadakan di Putrajaya pada Khamis.
90 plot kubur di Selat Klang selesai dialihkan - Jais
Pemakluman awam kepada waris untuk membuat pengecaman plot kubur ahli keluarga sebelum 5 Januari dan pemakluman kerja-kerja pengalihan kubur pada 6 Januari hingga 9 Januari telah dibuat oleh JAIS.
Konsert Pinkfish: Polis rakam keterangan individu dirawat di PPUM
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata individu berkenaan telah dibenarkan keluar dari PPUM semalam selepas lebih seminggu dirawat di PPUM.
S Pay Global daftar lebih setengah juta pengguna di Sarawak
S Pay Global juga telah bekerjasama dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk menyediakan perkhidmatan transaksi secara dalam talian kepada penduduk pedalaman Sarawak melalui agen BSN yang dilantik
S Pay Global: Transaksi lebih mudah, penggunaan makin meluas di Sarawak
Penggunaan khidmat pembayaran S Pay Global amat memudahkan urusan peniaga untuk memantau transaksi perniagaan.