Bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memohon Mahkamah Rayuan Syariah untuk membenarkan beliau hadir di mahkamah itu bagi membolehkannya membaca surat pelantikan peguam baharu yang akan mewakilinya.
Anwar mahu melantik peguam baharu itu dalam permohonan bekas Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain dan dua yang lain untuk mengetepikan semakan dan notis rayuan yang dikemukakan Anwar berhubung kes tuduhan qazaf.
Mahkamah menetapkan 6 Julai untuk keputusan sama ada Anwar dibenarkan hadir atau tidak.
Peguam Kamar Ainiah Kamaruzaman dan Dr Mohd Rafie Shafie hadir bagi pihak Anwar ketika kes disebut di dalam kamar di hadapan Ketua Pendaftar Mohd Khairul Nizam Kassim.
Ketika ditemui pemberita, Kamar Ainiah berkata Anwar perlu hadir ke mahkamah bagi membolehkannya (Anwar) untuk memilih peguam yang bakal mewakilinya dalam kes itu.
"Surat permohonan itu dibuat pada 11 Jun lalu dan dihantar ke mahkamah melalui penguasa Penjara Sungai Buloh pada 15 Jun," katanya.
Dalam permohonan untuk mengetepikan semakan dan rayuan Anwar dalam kes qazaf itu, selain Shamsuddin, dua lagi pemohon ialah bekas Pengarah Jabatan Agama Islam (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Mereka menfailkan permohonan itu pada 13 Mei lalu melalui Tetuan Nailah Ramli & Partners melalui peguam Roslizam Rahim.
Ketiga-tiga mereka memfailkan permohonan interlokutori dengan memohon untuk mengetepikan dan/atau membatalkan notis rayuan yang dikemukakan Anwar pada 23 April 2010.
Notis itu berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Syariah menolak permohonan supaya pihak pendakwaan syarie meneruskan prosiding pertuduhan qazaf terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Mereka turut memohon untuk mengetepikan dan/atau membatalkan semakan yang dibuat Anwar pada 21 Feb 2012 berhubung keputusan mahkamah itu yang menolak permohonannya (Anwar) untuk meneruskan prosiding qazaf itu terhadap Mohd Saiful.
Ketiga-tiga mereka mendakwa permohonan Anwar itu bersifat cacat. Selain itu, mereka turut memohon kos tindakan ditanggung oleh responden dan perintah-perintah dan/atau relief-relief lain yang difikirkan adil dan
suaimanfaat oleh mahkamah.
Dalam afidavit yang turut dikemukakan, Shamsuddin dan Che Mat mendakwa mereka tidak lagi memegang jawatan terdahulu iaitu ketika pemfailan kes rayuan dan permohonan semakan dibuat oleh Anwar.
Shamsuddin dipindahkan pada 3 Nov 2014 ke Bahagian Penasihat, Jabatan Peguam Negara, Putrajaya, manakala Che Mat kini sebagai pengerusi di Pusat Zakat Wilayah Persekutuan dan tidak lagi memegang jawatan sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sejak 6 Ogos 2013.
Jamil Khir yang dinamakan pemohon ketiga turut mendakwa Anwar sepatutnya
menamakan jawatan dan/atau institusi tersebut sebagai pihak-pihak dan bukannya
secara peribadi di dalam kesnya itu.
Beliau juga mendakwa permohonan Anwar itu tidak lagi relevan dan bersifat
akademik memandangkan Anwar telah disabitkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 10
Feb 2015 kerana melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii,
mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.
Pertuduhan qazaf ialah membuat tuduhan terhadap seseorang yang melakukan
zina tanpa membawa empat saksi lelaki, dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan
hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau
kedua-duanya sekali.
Bernama
Mon Jun 22 2015

Notis itu berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Syariah menolak permohonan supaya pihak pendakwaan syarie meneruskan prosiding pertuduhan qazaf terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. - Gambar Fail
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

PM Anwar pengerusikan mesyuarat kabinet usai lawatan rasmi ke Bahrain
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut memaklumkan hasil lawatan beliau ke Bahrain dan Brunei pada mesyuarat itu.
![[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63 [KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729517791_tbMASabahSaraw.jpg)
[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63
Anwar sebelum ini pernah berjanji untuk mempercepatkan proses penyelesaian tuntutan yang berkaitan dengan MA63.

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lawatan Anwar ke Bahrain perkukuh hubungan dua hala, jemput ke Sidang Kemuncak ASEAN
Jumlah eksport Malaysia ke Bahrain meningkat 17.4 peratus kepada RM251.2 juta (US$54.8 juta) daripada RM214.0 juta (US$46.9 juta) pada 2023.

Lawatan PM ke Bahrain bakal buka lembaran baharu hubungan diplomatik 50 tahun
Anwar juga dijadual menghadap Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa yang merupakan satu penghormatan tinggi kepada Malaysia.

Premier Sarawak ucap terima kasih kepada Anwar kerana iktiraf Petros
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengiktiraf Petros.