Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengecam perbuatan Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang antara lain bertindak memijak dan membakar bendera Jepun ketika melakukan demonstrasi bantahan di Kedutaan Jepun pada Selasa.
Anwar berkata tindakan itu sepatutnya tidak dilakukan oleh mereka.
Walau bagaimanapun, Anwar berkata beliau bersetuju dengan bantahan AMK terhadap keputusan kerajaan Jepun yang menghalangnya daripada memasuki negara berkenaan.
"Saya setuju dengan hak ketua AMK yang membantah keputusan kerajaan Jepun. Tetapi saya tidak setuju dengan beberapa tindakan termasuk tindakan memijak bendera Jepun yang saya fikir tidak perlu," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PAS.
AMK mengadakan demonstrasi berkenaan berikutan tindakan Jepun menghalang Anwar daripada memasuki negara itu.
Semasa demonstrasi tersebut, sepanduk yang dilukis dengan bendera Jepun telah dibakar dan dipijak.
AMK turut menghantar memorandum menuntut Kedutaan Jepun segera memberi penjelasan serta memohon maaf atas insiden yang seharusnya tidak berlaku itu kerana bercanggah dengan Artikel 13 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat.
Pada Ahad lepas Anwar dihalang memasuki Jepun oleh pihak imigresen negara tersebut setelah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita dan diarah berpatah balik dengan segera atau diusir keluar.
Beliau ke negara matahari terbit itu atas undangan Pengerusi Yayasan Nippon untuk menyampaikan satu kertas kerja.
T K Letchumy Tamboo
Wed Jan 22 2014
Mercedes cipta sistem brek EV terbina pada motor elektrik
Sistem brek ini tidak perlu diselenggara sepanjang hayat kenderaan dan tidak mencemarkan udara kerana serbuk brek yang terhasil tidak disebarkan ke udara.
Kementerian Perpaduan berjaya laksana lebih 300 program berimpak tinggi tahun ini
KPN laksanakan program merapatkan jurang sosial rakyat Malaysia sekali gus meraikan kepelbagaian budaya, adat resam, perayaan dan warisan.
Payung pantai lebih cantik dan tersusun di Telok Kemang bermula 16 Disember
MPPD menyediakan 33 plot perniagaan payung pantai baharu itu menggantikan khemah biru yang mencemarkan pandangan di kawasan Pantai Telok Kemang.
Mansuh peperiksaan di sekolah untuk kurangkan tekanan murid - Fadhlina
Keputusan Kementerian Pendidikan memansuhkan pembelajaran berorientasikan peperiksaan bertujuan mengurangkan tekanan murid sekolah.
Sidang Parlimen: Dasar tempoh kuarters kerajaan akan dikaji semula
Kerajaan sedang menilai cadangan dasar baharu berkaitan tempoh menduduki kuarters kerajaan untuk memastikan pengurusan lebih sistematik, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.
Dalam jawapan di Dewan Rakyat yang dibacakan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, beliau menyatakan bahawa Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) sedang meneliti cadangan memperkenalkan dasar tempoh penghuni, termasuk kemungkinan pelaksanaan dasar exit policy.
Dalam jawapan di Dewan Rakyat yang dibacakan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, beliau menyatakan bahawa Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) sedang meneliti cadangan memperkenalkan dasar tempoh penghuni, termasuk kemungkinan pelaksanaan dasar exit policy.
Sidang Parlimen: Skim MySalam dalam perancangan untuk dilanjutkan
Kerajaan merancang melanjutkan tempoh pelaksanaan skim MySalam selama dua tahun lagi, menjadikannya empat tahun dari tempoh asal, menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Beliau berkata langkah ini bertujuan memperluaskan perlindungan sosial bagi golongan berpendapatan rendah (B40) yang memerlukan.
Beliau berkata langkah ini bertujuan memperluaskan perlindungan sosial bagi golongan berpendapatan rendah (B40) yang memerlukan.
Sidang Parlimen: KPKM teliti pembekalan pertanian secara persaingan terbuka
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang meneliti cadangan bagi pelaksanaan pembekalan dan penghantaran input pertanian bersubsidi secara persaingan terbuka.
[TERKINI] Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku
Seorang pastor didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa atas pertuduhan membunuhseterusnya menyimpan mayat ibunya dalam peti sejuk beku tiga tahun lalu.
Kerajaan kawal had pengambilan pekerja asing
Kerajaan sentiasa memastikan pengurusan pengambilan pekerja asing yang seimbang dengan keperluan negara.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Malaysia kini mempunyai 17.2 juta tenaga kerja aktif, dengan had maksimum pekerja asing ditetapkan pada 2.58 juta orang.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Malaysia kini mempunyai 17.2 juta tenaga kerja aktif, dengan had maksimum pekerja asing ditetapkan pada 2.58 juta orang.
Google Gemini bakal bawa ciri iOS ke Android
Pembangun bebas melakukan apa sahaja pada notifikasi yang dipaparkan, seperti meletakkan butang jeda, butang henti, butang merakam, akses pantas membalas mesej, dan pelbagai lagi.
'AMK Baru' umum manifesto 7 gagasan
Calon Ketua Angkatan Muda Keadilan, Amirudin Shari hari ini mengumumkan 7 gagasan sebagai manifesto pasukannya yang dipanggil, AMK Baru.
Anwar kecam tindakan pijak dan bakar bendera Jepun
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengecam perbuatan Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang antara lain bertindak memijak dan membakar bendera Jepun.