SAN FRANCISCO: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ke-30 Pemimpin-Pemimpin Ekonomi bagi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di sini dari 14 hingga 17 November 2023.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata Anwar akan diiringi isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abd Kadir; Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil; serta pegawai-pegawai kanan Kerajaan.
“Sebagai Ekonomi pengasas APEC, penglibatan aktif Malaysia semasa Mesyuarat Ke-30 Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC akan menekankan komitmen Malaysia ke arah mengukuhkan kerjasama ekonomi, meningkatkan kemakmuran ekonomi dan memupuk pembangunan yang saksama dan inklusif untuk semua.
“Sepanjang penglibatan Perdana Menteri dengan Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC dan di pelbagai platform pelbagai hala dan dua hala, Perdana Menteri berhasrat untuk mengetengahkan situasi di Palestin, untuk meraih sokongan global, akses kemanusiaan, dan penyelesaian yang adil.
“Perdana Menteri juga akan mengambil peluang untuk berkongsi keutamaan dan prinsip Malaysia di bawah Rangka Kerja Ekonomi MADANI, menekankan keterangkuman, pembangunan mampan dan kerjasama untuk kemakmuran bersama,” memetik kenyataan itu.
Selaku Pengerusi APEC untuk 2023, Amerika Syarikat (AS) akan menjadi tuan rumah APEC Economic Leaders’ Meeting (AELM) buat kali ketiga, selepas tahun 1993 dan 2011 di Blake Islands dan Honolulu.
“Tahun ini, Presiden Joseph R. Biden akan mempengerusikan AELM dan dijangka mengetuai perbincangan mendalam dengan Pemimpin-Pemimpin APEC mengenai topik yang berpusat kepada pengukuhan hubungan ekonomi; meningkatkan keterangkuman dan kemampanan; dan mengukuhkan daya tahan dan kerumitan ekonomi; selaras dengan tema APEC 2023, “Membina Masa Depan yang Berdaya Tahan dan Mampan untuk Semua”.
AELM ke-30 dijangka menerima pakai Deklarasi Golden Gate 2023 Pemimpin-Pemimpin APEC, yang mencerminkan komitmen Ekonomi-Ekonomi APEC dalam menangani cabaran global dan memajukan usaha ke arah merealisasikan Wawasan Putrajaya APEC 2040,” memetik kenyataan tersebut.
Tambah Pejabat Perdana Menteri, Penerimaan Deklarasi Golden Gate ini adalah penting kerana ia menekankan perpaduan dan kerjasama di kalangan Ekonomi-Ekonomi APEC, terutamanya yang berkaitan dengan kebimbangan berterusan berkenaan, antara lainnya, krisis iklim dan gangguan rantaian bekalan.
Semasa di San Francisco, Perdana Menteri dijadual mengetuai delegasi Malaysia ke Dialog Tidak Rasmi Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC bersama Tetamu, iaitu Pemimpin Colombia, Fiji dan India; Dialog Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC) dengan Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC; dan Sidang Kemuncak Ketua-ketua Pegawai Eksekutif (CEO) APEC 2023.
“Penglibatan dalam acara-acara ini akan menjadi peluang kepada Perdana Menteri untuk menyatakan perspektif Malaysia mengenai ekonomi global semasa dan bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu serantau yang mendesak dengan Ketua-ketua Pegawai Ekskutif (CEO) yang berpengaruh, usahawan-usahawan dan Pemimpin-Pemimpin APEC.
“Perdana Menteri juga akan menyertai Mesyuarat Kedua Pemimpin-pemimpin Kerangka Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF).
“Bagi memanfaatkan keberadaan di San Francisco, Perdana Menteri juga dijangka mengadakan pertemuan secara individu dengan pemimpin-pemimpin perniagaan terkemuka Amerika, di sela-sela AELM.
“Mesyuarat ini bertujuan untuk memuktamadkan pelaburan bernilai tinggi yang akan mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti tinggi di Malaysia; selaras dengan strategi dan objektif yang digariskan dalam Rangka Kerja Ekonomi MADANI dan Pelan Induk Perindustrian Nasional 2030 (NIMP 2030),” memetik kenyataan tersebut.
Perdana Menteri juga dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan beberapa Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC untuk meneroka cara untuk mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang demi manfaat bersama.
Perdana Menteri turut akan menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) di antara syarikat BlackBerry dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam kerjasama keselamatan siber.
Dalam rangka lawatan tersebut juga, Perdana Menteri akan menyampaikan syarahan umum kepada pelajar dan sarjana di Universiti California, Berkeley, memfokuskan kepada “Superpower Rivalry and Rising Tensions in the Asia-Pacific – The View from Southeast Asia”.
Dalam memberikan gambaran keseluruhan keadaan geopolitik, Perdana Menteri juga akan menyentuh tentang demokrasi, kebebasan berperlembagaan dan Islamofobia.
Sebelum pulang ke Malaysia, Perdana Menteri akan menghoskan majlis makan malam dengan diaspora serta pelajar-pelajar Malaysia yang berada di San Francisco.
Harits Asyraf Hasnan
Mon Nov 13 2023

