Pemimpin 21 anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) berpendirian sama dengan Pemimpin G20 yang mahukan keganasan ditangani secara menyeluruh kerana selain kehilangan nyawa, tindakan kejam itu turut menimbulkan implikasi serius ke atas ekonomi dan perniagaan.
“Pada mesyuarat APEC dan G20, kami membincangkan isu keganasan, dan pendapat dan pendirian kami sama, iaitu menangani tindakan ekstrim ini sedaya upaya yang boleh," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata meskipun APEC merupakan mesyuarat berkaitan ekonomi dan perniagaan, 'situasi sekarang ini (keganasan) sudah menjadi lebih serius dan turut memberi implikasi ke atas ekonomi dan perniagaan.'
"Ia bukan sahaja ada kesan dari segi keselamatan, malah boleh melumpuhkan ekonomi negara-negara, di mana ancaman keganasan begitu serius, umpamanya di Mesir dan Tunisia, di mana ekonominya tergugat,” katanya ada akhir lawatan rasmi tiga hari ke Manila untuk Sidang Kemuncak APEC kali ke-23 yang berakhir hari ini.
(Latar belakang) Memandangkan tindakan keganasan menyebabkan ancaman langsung kepada visi APEC untuk mewujudkan ekonomi yang terbuka dan makmur, badan itu mewujudkan Pasukan Petugas Khas Menangani Keganasan APEC pada Mei 2003.
Sebelum ke sini, Najib menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin G20 di Antalya, Turki dalam kapasitinya sebagai Pengerusi ASEAN.
Pemimpin G20 mengutuk serangan pengganas di Paris, dan Ankara terus komited untuk menangani keganasan, memperkukuh usaha untuk memerangi keganasan dalam semua bentuk dan di mana-mana sahaja.
Dalam kenyataan mengenai usaha memerangi keganasan pada Sidang Kemuncak G20 Antalya 2015 awal minggu ini, para pemimpin juga mengesahkan bahawa keganasan tidak boleh dan tidak wajar dikaitkan dengan mana-mana agama, negara, tamadun dan kumpulan etnik.
Di Manila, Presiden Filipina, Benigno S.Aquino III, mempengerusikan siding kemuncak itu yang bertemakan "Membangunkan Ekonomi Terangkum, Mewujudkan Dunia yang Lebih Baik".
Pada sidang kemuncak itu, Najib berkata pemimpin APEC juga menggesa negara anggota memperkasa pembaharuan struktur dalam ekonomi masing-masing supaya mesra perniagaan, penggunaan standard sejagat dan meningkatkan kemudahan perdagangan ketika ekonomi dunia kini perlahan.
Pemimpin juga menggesa pertumbuhan yang lebih terangkum, selain perlunya menangani perbezaan serantau dan jurang teknologi.
Selain itu, penyepaduan serantau menerusi pakatan perdagangan seperti Perkongsian Trans-Pasifik (TPP), Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), Pakatan Pasifik dan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN, juga merupakan kunci kepada perdagangan dan pelaburan.
“Kegagalan WTO setakat ini bererti bahawa penyepaduan serantau menjadi langkah terbaik, dan menjadi pemangkin berkesan kepada peningkatan perdagangan dan pelaburan,” kata Najib.
Sidang kemuncak itu turut membincangkan mengenai perlunya pelaburan dalam logistik dan infrastruktur.
“Peranan yang bakal dimainkan oleh AIIB (Bank Pelaburan Infrastruktur Asia) dan sebagainya turut menarik perhatian pemimpin APEC.”
'APEC dianggotai Australia, Brunei, Kanada, Chile, China, Hong Kong-China, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Malaysia, Mexico, New Zealand, Papua New Guinea, Peru, Filipina, Rusia, Singapura, Taiwan, Thailand, Amerika Syarikat dan Vietnam.
Malaysia, anggota pengasas APEC pada 1989, memperjuangkan prinsip kesukarelaan, tidak terikat dan inisiatif berasaskan konsensus, yang akhirnya diterima pakai oleh perkumpulan itu. Prinsip terbabit kekal sehingga hari ini.
Pada 2014, ekonomi APEC menyumbang 40 peratus penduduk dunia, 57 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (US$44.1 bilion), 48.5 peratus dagangan dunia (US$18.5 bilion) dan 53.1 peratus kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) (US$652 bilion).
Bagi Malaysia, ekonomi APEC menyumbang 75.9 peratus (RM1.1 trilion) daripada jumlah dagangan negara dan 34.4 peratus (RM12.2 bilion) jumlah FDI di Malaysia manakala projek yang diluluskan dengan penyertaan APEC dalam sektor pembuatan berjumlah RM27.7 bilion (70.1 peratus).
Bernama
Thu Nov 19 2015
NAJIB: Pada mesyuarat APEC dan G20, kami membincangkan isu keganasan, dan pendapat dan pendirian kami sama, iaitu menangani tindakan ekstrim ini sedaya upaya yang boleh. - Gambar fail
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Mufti India titip pesanan sabar laksana tugas memimpin negara - PM Anwar
Anwar hari ini menyifatkan titipan pesanan Mufti Besar India supaya dirinya bersabar ketika berdepan dugaan sebagai pemangkin untuk melaksanakan tugasnya memimpin negara.
China tuan rumah Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC 2026 - Xi
Kenyataan Xi itu menandakan kali ketiga China akan menjadi tuan rumah perhimpunan berprestij itu sejak penubuhan APEC pada 1989.
Isu kekejaman di Gaza yang turut disentuh dalam APEC, amat menggalakkan - PM Anwar
Anwar amat teruja dapat hadir sendiri, mengikuti satu daripada beberapa sisi APEC yang membincangkan usaha menangani malapetaka dunia itu.
Kerjasama ASEAN, APEC kekal agenda utama pastikan pembangunan mampan, integrasi ekonomi
Komitmen tersebut akan terus memperkukuh kedudukan negara dalam membentuk masa depan ekonomi Asia-Pasifik yang lebih inklusif, mampan dan berdaya saing.
Presiden Peru seru perpaduan, kerjasama di pembukaan sidang kemuncak APEC
Presiden Peru, Dina Boluarte merasmikan sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) pada Jumaat, menggesa kerjasama yang lebih kukuh di antara ekonomi utama dunia.
Malaysia harap AS dukung prinsip perdagangan bebas, adil
Anwar berkata, umumnya rata-rata ucapan pemimpin ekonomi anggota APEC ketika forum ekonomi serantau itu menyokong prinsip perdagangan bebas dan adil.
APEC perlu tetapkan penanda aras kerjasama atasi kejutan ekonomi, cabaran iklim - PM Anwar
Anwar berkata dunia sekarang saling bergantung pada tahap yang menuntut negara untuk memikirkan semula maksud bekerjasama dan wujud bersama.
Anwar gesa anggota APEC iktiraf potensi sekutu bukan tradisional
Anwar berkata "perkongsian dengan ASEAN, Kesatuan Afrika dan rangkaian digital rentas sempadan boleh takrifkan semula daya tahan global kita."
Dakwaan iktiraf Israel: Jangan tunggang agama, tabur fitnah, perbodoh rakyat - Anwar
Anwar menolak dakwaan bahawa beliau mengiktiraf Israel, menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah yang diangkat atas nama agama.
APEC 2024: Anwar bertemu pemimpin global di luar mesyuarat rasmi
Antaranya mesyuarat bilateral bersama rakan sejawatnya dari Jepun, Shigeru Ishiba yang baru dilantik ke jawatan itu pada 1 Oktober lalu.