SAN FRANCISCO: Tindakan afirmatif adalah perlu bagi memastikan golongan miskin dan terpinggir mendapat peluang sama rata, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata meritokrasi sepenuhnya tidak boleh dilaksanakan apabila ia tidak adil.
"Ada beberapa sekolah di Malaysia, kawasan bandar yang mempunyai pelbagai kemudahan terbaik, bersaing dengan sekolah di kawasan luar bandar, kawasan pedalaman... jadi perlu ada suatu bentuk sistem tambahan," katanya.
"Anda boleh namakan ia sebagai tindakan afirmatif atau sokongan tambahan, tapi apa pun kita tidak boleh amalkan meritokrasi semata-mata semasa peluang untuk asas persaingan adil tidak disediakan,' katanya semasa sesi soal jawab di University of California, Berkeley di sini, Selasa.
Professor dan Alan P.Bedford Endowed Chair, Pengarah Sains Politik, Berkeley APEC Study Center, Dr Vinod Aggarwal menjadi moderator pada sesi yang berlangsung selama kira-kira sejam itu.
Anwar berkata tindakan afirmatif itu akan membolehkan komuniti yang miskin dan terpinggir untuk bangkit untuk sama-sama bersaing, dan langkah-langkah sedemikian pula tidak seharusnya dilaksanakan berasaskan kepada kaum tertentu.
"Boleh jadi Melayu, Cini atau India.. jika anda miskin, kita akan bantu kerana ia bukan berasaskan kepada kaum, tapi berasaskan kepada keperluan," katanya.
Terdahulu Perdana Menteri menyampaikan syarahan khas bertajuk 'Super Power Rivalry and Rising Tensions in the Asia Pacific," di University of California di sini, Rabu.
Berhubung isu penghijrahan cendekiawan, Anwar yang berada di sini untuk menyertai Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Ekonomi APEC berkata berbeza dengan pandangan tradisional bahawa pelajar mesti kembali selepas mereka menamatkan pengajian di luar negara, sama ada ijazah sarjana muda, sarjana atau doktor falsafah, mereka sebenarnya boleh timba pengalaman terlebih dahulu.
"Biar mereka timba pengalaman awal terlebih dahulu, terutama jika ada syarikat-syarikat swasta, perusahaan swasta atau syarikat pemula yang berhasrat mengambil mereka sebagai pekerja, terutama di sini di kawasan San Francisco Bay Area atau New York," katanya.
Kawasan San Francisco Bay Area sememang tersohor kerana menjadi pusat operasi kepada syarikat-syarikat besar di sunia yang tersenarai dalam Fortune 500, seperti Tesla, Uber, Salesforce, Pixar, Netflix, Lucasfilm Ltd, Levi Strauss, serta beberapa firma paling inovatif dalam pembangunan kecerdasan buatan (AI), teknologi bio, perisian, teknologi bersih dan media sosial.
"Pendedahan (pengalaman) ini juga akan memberi manfaat kepada negara apabila mereka kembali nanti.. tapi saya katakan begini, jika anda memutuskan untuk bekerja di sini, hantarlah lebih banyak dana untuk bantu ibu bapa di rumah," katanya secara berseloroh, lalu disambut dengan derai ketawa kira-kira 250 pelajar yang hadir pada sesi itu.
Dalam nada yang serius kemudiannya, Anwar mengulangi tekad kerajaan yang sedang mengkaji pelbagai cara bagi menarik kelompok rakyat Malaysia yang berkemahiran tinggi untuk kembali menyumbang bakti dalam negara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 15 2023

Anwar berkata meritokrasi sepenuhnya tidak boleh dilaksanakan apabila ia tidak adil. - Foto Bernama
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

PM Anwar pengerusikan mesyuarat kabinet usai lawatan rasmi ke Bahrain
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut memaklumkan hasil lawatan beliau ke Bahrain dan Brunei pada mesyuarat itu.
![[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63 [KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729517791_tbMASabahSaraw.jpg)
[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63
Anwar sebelum ini pernah berjanji untuk mempercepatkan proses penyelesaian tuntutan yang berkaitan dengan MA63.

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lawatan Anwar ke Bahrain perkukuh hubungan dua hala, jemput ke Sidang Kemuncak ASEAN
Jumlah eksport Malaysia ke Bahrain meningkat 17.4 peratus kepada RM251.2 juta (US$54.8 juta) daripada RM214.0 juta (US$46.9 juta) pada 2023.

Lawatan PM ke Bahrain bakal buka lembaran baharu hubungan diplomatik 50 tahun
Anwar juga dijadual menghadap Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa yang merupakan satu penghormatan tinggi kepada Malaysia.

Premier Sarawak ucap terima kasih kepada Anwar kerana iktiraf Petros
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengiktiraf Petros.