Perdana Menteri berhasrat untuk mengetengahkan situasi di Palestin, untuk meraih sokongan global, akses kemanusiaan, dan penyelesaian yang adil. - Gambar fail/Bernama
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.
![[KOLUMNIS] Malaysia: Sebuah negara progresif di peringkat antarabangsa [KOLUMNIS] Malaysia: Sebuah negara progresif di peringkat antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700801862_TBSetiausahaPolit.jpg)
[KOLUMNIS] Malaysia: Sebuah negara progresif di peringkat antarabangsa
Penulis menyaksikan sendiri bagaimana Perdana Menteri secara tegas mewakili Malaysia melonjak isu penderitaan warga Palestin serta krisis kemanusiaan yang berlaku saat ini.

PM Anwar dijadual adakan pertemuan dua hala dengan Justin Trudeau
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemua dua hala dengan rakan sejawatnya dari Kanada, Justin Trudeau di luar Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC di sini pada Jumaat.

Perjanjian perdagangan Indo-Pasifik: Satu tonggak dimeterai, dua dimuktamad dan perdagangan belum diputuskan
IPEF terdiri daripada empat tonggak utama: Perdagangan, Rantaian Bekalan, Tenaga Bersih dan Ekonomi Saksama.

APEC 2023: PM sertai dialog bersama 21 pemimpin dunia
Anwar juga dijadual menghadiri Dialog Majlis Perniagaan APEC dengan Pemimpin Ekonomi APEC yang akan dihoskan Kamala Harris.

APEC 2023: Anwar adakan pertemuan dua hala dengan Presiden Vietnam, Peru
Anwar dan Van Thuong turut bersetuju untuk meningkatkan kerjasama membanteras penangkapan hasil laut secara haram di perairan Malaysia.

Google, Kerajaan Malaysia jalin kerjasama strategik sasar cipta 300,000 peluang pekerjaan menjelang 2026
Anwar berkata, komitmen terbaharu Google ini pasti akan meningkatkan daya saing digital negara, selaras dengan NIMP 2030.

Meritokrasi: Langkah afirmatif tidak seharusnya berasaskan kaum - PM Anwar
Tindakan afirmatif adalah perlu bagi memastikan golongan miskin dan terpinggir mendapat peluang sama rata.

APEC 2023: PM Anwar, delegasi tiba di San Francisco
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco bagi menghadiri Mesyuarat Ke-30 Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC.

APEC 2023: PM Anwar ketuai delegasi Malaysia, hasrat ketengah situasi di Palestin
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ke-30 Pemimpin-Pemimpin APEC di San Francisco.

APEC 2023: 21 ekonomi dunia mula berhimpun di San Francisco
Minggu Pemimpin Ekonomi APEC 2023 yang dihoskan Amerika Syarikat dan dipengerusikan oleh Presiden Joe Biden membuka tirai secara rasmi di San Francisco.